Wednesday 21 January 2015

2015. Tahun Baru. Harapan Baru.

Bukan niat untuk senyap berbulan-bulan... Walaupun hakikatnya diri ini sengaja untuk tidak menjenguk walau sedikit ke blog ini untuk tempoh itu, tapi alasan kukuh sudah pasti ada.. Bukan hanya disebabkan alasan MALAS tetapi juga disebabkan faktor lain..

Hari ini.. 21/102015.. Setelah  setahun 2 bulan diri ini langsung tak update apa-apa pun di blog, akhirnya hari ini kerajinan itu mulai datang semula.. Bukan kerajinan untuk update sahaja, tetapi sebenarnya kerajinan untuk berkongsi.. Berkongsi segala cerita yang boleh dikongsi.. Walaupun hakikatnya bukan cerita peribadi kesemuanya tetapi Alhamdulillah ada juga perkara yang boleh dikongsi..

Lets begin the story..


2015

Tahun Baru

Sudah semestinya ada harapan baharu... Harapan untuk menjadi seorang guru tahun ini begitu besar.. Harapan utama ini.. Disebabkan harapan ini, semua harapan diri ini perlu terus dikukuhkan.. Selagi harapan utama ini belum tercapai, harapan lain pun tidak akan tercapai...


Apa lagi harapan diri ini tahun ini?


Kahwin!!!!!

Harapan selepas menjadi guru.. Diri ini ingin jadi isteri.. Jadi kekasih yang halal kepada insan dikasihi.. Tak perlu bertahun selepas menjadi guru baru nak membina keluarga.. Itu tekad diri ini.. Walaupun kelihatan masih kabur-kabur peluang itu.. Namun, usaha itu perlu... Semoga harapan ini dapat dicapai.. Aminnnnnn...


Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan kepada diri ini... Semoga segala harapan utama itu menjadi kenyataan tahun ini..


Cabaran di awal tahun 2015 ini, ketika usia sudah mula menginjak 2015, sangat mematangkan diri ini.. Kesilapan diri satu demi satu semakin dikesali.. Walaupun hakikatnya tiada gunanya untuk disesali.. Tapi tekad  ingin berubah.. Bukan untuk diri sendiri.. Tapi untuk semua...


Terlalu banyak rasanya diri ini membebel dan berkhayal pagi ini...


Semoga tahun ini semua jadi lebih baik... harapan yang disusun rapi dapat dicapai satu persatu.. 

Aminnnn...