Wednesday 14 November 2012

...Cameron Highland trip...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah semua... Kosong-kosong yek...

sekarang aku nak cerita.. 12-13 November yang lalu (baru je berakhir semalam).. Kami (Aku, Ina, Wani, Mie dan Sallih trip ke Cameron Highland.. Actually, semua ni ditaja khas oleh Cik Su dan Pok Su Mat Wani.. Sekali dengan family Wani la.. Kami ni cuma ikut je lah.. Saja nak menyibuk.. Macam tu lah lebih kurang .. hehhehe

Aku malas nak story panjang.. aku nak gambar-gambar ni je la story kat orang yang baca ni ek.. Kami pergi berlima.. Gerak dalam pukul 2 petang dari Tanjung Malim.. 


Sepanjang perjalanan tu, agak thrill la jugak.. Sebab jalan maca  ular kena palu.. Bengkak bengkok.. Banyak selekoh.. Aku yang memang selalu mabuk ni.. Akhirnya hampir termuntah.. Nasib baik tak muntah.. huhuhu.. Kami sampai dalam pukul 5 lebih-lebih la... Tak ingat dan pukul berapa masa sampai tu... Lepas tu rehat + solat + bual dengan abah Wani.. Then kami turun.. Dah la apartment duk atas bukit.. masa nak naik untuk parking tu, tak tahulah berapa kali salih baca Bismillah.. Takut weh... Nasib baik lah masa turun tu jalan je, tapi sakit kaki jugakla.. jauh dan tinggi... huhuhu


Inilah gerangan kami berlima.. Ina, Sallih, Wani, Aku dan Mie...

Ha,. Yang kat atas ni adalah kami berlima.. Aku dah perkenalkan kan satu persatu.. hehehe...  Ok, sambung cerita.. Kami tunggu parkin tu kejap je.. Tapi siap berposing sakan lagi.. Nampak sangatlah muka letih.. Kalau tak percaya jom tengok gambar kat bawah ni.. Tapi actually, Sallih je yang nampak letih, dah dia yang drive.. heheheh


Segala aksi dan wajah yang sangat-sangat terbukti keletihan dan kemabukan di dalam kereta terserlah.. hahhaha...



Ni aktiviti kami selepas selesai menjalankan aktivti wajib seperti solat.. Ada juga gambar adik bongsu Wani..Comey kan...

Malam tu kami tidur kat luar.. Aku dan Ina tidur atas sofa, Sallih dan Mie kat lantai.. hahahha... Tidur berpashmina weh.. hahhaha.. Malam tu sebenarnya plan nak tengok citer hantu "DORM", last-last tidur.. hahahha.... Ngek kan.. Bangun je pagi, Mie bising dah suh bangun solat Subuh.. huhuhu... Sejuk weh.. Rasanya tak nak bangun dah.. huhuhu

Lepas sambung tidur kejap, kami bersiap pergi mandi dan kemudian berombongan pergi makan kat mana entah lah aku lupa nama tempat tu... huhuhu... Lepas dari situ, terus pergi taman apa ek.. Aku lupa lagi.. Tapi yang pasti taman tu cantik dan kami sempat bergambar banyak-banyak.. heheh



Nilah aksi kami kat taman tu.. heheh,.. pantang jumpa bunga cantik sikit, mesti nak mengada.. hahahha

lepas tu sebelum sampai apartment, kami singgah tepi jalan.. tengok-tengok baju, bunga dan sebagainya.. heheheh.. masa tu aku terpikir satu benda jah.. panas juga CH ni ek.. hehehhehe.....


Aksi kami di kedai tepi jalan tu... heheheh

Lepas tu kami balik apartment, kemas-kemas.. Masa otw nak balik tu kami singgah kat tempat jual strawberry.. Lepas tu kami berpecah ikut arah masing-masing.. Kami pon mengarah semula ke Tanjung Malim.. Dalam perjalanan, banyak juga tempat kami berhenti.. Ladang teh, ladang lebah.. dan sebagainya.. jom lah tengok gambar je ek.. lenguh jari nak menaip...huhuhu


Masa tengah packing barang.. sempat lagi posing kan.. heheh..


Ini masa kat tepi jalan tempat beli strawberry tu..




Ini ladang teh.. dan ada gak kat Kuala Woh.. heheh

Memang seronok lah trip kali ini.. Terima kasih kepada family Wani sebagai penaja... Terima kasih banyak-banyak... Tapi lepas ni tak pergi dah Cameron.. Pening huhuhu...


Okla..

Lenguh dah..

Adios Amigos...



p/s :  Malam tu siap karok lagi sebelum balik ke rumah.. Best..









Friday 9 November 2012

..perasan..

Assalamualaikum..

Aku nak update lagi ni.. hari ni update buat kali kedua.. aku dah berapa hari nak update tentang ..perasan.. tapi hari ini baru aku dapat nak update, itu pun selepas melalui proses perbincangan dengan mak bapak aku.. heheh.. macam pasal pilih jodoh je kan.. tak ada lah.. malam ni aku nak update pasal perasan.. PERASAN.. bukan perasaan taw.. 

Hari ini aku update benda ni selepas berhari-hari aku melalui perasaan nak ngamuk dengan perkataan perasan tu.. PERASAN ok.. Aku nak tanya pendapat korang-korang..macam ramai sangat baca blog aku kan.. biarlah.. yang penting aku nak tanya juga.. huhuhu... Apa perasaan korang bila melalui situasi macam aku ni.. banyak situasi sebenarnya.. tapi buat beberapa je.. jom-jom tengok situasi tu..

situasi A :

Masa tu kamu tengah sibuk nak baiki printer, dengan tangan yang penuh ink, siap pakai baju kuliah lagi.. tiba-tiba ada orang sound / tegur lah... mcm ni yek dialognya..

Perasan : macam macik-macik je aku tengok ko ni.. bla-bla-bla.. buanglah printer tu.. printer murah tu..

apa perasaan korang lalui situasi macam aku tu.. seriously masa tu aku rasa aku rasa nak nangis.. nasib baik ada lah lagi dua member yang duk bagi semangat kat aku.. kalau tak memang aku nangis dah..
dah lah masa tu aku tengah ngamuk dengan printer boleh pergi tegur guna ayat macam tu.. kalau buat ayat membina ok jugak.. ni saja nak wat amarah aku bertambah-tambah.. printer tu aku beli mahal ok.. baguslah aku ada printer.. bukan nak berlagak.. tapi kira ok lah aku nak baiki printer, nanti dah ok nanti ko jugak nak tumpang sekaki kan.. aku beli mahal weh.. sekali lagi aku nak cakap.. walaupun aku dah banyak kali cakap masa perasan tu duk tegur aku macam tu..

nilah jenis, wajah dan jenama printer.. sebijik macam ni.. CANON...


ni pulak situasi kedua.. 

situasi B :

masa tu tengah berehat.. topik pasal krim, pil dan apa sahaja yang berbentuk kecantikkan diutarakan.. kata benda tu berkesan lah.. ini lah itu .. boleh pulak, tiba-tiba ada ayat macam ni menyapa telinga anda..

perasan : wei, ko tu hodoh, patutnya ko yang guna semua krim-krim dan apa sahaja tu.. 


mungkin ada yang nak kata ayat-ayat ni gurauan.. tapi semua ni buat aku berang.. rasa nak ngamuk.. kalau iya pun aku hodoh, janganlah perasan diri tu cantik sangat... kalau nak perasan cntik pun, tak perlu nak hina orang lain.. aku tak cantik, atau hodoh sekalipun bukan masalah bagi sesiapa pun.. itu semua atas aku juga kan..


selama ni aku cuba lah tahan-tahan sikap perasan orang tu.. tapi lama-kelamaan sikap itu buat aku meluat.. aku tak pernah pun mengata diri ko hodoh ke cantik aku.. bagi aku itu bukan urusan aku.. tapi pada saat ini, bagi aku semua dah melebihi had.. bergurau pun ada batasnya.. bukan semua orang boleh terima gurauan macam itu.. 


inilah dua situasi yang aku ingat sentiasa hingga sekarang.. walaupun beberapa hari dah berlalu, tapi aku ingat lagi.. tiap kali aku ingat, mesti aku rasa nak ngamuk.. biar lah.. kalau iya pun aku ni hodoh, macam macik-macik, nenek-nenek.. aku tak ada menyusahkan sesiapa.. aku jadi diri aku.. macam mana aku pergi kelas, kuliah, KL dan semua tempat aku pergi., begitulah aku.. tak perlu nak cover jerawat, tak perlu nak jaga kulit... aku tetap aku.. 

Itu jelah aku nak update malam ni.. huhuhu

yang pasti, kepada sesiapa yang kuat sangat perasan, sila pastikan diri anda sememamgnya comel dan cantik, putih dan sebagainya baru boleh perasan.. sebab kita perlu sedar diri..

oklah.. aku nak tidur..

Adios Amigos..



p/s : perasan + mengada-ngada = buat orang lain menyampah... elakkan lah... (petua dari someone)..



"keliru"

Assalamualaikum...

Hari ini dua esaimen selamat dihantar kepada para lectrer.. Aku balik-balik je dari kelas, terus baring dan sambung tidur.. walaupun esaimen aku siap dari cuti lagi, tapi aku letih yang teramat sangat hari ini.. aku pun tak tahu lah kenapa... dah lah semalam duk lebri tolong n teman someone buat esaimen.. balik tu siap print-print suma, bincang-bincang pasal esaimen lain.. dalam pukul 11 baru settle.. pastu sambung lagi burn cd kami.. huhuhu.. letih yang teramat sangat.. aku tak mandi dah semalam.. memang lepas siap burn2 semua.. aku tidur.. letih yang teramat sangat.. huhuhu..


now.. lupakan sal keletihan yang aku maksudkan.. aku update blog aku hari ini sebab banyak benda aku nak share.. tapi selepas aku tapis,, tambah, tolak darab bahagi.. akhirnya aku buat keputusan aku nak share pasal kekeliruan yang aku alami sekarang... seriously aku keliru yang teramat sangat.. KELIRU..mungkin ada yang faham perasaan bila keliru melanda.. tapi mungkin ada juga yang tak faham.. tak apa lah...

Aku bukan setakat keliru, malahan aku juga rasa berbelah bagi.. 

Sebenarnya sekarang ni, aku tak tahu nak buat keputusan macam mana.. ada dua pilihan, yang perlu aku pilih.. dia sebelah ini dia, sebelah lagi mereka.. aku pening lah.. bila aku ajak dan tanya, jawapan dia just go for it.. tapi bila aku fikir semula, mana boleh aku buat macam tu.. selama ini apa-apa mesti ada dia.. aku nak jadi orang bodoh ke tanpa dia.. sah-sah lah kan.. lagi pun antara aku dan mereka.. kami jauh berbeza.. namun antara aku dan dua.. dah terlebih faham dah antara satu sama lain.. aku nak pilih dia atau mereka..




di sebelah sana (mereka), tak ada paksaan untuk keputusan yang aku buat.. lagipun aku tahu mereka juga tahu apa yang aku alami sekarang ini.. aku keliru weh.. aku tak tahu dah nak buat macam mana.. aku tak nak tanya pendapat sapa2.. yang aku dapat cuma kekeliruan yang semakin bertambah.. bertambah sangat-sangat..

sekarang, aku cuma try listkan kebaikan dan keburukan seandainya aku just go for it, atau aku buat benda sebaliknya.. tapi.. semakin aku listkan.. semakin berbelah bagi aku rasa.. aku tak tahu nak pilih yang mana.. mesti ada yang akan jawab, solat istikharah lah.. bagi aku benda ni simple.. tak perlu semua itu.. sekarang aku cuma nak jaga hati dan dan mereka.. tapi aku tak tahu macam mana.. aku tak tahu keputusan yang mana yang akan buat hati dia dan mereka terjaga...

berhari-hari dah aku berfikir.. banyak dah masa aku ambil.. tinggal keputusan lagi yang tak ada.. aku betul-betul tak tahu.. sekarang aku cuma fikir aku nak buat orang yang banyak tolong aku bahagia... memang kalau nak banding, dia lagi banyak tolong aku.. faham aku.. mereka tak.. mereka mungkin akan ada bila keadaan terdesak.. mereka terlalu jauh jaraknya jika nak dibandingkan dengan dia.. dia di depan mata.. mereka berada jauh di negeri dan kawasan lain.. mereka bukan siapa-siapa bagi aku.. mereka bukan juga kawan rapat aku.. mereka bukan family aku.. mereka adalah kenangan lama aku yang akan mula menjejaki ku ketika pelbagai program ingin mereka laksanakan dan buat untuk kami semua... jauh sangat mereka dan dia.. seandainya mereka yang aku maksudkan adalah orang rumah ku.. mahupun kawan-kawanku di sini.. aku akan buat mereka hepi.. tapi mereka bukan tergolong dalam itu...



mungkin keputusan terbaik hanya aku yang tahu.. dan keputusan itu hanya aku yang akan buat.. keputusan itu adalah keputusan aku...


semoga kekeliruan ini akan berakhir di sini...

ok la...

adios amigos...



p/s : bertambah lagi kekeliruan aku.. minggu depan nak pergi Cameron atau tidak.. huhuhu..

Tuesday 6 November 2012

First Time

Assalamualaikum..

Hai blog yang dah berhabuk sebab berapa hari aku tak jenguk.. Apa khabar blog..?? Aku taw mesti ko sihat kan... hehehe.. Blog, blog, blog, hari ini aku nak cerita pasal benda menarik.. Program yang first time aku pergi, dan aku sanggup korbankan masa tidur aku demi nak pergi program ini.. huhuhu.. Program yang aku maksudkan program entah nama apa, tapi tujuannya nak bagi kad siswa 1Malaysia tu..

Mula-mula aku memang tak nak pergi.. Sayang weh masa tidur aku, patutnya hari Selasa aku akan tidur lewat dan bangun selewat mungkin.. huhuhu.. tapi entah lah apa mimpi aku dan member serumah aku ni, sepuluh orang pergi program tu.. tapi pergi lambat lah yek.. majlis dijadualkan start pukul 8, kami bangun pukul 9 dan pergi dalam pukul 10 lebih.. hebat tak kami.. huhuhu.. Tapi sebenarnya hanya tujuh orang jek yang sememangnya nak pergi program ini, aku , ina dan mia xnak pergi, tapi akhirnya kami pergi juga.. macam yang aku cakap tadi.. aku tak tahu apa mimpi kami.. hehehe

malas nak cerita panjang-panjang nanti korang bosan.. heheh.. aku direct cerita pasal sampai jek kat Dewan Besar tu.. dengan penuh semangat masuk dalam tu, tapi kecewa jek jadinya.. tak ada tempat duduk.. ingatkan besar sangat dewan tu, rupanya tak.. huhuh.. lama jugaklah kami berdiri.. letih weh... 

tapi sepanjang program tu, kami serumah langsung tak tumpukan perhatian, aku tak ingat dah apa menteri tu cakap.. yang aku ingat pantun dia je.. Makan keropok bulat-bulat, tepuk tangan kuat-kuat... hahahah.. itu jelah yang aku ingat..pantun tu unik tu yang aku ingat.. hehehhe..

nak tahu apa keja kami.. meh usha gambar.. heheheh


inilah keja kami.. habis tepon mahal mia kami wat amek gambar..


snap lagi...



akhirnya ada jugak gambar pemilik tepon mahal.. heheh

ha.. itu jelah yang aku nak update pasal benda ini.. hahah..first time aku masuk Dewan Besar dan first time sanggup korbankan hari aku bercuti.. hahah.. ada lagi story best.. tapi lain kali aku update ek..

ok lah.. jom tidur nanti nak buat esaimen pulak..

oklah..

adios amigos..


p/s : hari ini dapat panggilan tepon dari cikgu yang pelik.. tak sangka.. huhuhu.. malas nak layan r.. lain kali aku cerita.

Saturday 3 November 2012

...Dua Hari bersama pegawai Arkib Negara..

Assalamualaikum alllzzzzzzz....

Hari ini dah hari kedua dalam bulan November ni.. Sepanjang dua hari ini, aku rasa bulan November masih lagi buat baik kat aku.. Tak adalah bulan ini buat jahat kat aku.. Marah-marah aku pun tak ada lagi setakat ini..  Memandangkan hari ini, adalah hari kedua.. Aku ada story nak cerita..  Tak banyak, tapi sebenarnya aku dah mention masa entry sebelum ini..

Benda yang aku nak cerita hari ini ialah.. Pasal program ataupun bengkel bersama arkib.. Penulisan Sejarah Lisan.. Dua hari taw bengkel ini.. Aku ni jarang lah sangat-sangat join benda ilmiah macam ini.. Kalau join pun mesti aku tak senang duduk.. Bosan weh...huhuhu.. Yang kali ini, aku nak cerita day by day.. heheheh.. Ada yang menarik, ada yang wat aku gelak sampai kuar air mata, dan ada yang buat aku marah.. hahahah.. Tak adalah... gurau je.. Yang best-best je ada...


Tak adalah gambar.. semuanya duk dengan AJK pelaksana.. aku tak ada bawa kamera.. sebabnya adik aku bawa kamera pergi Universiti Malaya.. huhu.. Yang aku upload ni pun atas ehsan dari pengarah program.. Nasib baik dia upload kat Facebook.. huhuhu

yezza.. aku paling tinggi kan.. heheheh... nilah kami yang join program ni.. heheh ramai x??

ok lah.. itu je aku nak update..

lain kali aku update lain..

oklah..

Adios Amigos..




Thursday 1 November 2012

Welcome November - Lonely Again

Assalamualaikum..

Hai semua.. Hari ini hari pertama dalam bulan November.. Maknanya bermula lah minggu sibuk aku.. Sibuk yang aku maksudkan kat sini refer pada minggu penghantaran esaimen.. Start next week iaitu minggu kelapan, esaimen aku akan berkurang, dan aku startlah sibukkan diri nak tengok markah kat dalam portal.. Markah esaimen kami biasanya minggu ke-13 tu kuar dah.. 

Memandangkan bulan ni aku banyak sangat nak hantar esaimen.. So, aku harap sangat-sangat bulan ini akan membawa kebaikan kepada aku.. Yang pasti tak nak kalut-malut bulan ini.. huhuhu

Hopely November akan berlaku baik pada aku.. Aku tak tahulah.. Aku ke atau bulan November kena berlaku baik.. Yang pasti aku nak semuanya berjalan lancar je bulan ni.. Amin..


1 November...

Hari ini aku mulakan dengan aktiviti yang penuh ilmiah.. Aku join program bengkel penulisan sejarah lisan bersama arkib.. Mula-mula aku hantar nama je, tapi akhirnya aku betul-betul join program ini.. Program ini dua hari sebenarnya.. Aku kena join dua hari lah kan.. Nasib baik esaimen aku tu tinggal sikit je.. Yang nak kena hantar minggu depan tinggal kena edit je.. Tak pelah, program ini fun jugak.. Aku banyak gelak.. banyak ilmu yang aku dapat.. Hinggakan aku dah wat cita-cita baharu.. Nak jadi pegawai ARKIB.. ehehhe.. Kalau tak dapat jadi cikgulah..

Happy dan enjoy aku join program tu tiba-tiba hilang.. Sekarang ni aku rasa sedih yang teramat sangat... Sebabnya sepupu aku balik dah kolej dia.. Tinggal lah aku sorang-sorang dalam bilik.. Walaupun ada dah housemate aku.. Tapi tak sama taw perasaan dengan sedara sendiri.. Dah lah ari tu adik aku balik UM, sekarang sepupu aku pulak.. Seriously air mata aku mengalir lagi hari ini.. Tiba-tiba rasa sunyi sangat-sangat.. Tak dah orang nak bising-bising, teman aku tidur lewat malam..

Adik, sepupu dan juga bestfren dorang.. Sepupu aku yang baju hijau tu, baju merah putih tu adik aku.. dan yang tengah kawan dorang.. Tiga orang nilah yang tinggal dan temankan aku selama seminggu ni..


Bila adik dan sepupu aku ada sini, aku rasa bebas sangat-sangat.. Aku cakap apa pun tak ada masalah.. Bahasa kami sama, cara kami cakap sama, gurauan kami sama.. Aku suka suasana tu.. Sekarang ni, aku tak tahu dah nak kata apa.. Aku harap sangat-sangat dorang datang sini lagi.. Datang tinggal serumah dengan aku.. dah lah aku jumpa dorang jarang-jarang.. Perasaan ni buat aku rasa nak tinggal serumah dengan dorang sangat-sangat.. Inilah yang aku maksudkan lonely again..

Malas lah aku nak tacing-tacing lagi.. Biarlah.. Nanti aku jumpa juga dorang tu kan.. Cuti Deepavali ada lagi.. Aku nak jumpa dorang lagi.. Sangat-sangat nak... 

Apa-apapun.. Jumpa lagi Oktiber, Selamat Datang November, tolong berlaku baik pada aku.. huhuhu

Ok lah..

Adios Amigos...