Wednesday 26 September 2012

Seharian di Arkib Negara

Assalamualaikum..

Lama gila xupdate blog ni kan.. Bukan tak nak update.. Tapi aku jarang on laptop.. Almaklumlah, tidur memanjang je keja.. Tambahan pula sekarang ni dah masuk dua minggu dah kuliah.. Diri ini semakin hari semakin sibuk.. Minggu pertama sibuk dengan minggu add drop.. Minggu kedua ni aku sibuk menghabiskan duit pergi cari bahan untuk buat esaimen...

Ok.. Let begin my story mory hari ini ek..

Alkisah yang aku nak cerita ni sebenarnya mengenai peristiwa baik punya yang aku dan tujuh orang lagi kawan aku lalui pada hari Khamis lalu.. Niat di hati kami nak pergi dua tempat pada hari itu, iaitu Arkib Negara dan juga Perpustakaan Universiti Malaya,,, Sekali lah nak jumpa adik aku yang kat UM.. Tapi disebabkan story di bawah, semuanya tidak seperti yang telah dirancang... huhuhu..


Kami bertolak dari rumah 2A Taman Universiti tepat jam 7.30 pagi.. Janji nak jumpa dengan budak lelaki empat orang lagi kat KTM sebelum jam 7.50.. Kami sampai sana tak sampai 10minit, keretapi dah tinggalkan kami.. Terpaksalah kami menunggu jejaka terhangat di pasaran dan juga tunggu train seterusnya... Masa tu nak marah pun tak boleh.. huhuhu

Tepat jam 8.25 pagi kami bertolak ke arah Kuala Lumpur, then kami sampai di stesen Putra dalam jam 10.15 pagi.. Lama gila duduk dalam train.. Banyak gila aksi dalam train.. Kejap-kejap mengumpat, tengok cerita tom n jerry dan sebagainya.. Tak terasa jugalah perjalanan yang jauh yang kami terpaksa lalui...

Sepanjang berada di AN ni, kami langsung tak makan.. Sebab cafetaria hanya akan buka pada 8 Oktober.. Sah2 kami kena berlapar.. Sebab kat sekitar arkib ni tak ada langsung kedai makanan.. Dah lah air cond dalam arkib tu sangat2 menyenakkan perut.. Menyebabkan proses penghadaman kami yang sememangnya sedia tak makan start bangun lagi bertambah cepat.. Lapar weh..

Kami merupakan orang terakhir yang berada dalam AN pada hari tu.. Dalam erti kata lain, kami menjadi individu yang menutup pintu arkib pada hari tersebut.. Hebat tak???

Tu jelah cerita masa kat arkib..

Aku nak masukkan gambar.. Tapi aku tak tahu apa kejadian line kat rumah aku ni, yang telah menghalang aku untuk upload gambar..

Sedikit tekanan ok..

Oklah..

Lain masa aku upload pic..

K, Adios Amigos..