Saturday 16 November 2013

Hanya Untuk 4 BULAN (Part 1)



memang lama sangat-sangat aku tak update apa-apa kat blog ni.. bukan setakat tak update bukak pun tak.. macam orang sibuk sangat-sangat kan.. tapi sebenarnya aku memang sibuk.. tak tipu.. aku sibuk selama empat bulan.. sibuk dengan tanggung jawab baru aku sebagai guru pelatih.. walaupun tanggungjawab tu hanya untuk 4 BULAN..

Ok..

HANYA UNTUK 4 BULAN..

Dalam tempoh 4 bulan ni, aku menghabiskan masa berpraktikal di SMK MUNSHI ABDULLAH.. Sebenarnya bukan aku seorang je praktikal kat sini.. Tapi ada tujuh orang budak UPSI yang berpraktikal kat situ.. Tapi aku cuma rapat dengan kawan aku yang sama kos iaitu Nor Azwani.. Bukan tak nak rapat dengan yang lain, tapi mereka di sidang pagi, aku dan Wani di sidang petang.. Memang susah sangat-sangat nak jumpa.. 

Sepanjang empat bulan ni.. banyak sangat kenangan yang aku peroleh.. Bukan setakat kenangan.. Tapi juga ilmu baharu.. Ilmu yang aku peroleh daripada cikgu-cikgu senior dan juga pengalaman yang diri ini sendiri peroleh bila berhadapan dengan student.. Banyak sangat-sangat pengalaman yang merangkumi cabaran... Tak terkira. Jadi aku nak share la kat korang semua2..

Silakan membaca selagi anda tidak bosan yekk..

Aku mengajar sidang petang, so memang terang, nyata, dan jelas lah kan aku mengajar budak-budak form 1 dan form 2 je.. Aku dapat 4 kelas.. 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2... 1PK1, 1PK2, 2KT2 dan 2KT4... Aku tak bernasib baik dapat kelas aliran.. Tapi kira bernasib baik la jugak sebab dapat kelas bukan aliran sebab aku dapat pengalaman nak berhadapan dengan situasi sebenar pelajar sekarang ni.. Aku nak cerita serba sedikit mengenai kelas yang aku ajar.. sebelum aku terlambat nak inform.. semua yang kelas yang aku ajar, semua subjek sejarah ok... huhuhu

Kita start yek story mory tentang kelas-kelas yang aku ajar...

1PK1..

Kelas ni merupakan kelas pertama.. Mula-mula serius aku takut gila nak masuk kelas ni.. haha.. Sebab majoriti Cina.. Aku takut aku tak faham apa dorang cakap... heheheh.. Budak perempuan islam hanya ada 6 orang je.. budak lelaki lak 8 orang kalau tak silap.. yang lain Cina.. dan 2 orang India.. semuanya dalam kelas tu ada 37 orang... ramai kan... huhuhu... Mula-mula aku masuk kelas tu, memang semua cakap Cina.. hahha.. Aku pun buat peraturan baharu.. No English, No Mandarin.. hahha.. Memang dengarlah rungutan mereka.. Tapi apakan daya, kuasa di tangan cikgu. hehhe.. 

Seronok mengajar kelas ni.. Sebab dorang cepat faham.. Aku pernah marah cuma dua tiga kali je kot. hehhe.. Tak ingat dah.. Yang pasti kelas ni semua budak pandai.. Walaupun dorang ni bermasalah dari aspek kehadiran.. huhuhu

So inilah mereka...





Ok.. Sekarang kita teruskan story dengan kelas aku yang seterusnya...

1PK2

Kelas ini adalah kelas yang aku paling suka dan sayang.. Sebab studentnya semua memang terbaik.. Walaupun dornag ni kelas kedua, tapi semua pada tahap yang ok.. Banyak kali juga kelas ni kena marah dengan aku.. Tak terkira.. tapi dorang jenis tak ambil hati.. Aku marah hari ni, esok boleh plak tergelak sakan.. heheh... Aku nak marah pon terus tak jadi.. hahhaha.. Ngek kan.. Apa-apa pun aku pasti akan rindu student kelas ni.. huhuhu











Inilah. 2 kelas tingakatn 1 yang aku ajar.. yang tingkatan 2 nanti aku update lain yek... heheh.. Part seterusnya la bagi budak tingkatan 2... heheh

Apa-apapun untuk 4 bulan mengajar dua kelas ini sangat-sangat osemmm.. Seronok.. Gembira, marah, sedih semua perasaan aku masih rasa hingga saat ini..

Oklah..
Aku nak main candy crush jap.. heheh


Adios...



Friday 20 September 2013

Praktikum Oh Praktikum



Haiiii.. Lama kan tak update... tak apa lah.. Ini aku baru terdetik hati nak menghupdate... Ok.. Aku sejak jadi cikgu ni tak menyimpang dah kalau cakap.. Semua straight to da point.. heheh... Seperti yang kawan-kawan aku dah update kat FB, Twitter, Blog dan sebagainya... Aku sedang menjalani latihan mengajar selama 16 minggu.. Bermula dari 15 Julai sehingga 8 November.. Lama kan...

Tapi sekarang dah minggu ke 9.. Hari terakhir lah untuk minggu ke-9.. Maybe aku berbeza nasib dengan kawan-kawan yang lain.. Sebab aku dapat sekolah yang sangat-sangat lain dari yang lain.. Kalau sekolah lain, semua cikgu tak boleh buat.. Tambah2 lagi cikgu praktikal.. Tapi sekolah aku semua boleh.. hahahha... Tambah lagi bagi penampar.. hahahah...


Nak dijadikan cerita pasal praktikal ni.. banyak lah jugak kerja yang diberikan oleh pihak sekolah.. Tapinya aku dan member sorang lagi Wanie, tak ada pulak kerja.. hahahha.. Kerja kami tiap minggu cuma menghadap RPH dan BBM... hahahha... Memang agak pelik kan.. Tapi sebenArnya tugas dan kerja  diberikan kepada cikgu pagi.. iaitu geng praktikal pagi.. aku kan praktikal di sidang petang... Walaupun aku tahu ada yang tak puas hati, tapi ada aku kesah.. hahahha.. Yang aku tahu aku enjoy mengajar...

Banyak lagi aku nak cerita.. Tapi lain kali lah...

AKu nak bersiap pergi sekolah...




Bye,..


Adios Amigos...



Monday 5 August 2013

Excited Weh...(4 Ogos 2013)


Lama jugakkan aku tak update blog.. huhuhu.. Bukan malas, tapi banyak benda yang menghalang.. Nanti lain kali aku story la apa benda yang menghalang tu.. huhuhu.. Sekarang pukul 12.19 tengah malam, aku berada di LCCT.. Menanti penerbangan aku pukul 6.25 nanti.. Seriously aku sangat excited nak balik hari ini sebab aku akan balik beraya.. Tahun ni pertama kali aku merasa kenikmatan raya tu.. Rasa macam mana payahnya nak dapatkan tiket balik kampung, dan jumpa merasa macam mana letihnya menjadi seorang guru.. Yang itu lain entry aku story ok.. Sekarang ini aku khaskan untuk tajuk entry aku di atas.. Iaitu Excited Weh.. hahhaha

Sebenarnya bukan aku excited nak balik beraya je, tapi aku excited sebab dapat jumpa salah sorang member rapat dan kamceng aku kat UPSI.. Almaklumlah sepanjang berpraktikal ni, aku cuma dapat jumpa member yang berpraktikal di kawasan Melaka sahaja.. Akhirnya setelah hampir dua bulan tak jumpa.. Campur cuti semd an juga tiga minggu praktikal akhirnya jumpa jugak aku dengan mak cik sorang ni.. hahahha...

Thanks weh sebab datang kat LCCT untuk jumpa aku.. Terubat juga rindu kat ko.. hahahha.. In Sya Allah ada masa kita jumpa lagi.. Lepas ni kita buat plan baik punya.. hahhaha.. Tapi pastikan kita cukup korum la baru ble jumpa dan berjimba-jimba macam dulu.. hahahha.. Siapa yang aku maksud kan?? hahha... Tgok pic kat bawah.. hahhaha


Ha.. Nur Hidayati Razali adalag member yang aku maksudkan.,. Akhirnya dapat jugak aku jumpa dia.. Excited gila dapat jumpa.. Walaupun cuma sekejap, tapi terubat jugak rindu.. huhuhu.. 


ha ini pulak dengan budak-budak Upsi yang kebetulan terserempak.. hahahha.. yang pakai spec kat belakang tu nama Niza.. Aku lama dah kenal.. Yang pakai tudung pink nama Farehah.. Kawan Ann.. Baru kenal kat airport ni.. Yang sebelah aku tu nama Lyne.. Aku kenal kat UPSI lagi.. Yang lelaki tu aku xsilap nama dia Dawie.. Aku tak kenal pon.. Member dorang berempat ni.. hahaha.. 


Sangat seronok dapat jumpa dengan Yatt.. Tapi sedih tak dapat jumpa dengan Ann lagi setakat ni.. Geng karok aku ni,. huhuhu.. Rindu korang...

Semoga praktikal kita berjalan dengan lancar.. Ada masa kita jumpa lagi.. 

Ok la.. Aku nak layan movie sambil tunggu flight aku.. hahah..

Ok..


Adios Amigoss...





Friday 5 July 2013

AT32B Happening sentiasa


Hari ni 5 Julai 2013.. 5 hari lagi kita semua akan berpuasa.. dan 10 hari lagi aku dan kawan-kawan sebatch akan memulakan smester ketujuh kami dengan berpraktikal di sekolah-sekolah pilihan masing-masing.. Jadi dalam entry kali ini, aku nak berkongsi mengenai budak kelas KPD3026 dan KPD3016 aku.. Actually semua yang satu kelas ni semuanya budak sejarah.. Sebabnya dalam kelas ni kami belajar mengenai cara nak mengajar. semualah yang penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru.. 

Terlebih dahulu aku nak cerita lah disebalik kewujudan kelas kami ni.. heheh.. Ada benda yang melucukan ok.. Masa semester lima, hari pertama masuk kelas ni.. jumlah pelajar dalamnya adalah yang paling ramai dalam semua kelas, iaitu seramai 46 orang.. Ramai kan.. huhuhu..Tapi lepas je kelas pertama ramai sangat yang drop.. Sehinggakan hari kedua kelas tu tinggal 12 orang je budak kelas tu.. Sikit kan.. hahaha.. Aku tergolong dalam yang 12 orang tu.. Walaupun aku dah berusaha jugak nak drop tapi tak lepas.. huhuhu.. Dengan redha aku masuk jugak la kelas tu.. heheh.. Tapi memandangkan pelajar dalam kelas tu terlalu sedikit.. Pihak akademik telah mengambil tindakan dengan menarik semula beberapa orang murid yang drop tu, dan menjadikan budak kelas kami 26 orang.. Ramai kan 26 orang.. haha.. Tapi tetap sikit berbanding 46 orang masa hari pertama...

Inilah budak kelas kami masa semester 5... Semuanya 26 orang....

Masa semester 5 maintain lah kelas kami 26 orang.. Tapi masa semester 6, dua orang student dari kelas dan kumpulan lain dimasukkan dalam kumpulan kami.. Menjadikan kumpulan kami 28 orang.. Tetapi salah seorang kawan kami terpaksa menangguh pengajian kerana sakit appendiks... So kami 27 orang la kan.. Tutup cerita pasal mengira budak kelas aku.. heheh.. Sekarang kita kembali pada story yang aku nak sampaikan..

Ha.. Ini masa semester 6... Semuanya 27 orang... 

Kenapa bagi aku kelas AT32B gempak?? Bukannya sebab ada kawan rapat aku dalam tu.. Tapi disebabkan telatah dan karenah budak kelas aku yang sememangnya membuat aku sentiasa nak tergelak.. heheh.. tambahan pula dengan pensyarah kami yang sangat lah sporting.. Kami ada dua orang pensyarah yek.. Dua-dua lelaki.. Memang dua-dua pun best.. Budak kelas kami banyak perempuan.. hanya 4 orang jah lelaki.. Hero Malaya la katakan.. hehehe...

Masa kelas atau masa sesi makro banyak sangat telatah mereka yang aku tak leh lupa.. Kadang-kadang aku rasa lebih teruk dari budak kecil hahha.. Tapi dalam banyak-banyak kami ni, ada juga yang kadang-kadang terover.. Dan memilih bulu.. Tapi abaikan lah tu.. heheh

Ni masa orang sibuk bincang.. Dorang boleh posing nak amek gambar.. heheheh

Ni pensyarah kedua kami.. Pensyarah pertama da ada kat gambar atas, sekali dengan kami masa sem 5.. Nama pensyarah ini.. Dr. Wong Kung Teck...

Sempat lagi kan.. hehehe

Sebelum semua berpisah.. kami sempat buat dinner.. kat dusun bay.. Kat tanjung malim jugak.. adalah sesi bertukar-tukar hadiah.. dan sesi kotak beracun.. nasib baik nama aku tak naik untuk kotak beracun tu.. heheh.,. tergelak habis.. semua sporting habis..

Before dinner.. Tukang amek kat rumah.. hehehe

Kami berposing....

Hadiah yang ditukar-tukar...

Sebelum pensyarah balik...

Ni ada aku.. hehehe
Banyak kenangan sepanjang kami semua dalam kumpulan AT32B.. Walaupun sememangnya kami adalah budak sejarah, tapi sebelum berada dalam kumpulan yang sama kami tak adalah rapat sangat.. tapi bila dah sama group selama setahun, ikatan jadi makin erat.. hehehe..

Itu jelah yang aku nak membebel pasal kelas aku.. heheh.. See you all next entry ok.. Ok lah..

Adios Amigos...


Rindu mek sebelah aku ni...


Saturday 29 June 2013

Ronda2x MELAKA (30 Mei 2013)


Seminggu selepas aku balik dari Teluk Batik.. Aku dan member-member yang membuat permohonan untuk berpraktikal di Melaka, mencapai kata sepakat untuk survey sekolah yang kami nak tu.. Tarikh yang kami pilih ialah 30 Mei 2013... Drastik kan keputusan kami nak pergi.. Kelam kabut aku dan Mie pergi ambil kereta di KL.. hahaha.. Salah satu sebab aku dan Mie pergi ambil kereta adalah disebabkan sesuatu.. hahahah.. Biarlah rahsia...Nak lari dari something sebenarnya.. hahah

Kami bertolak pergi Melaka tu mengikut perancangan awal ialah pada jam 7.30 pagi,.. Tengok-tengok Firdaus Jamil xbangun lagi.. Dia bangun masa kami duk sibuk call dia.. hahah..Akhirnya kami bertolak dalam jam 9 pagi.. Kira awal la jugak tu kan,..Sepanjang perjalanan kami hanya singgah di Restoran Jejantas Sungai Buloh je.. yang lain langsung tak singgah.. Kami mengambil masa 3 jam lebih je untuk sampai ke Melaka... Hebat tak hebat?? hahaha.. Tengok siapa yang drive tentunya bukan aku.,.. hehehhe

Mula-mula aku expect Melaka ni dari start lepas tol sampai ke Melaka tengah semuanya kampung, tapi apa yang aku jangkakan adalah salah dan yang sebenarnya Melaka adalah tempat yang sangat maju.. Walaupun kecil, tapi sangat membangun... Dijadikan cerita, tempat pertama kami pergi di Melaka tu adalah sekolah-sekolah yang bakal kami mengajar nanti.. Mula-mula sekolah Firdaus.. Lepas tu sekolah Mie, Sekolah aku dan Wani dan akhir sekali adalah sekolah Ghazalie dan juga Fadzli... Tapi masa cari sekolah Zalie dan Lie, kami boleh sesat, sebabnya sekolah tu tak ada dalam GPS.. hahahah..

Kami berdua.. Posing depan banglo yang ada depan sekolah SMK Malim.. hehehe

Ni sekolah yang daus akan berpraktikal nanti....

Tak dapat nak posing depan sekolah SMK TUN TUAH.. ambil gambar ni pun jadilah... Bakal tempat cikgu Muhaimie berpraktikal...

Ha.. Ni SMK MUNSHI ABDULLAH... 

Cikgu Zalie dan Fadzli In Sya Allah akan berpraktikal di sini... SMKA SULTAN MUHAMMAD...

Selesai survey sekolah, kami pun menjelajah ke BANDARAYA MELAKA,.. Tujuan utama adalah mencari tandas dan juga tempat untuk makan.. Tengahari dah weh.. Lapar.. huhuhu.. Tapi lain yang kami cari lain yang kami buat.. hahah.. Kami menjadi pelancong seketika di bandaraya tersebut.. heheh..  Lepas jalan kat bangunan entah apa ntah aku lupa nama dia.. kami turun bawah cari tandas.. hehehhe.. Sempat gak aku posing kat beca.. Comel weh.. Tapi aku tak naik pun.. Kalau naik RM25.. hahahha.. Tak mau lah.. Mahal.. hahahah.. 

Ha.. inilah beca yang aku cakap tu.. Mula-mula memang nak naik.. Tapi tak jadi.. heheheh

Lepas habis meronda kat bawah dan lepas dapat masuk tandas.. Aku dan mereka (kami lah kan).. Menjelajah ke bahagian atas pulak.. Kena mendaki weh.. huhuhu.. Panas memang panas.. Tapi masa naik kat atas tu berangin je rasa... Sejuk.. heheh.. Dari atas tu boleh nampak seluruh kawasan Melaka Tengah rasanya.. heheh...

Kami keletihan dah ni.. hehehh

Huwarhhhhh... Tudung aku hancusss.. Bukti angin yang amat teramat kuat dan best.. hehehhe

Kat belakang dorang ini adalah pemandangan yang dapat dilihat dari atas....

Lepas dah letih menjelajah kat atas tu.. kami pun turun.. Kononnya nak pergi A Famosa.. First time kan.. Memanglah semua benda nak kena pergi tengok.. Wajib kata orang.. hehehhehe

Ni masa turun.. heheheh... Gayat weh....

Masa kat bawah.. Nilah A Famosa.. Tak besar pun kecil jek... Nampak tak aku dan wani tengah berehat-rehat di atas batu tu... heheheh

Lepas dah settle menjelajah dan melawat kawasan-kawasan menarik.. Kami pun balik. Balik ke tempat parking kereta.. Jauhnya weh.. Jauh sangat.. Dah la kena jalan kaki.. Dalam masa yang sama time tu jugak baru perasan tempat-tempat lain yang kami tak lawat tadi.. Takpe.. lain kali kami pasti akan pergi pulak.. hehehhe... Lepas semua sesi menjelajah selesai.. Barulah kami kembali kepada tujuan asal kami.. Iaitu makan... hahahah...

Makan ni pun satu pasal gak.. Masuk kat Dataran pahlawan.. Satu tempat makan pun tak jumpa.. Kami ni duk ikut je sign kata Food Court.. Last2 tengah di ubahsuai.. Satu mall dah kami jalan tak jumpa weh.. Akhinya kami ke mahkota Parade... Kat sana baru kami jumpa tempat makan.. Walaupun ada GST tapi kami tetap makan ... heheheh,,,

Dengan berakhirnya kisah kami berempat ni.. Maka tamat lah episod jalan-jalan kami di Melaka.. hehehhe...lain kali kami jalan lagi... Aku akan update sentiasa kalau aku jalan.. hehehhe

Ok lah lain kali aku update lagi yekk.. Lain kali tu maybe esok, lusa atau malam ni.. Hahhaha..

Ok lah.. Adios Amigos....


Tak boleh ambil gambar.. Tapi dah terambil.. Hahha.. Comelnya patung ni.. hehehhe


p/s : Malam tu sampai TM dalam pukul 8.. terus pergi celebrate befday Ina... Letih weh.. huhuhu.. tapi yang seronoknya ialah dapat Karok sepanjang jalan.. heheheh


Friday 28 June 2013

Teluk Batik Once Again (23/05/2013)


Lama gila kan xupdate blog ni.. Last bulan 5 hari tu.. Tu pon masa mengundi.. Sekarang nak masuk bulan 7 dah.. Memang lama dah aku tak update.. Sememangnya aku malas,, hehe.. Tiada alasan lain.. Kalau fikir banyak lagi benda aku boleh update, tapi malas sungguh aku.. hehehe

Hari ini aku nak update tentang percutian satu hari satu malam kami ke Teluk Batik.. Sebenarnya ada kisah di sebalik percutian ini.. Sekejap nak pergi, dan begitu jugak sebaliknya.. Ngek kan aku.. Macam-macam benda aku try, contohnya ajak adikku, tapi adik aku pulak ada program di PD.. Nasib baik last minit ada jugak adik Mie join.. Selamat-selamat.. heheheh

Plan asal kami, kononnya nak bergerak selepas maghrib.. Tapi disebabkan benda yang tak dapat dielakkan terpaksalah bergerak pukul 10 lebih kot.. Kalau tak silap aku... Malam ok.. Bukan siang..

Di tengah jalan pulak, ada masalah baharu.. hahah.. Salah satu kereta yang dinaiki oleh mereka, pancit tayar .. hahahha.. Nak tergelak pun ada.. Tapi biarlah.. hehehe

Ha.. Ini masa tayar pancit.. Hahhahaha... Bekerjasama mereka.. heheh

Ok... Habis sesi tayar pancit.. Ada road block pulak tengah jalan.. Hahhaha.. Masalahnya yang kena tahan kereta yang aku naik.. Kereta Din yang Mie pandu.. hehehe.. Boleh pulak pacik polis tu tanya lesen kat Mie... Hahahha.. Mie dengan bangga menganggap dia dikatakan masih muda dan tak cukup umur lagi.. hehehhe

Hahhaha.. Abaikan kisah tu.. Jom direct cerita pasal percutian yang serba tak kena di Teluk Batik ni.. heheheh.. Kami sampai dalam jam 1 lebih... Pagi ok.. Memang tak larat dah... Muka aku memang gila mengantuk dah.. heheheh... Semua orang pakat angkat barang.. Aku pun angkat gak.. Tapi aku angkat barang aku.. heheh.. Sebab barang aku macam nak pergi bercuti di BALI.. hahaha.. Banyak weh...Sampai-sampai je buat khemah dan unggun api.. Lepas tu pakat makan dan tidur...


Ha.. Nampak tak betapa banyak gila-gila barang yang aku bawa.. Dengan bantal dua bijik tu.. heheheh

Bangun pagi-pagi.. Kami ambil wuduk menggunakan air laut yang masin tu.. hahah.. Tersedak-sedak ok.. hehhe... Pagi tu start mandi smpai kul 10 pagi.. Lepas tu semua pakat letih... Dan ajak kemas-kemas nak pergi main bowling kononnya.. Last-last semua surrender.. Nak tidur lah letihlah.. hahahha 

Entah apa yang aku tulis kat pasir ni.. ehhehe

Muhaimie dengan Hady.. Dua orang yang sentiasa cakap benda mengarut... hehehe

Tengok.. Betapa awalnya mereka mandi dan main air kat laut... hahhaha

Posing dulu.. hehehhe

Jom sambung story... Hari tu kan hari Jumaat... So, budak lelaki pun pergi lah solat Jumaat.. Kami yang perempuan lak boleh pergi tidur kat Mahkamah Syariah.. hahahha.. Ngek sungguh lah.. Tidur sampai tak sedar orang lalu.. heheheh.. 

Tapi kan.. Lepas je budak laki habis solat tu.. khabar yang mengecewakan aku pulak yang kami terima.. Mereka semua nak balik.. Huhuhu.. Aku tak nak balik lagi.. Aku nak mandi lagi.. Aku siap dah sewa pelampung dah.. Huhu.. Sangat mengecewakan... Tapi disebabkan salah seorang member tu rasa tak berbaloi kalau datang saja, tak naik BANANA BOAT.. So,kami kembali semula ke pantai Teluk Batik tu.. Happynya hati aku.. hehehhe... 

Sampai kat pantai.. semua pakat pergi surau dan tidur.. heheh.. lepas sejam aku dan adik Mie keluar dari surau,,, Jumpa Mie kat luar surau, dan plan nak naik banana.. Walaupun yang lain tak nak.. hehehhe.. Termasuk Zaem kami je empat orang yang naik.. heheh.. Hadi jadi photographer je kat bawah pokok.. hjeheheh.. Lepas naik banana, kami pon jelajah pulau... Ok.. jelajah mari... heheheh.. 

Masa awal-awal lagi ni.. Tak ready lagi.. hjeheh

Ok.. Kami ready dah,... hehehehhehe 

Ini mereka-mereka yang keletihan.. plus zaem yang active teramat.. hehehhe


Kami dah ready nak menjelajah... heheh

Hady dan Ina... 

Kami bertiga yang sekepala,,, heheheh

Mereka-mereka....

Aku pun ada ya masa ni.. hehehhe

Tu jelah aktiviti kami sepanjang percutian satu hari satu malam tu.. hjeehhehe... Walaupun orang lain tak merasai keseronokan yang aku rasa.. Tapi aku seronok.. Happy sangat.. Sebab aku menghabiskan masa aku dengan baik di sana.. heheheheh

Ok lah..tu je story aku pasal percutian aku tu.. heheheh.. Nanti aku update lagi.... Sekarang nak jaga budak-budak dua orang ni dulu..,.. Ok lah yek..

Adios Amigos..