Thursday 30 August 2012

Alhamdulillah - Seperti Yang Diharapkan

Assalamualaikum..

...30 Ogos 2012... 
Malam ni mesti ramai yang pergi mana-mana celebrate merdeka kan.. Aku macam biasalah.. Sentiasa duduk rumah dan tak pergi celebrate benda-benda begini.. Bukan tak minat.. Tapi aku malas nak memenatkan diri lah.. Baik aku duduk rumah.. Walaupun tak dapat celebrate.. Tapi aku boleh berehat sepuas hati aku... (Kalau ada yang kata aku ni kera sumbang, agaknya korang silap.. heheh)..

Anyway ..

Happy Independent Day ataupun Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55...


Berbalik pada tajuk entry aku kat atas tu, mesti ramai yang tertanya-tanya kan apa yang aku harapkan sangat tu.. Actually, tiada kaitan pun dengan result ataupun apa-apa je lah.. Semua ni berkaitan dengan online buying.. Hehhehe.. Aku ni rajin sangat sebenarnya beli barang melalui butik-butik online.. Tapi start member aku sorang tu beli barang macam aku, then dapat tak seperti yang dah diorder.. Aku pun apa lagi... Takut lah kan...


Tapi, setelah beberapa hari membelek-belek semua album baju kurung kat Facebook.. Aku akhirnya decide nak beli baju tu.. Walaupun aku risau juga, kalau barang tu tak sampai.. Ataupun sampai tidak seperti yang aku harapkan.. Tapi aku try jugaklah... 

Lepas bank in duit sebanyak RM 100++, akhirnya aku diberikan juga lah tracking number untuk baju yang aku order tu.. Hampir selang sejam aku cek kat laman web pos laju, barang tu kat mana dah.. Akhirnya... Hari ini barang tu akhirnya sampai ke tangan aku.. 

Respon aku..

Yes, baju yang aku nak tu sangat-sangat cantik dan seperti aku harapkan.. Tiada cacat celanya.. Aku tak ambil lagi pic baju tu.. Tapi nilah baju yang aku nak beli tu.. 


ha... Inilah baju yang beli tu..

Yang aku puas hati sangat-sangat dengan butik ni.. Sebenarnya aku bagi duit lebih masa bank in tu.. Aku niat nak suruh simpan je baki tu.. Tengok-tengok masa aku buka bungkusan tu, aku bukan setakat dapat baju, malahan aku juga disertakan dengan resit dan baki duit sebanyak RM4... Memang lah aku salute dengan kakak tu..

Anyway..

 Thank you sis, untuk layanan dan perkhidmatan yang sangat-sangat memuaskan hati...

Ok la..

Adios Amigos..





Sunday 26 August 2012

"Saya Kenal Sayang Saya"

Assalamualaikum..

Hai semua... Hari ini aku nak share lagu yang bermain-main di minda aku.. Bukan setakat minda, tapi aku pun ikut sama menyanyikan lagu ni sepanjang hari ini.. Huhuhu...


Mula-mula aku nak share lirik lagu je dulu ek.. Nanti sebelum aku say bye, aku bagi link untuk lagu tu kat Youtube ek.. Tajuk Lagu tu 150 Juta by Fynn Jamal..


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”


Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Hehhehe... Nilah lirik lagu tu.. 

Korang carilah kat You Tube tu lagu ni ek...

Walaupun slow.. Tapi sangat-sangat terkena dengan jiwa dan juga diri aku sendiri.. heheh..


Oklah..

Adios Amigos..

p/s : Sekali-sekala jiwang-jiwang.. Tak pe kan.. heheh



Friday 24 August 2012

Maafkan Diri Ini

Assalamualaikum..

Entry hari ini, lebih kepada luahan rasa hati aku sekarang ni...
Bagi yang tak nak baca, tak payah baca..
Aku nak melalut sorang-sorang hari ni..



Kadang-kadang alpa menguasai diri,
Sibuk menginginkan kebahagiaan untuk diri sendiri,
Hingga terlupa mengenai perasaan insan yang disayangi,
Letih, marah, terasa yang dialami insan tersebut tidak diingati..

Bukan diri sengaja melukai,
Namun amarah dan perasaan yang menguasai diri,
Mendorong untuk melakukan perkara yang amat dibenci,
Kini penyesalan yang muncul selepas semua terjadi..

Mungkin penyesalan ini tidak berguna lagi,
Namun ikhlas diri ini memohon ampun kerana perangai diri,
Semua yang keluar dari mulut ini tidak seperti yang dirimu fahami,
Jauh berbeza dan janganlah dikau mentafsirnya sendiri,
Amarah yang hadir adalah penyebab ini semuanya terjadi..

Kepada mu insan yang aku sakiti sebentar tadi..

Diri ini memohon maaf berjuta kali,
Janganlah dikau berdiam diri,
Diriku terasa kehilangan bila dirimu mula senyapkan diri,
Kesalahan hadir disebabkan diri ini,
Cukuplah hukuman yang diri ini lalui,
Janganlah ditambah lagi,
Berhentilah berdiam diri wahai insan yang diri ini sayangi...
Maafkanlah kekhilafan yang diri telah lakukan tadi..



Tacing seketika di saat menaip post ni..
huhuhuhu...

Oklah..

Lain kali aku update lagi..

Adios Amigos..


p/s : Tolong jangan nak pertikai entri aku ni.. Aku tujukan untuk orang tu je.. huhuhu


Thursday 23 August 2012

Susah Nak Tidur Malam

Assalamualaikum..


Mesti ramai lagi kan yang tengah sibuk beraya.. Sama lah dengan family aku.. Hari ni sibuk nak pergi rumah saudara sebelah nilah itulah.. Tapi aku pulak duduk rumah.. Bukan tak nak ikut.. Tapi mata aku tak bagi aku ikut...

Korang nak tahu tak.. Aku hadapi masalah baru.. Aku susah nak tidur malam.. Tekanan sangat-sangat aku rasa.. Aku dah berapa hari ni tak boleh tidur malam.. Kadang-kadang aku boleh je tidur awal... Dalam jam 10 aku mengantuk dah.. Tapi tepat jam 12 tengah malam aku akan bangun dan berjaga sampai subuh...

Aku tak tahu dah nak buat macam mana baru mata aku ni dapat tidur dengan lena... Semua cara aku dah buat.. Semua tak menjadi.. huhuhu... Aku tak kisah sangat kalau aku dapat tidur lama sikit atau masa siang aku tidur.. Tapi hampeh.. Siang pun aku tak boleh tidur.. Tidur lepas subuh.. Sah-sah jam 7 aku bangun semula..

Disebabkan tidur yang tak teratur + tak cukup tidur.. Mata aku dah sembam.. Jerawat pun naik mendadak.. Tensionnya aku...... Dah lah tinggal dua minggu++ lagi balik UPSi, muka aku pulak dah semacam je.. Memang sah-sah aku rasa macam tak nak balik dah...






Aku tak tahu dah nak kata apa.. Yang pasti, inilah masalah yang aku hadapi sekarang ni...

Oklah..

Lain kali aku update lagi..

Adios amigos..




Monday 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Hari ni dah hari kedua hari raya kan.. Mesti banyak jalan kan.. Aku pun mengharungi hari yang amat panjang untuk dua hari ini.. Kalau boleh semua aku nak cerita dari awal sampai habis...

Banyak juga gambar yang aku nak share.. Tapi, aku tak masukkan dalam laptop lagi... Nantilah aku dah masukkan dalam laptop, aku share ya...

Tapi apa-apa pun.. Aku nak ucap...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin...



IKHLAS DARIPADA KAMI SEKELUARGA..
p/s : tlg abaikan muka budak-budak lelaki (adik-adik aku) yang sengal tu.. heheh.. Gambar baju sama tak ada, sebab masa pakai baju sama semua duk tempat lain.. huhuhu...

Ok la..

Lain masa aku update lagi..

Adios Amigos..




Saturday 18 August 2012

"DUET RATA" pertama Aku

Assalamualaikum..

Yahoooooooo... Esok raya.. Aku start taip entry ni lepas je tengok pengumuman raya.. Tiba-tiba teringat pula masa kecil-kecil dulu.. Bila tahu je esok raya, excited gila.. Tapi aku tengok budak-budak sekarang ni tak macam tu dah.. Macam tak da feel je raya bagi dorang...

Sebelum aku melalut-lalut cerita mengenai tajuk entry aku ni.. Aku nak ambil kesempatan, nak ucap..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
*Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.. Kosong-kosong ek*

Dah siap ucap dah.. Sekarang aku nak berbalik pada tajuk entry aku tu.. Duit raya pertama aku.. Sinonim sangat dah kan duit raya dengan hari raya atau apa-apa je jenis perayaan di Malaysia ni.. Biasanya duit raya akan diperoleh masa hari raya kan.. Tapi aku dapat sehari sebelum raya.. Tapi duit raya aku ni beza sikit dengan duit raya orang lain..  Sebab duit raya aku dalam bentuk lain.. Bentuknya kat bawah tu..


"3312561809953641"


Mesti ada yang pelik kan.. Apa benda duit raya dalam bentuk nombor ni.. Sebenarnya duit raya ni adalah topup.. heheh.. Aku dapat duit raya, dan ada juga duit ramadan dalam bentuk ni.. heheh.. Untung tak aku...??

Aku dapat duit raya bentuk ni, daripada insan yang aku sayang after family aku.. Aku tak minta pun.. Tapi dia bagi.. Aku rasa segan dan kekok nak terima,.. Tapi dia nak juga aku terima.. Aku terima juga lah walaupun aku tak senang hati sebenarnya...

Anyway aku nak ucap thanks kat dia.. Sebabnya sepanjang cuti ni aku tak pernah sesak kredit (walaupun aku tak kerja).. Aku try berjimat cermat sepanjang cuti ni.. Tapi dia juga yang sentiasa bagi aku topup... Disebabkan topup yang dia bagi tu, aku sentiasa dapat berhubung dengan dia..


Siapa dia?? Bagi yang kenal aku mesti dah tahu.. Tapi yang tak tahu.. Wat-wat tahu je lah ya..


Ok lah.. Aku nak iron baju siap-siap.. Esok nak pergi masjid pula pagi-pagi lagi.. Lepas tu aku kena tolong mak aku pula, sebab kami ada buat kenduri sikit... Dan petang tu aku kena pergi ziarah kubur nenek aku (sebelah bapa aku)..

So.. Ok lah ek..


"SELAMAT HARI RAYA"


Adios amigos..


p/s : Bagi aku dan dia, walaupun tak ada hubungan yang sah lagi, kami dah ada tanggung jawab antara satu sama lain.. Jadi jangan lah nak kata aku ni teruk ke apa ke.. Yang pasti, kami berdua saja yang tahu..


Friday 17 August 2012

"Wishlist" Aku

Assalamualaikum

Ramadan dah nak sampai ke penghujungnya kan... Mesti ramai yang sedih.. Tapi mesti ada juga yang happy, almaklumlah tak sabar nak raya... Aku pulak, macam biasalah.. Happy ada, sedih pun ada.. hahah... Cuma aku ada masalah satu je masa raya nanti... Aku tak suka nak pergi berziarah atau apa-apa saja yang berkaitan dengan jalan-jalan pergi rumah orang masa hari raya.. Aku lagi suka duduk rumah.. Tak letih.. heheh


Dah.. Dahh...

Tutup cerita pasal nak raya.. Sekarang aku nak cerita pasal wishlist aku.. Korang ada tengok tak kat blog aku ni ada gadget baru.. Kalau korang tak perasan, tak pelah.. Tapi aku nak tunjuk jugak..


Ha.. Yang aku tunjuk kat atas tu la maksud aku wishlist tu..


Kalau refer kat wishlist tu, aku just letak empat je kan wishlist.. Walaupun, hakikatnya banyak sangat list untuk wish aku.. heheheh... Tapi tak apalah.. Aku rajin nak buat empat list je (sebenarnya aku malu nak bagitahu wish yang lain-lain.. Macam budak-budak je wish aku yang lain-lain tu).. 

Sekarang, aku nak berceloteh mengenai wishlist aku yang empat tu.. Kenalah bagi reason untuk setiap wishlist kan.. Barulah gempak kata orang.. Aku saja je nak describe mengenai wishlist aku tu.. Almaklumlah tak da kerja kata orang...

Ok-Ok..
Kita mulakan dengan wishlist aku yang pertama sekali tu.. Kalau korang tak tahu apa yang pertama tu, aku nak bagitahu lah ni.. Yang pertama ialah :


DAPAT FISRT CLASS - PNGK

Mesti korang dah tahu kan apa sebenarnya PNGK tu.. Bagi student U, PNGK ni penting.. Kenapa penting?? Sebabnya PNGK ni yang menentukan result keseluruhan kami sepanjang kami study.. Contohnya aku.. Aku kena study empat tahun, makna kata, pointer setiap sem (8 sem), akan ditambah dan kemudiaanya dibahagikan kepada 8.. Jumlah yang diperoleh tu adalah PNGK kita, ataupun Purata Nilai Gred Keseluruhan kita..

Kenapa aku nak dapat FIRST CLASS??

Sebabnya, aku ada berhutang lah dengan PTPTN masa sem satu dan juga sem dua.. Walaupun aku dapat biasiswa dah, tapi hutang tetap hutang.. Tapi hutang tu boleh dijadikan sebagai biasiswa kalau dapat first class untuk PNGK masa final sem.. Lupa nak bagitahu.. First Class tu kalau kat UPSI maksudnya pointer atas 3.75..  Target last aku nak dapat PNGK macam tu lah.. Sekarang ni tak capai lagi.. Insya Allah akan tercapai masa final sem nanti..

Kalau yang tak tahu tentang benda ni, boleh lah baca kat pekeliling ni... huhuhu
Tu lah sebenarnya yang aku maksudkan dengan wishlist yang pertama aku tu.. Sekarang kita teruskan dengan wishlist yang seterusnya...


POSTING UNTUK FIRST INTAKE

Posting adalah perkara biasa didengar untuk student-student yang ambil pendidikan.. Sekarang ni U tempat aku belajar, selalu sangat dengar ura-ura mengatakan susah nak posting.. Masa aku sem 1, aku fikir macam ni je "ala lama lagi giliran aku nak posting, malas nak fikirlah".. Stylo tak cara aku fikir.. Sekarang ni aku dah nak masuk sem 5, aku start lah takut.. Sebab aku tengok senior-senior aku ramai yang tak posting-posting lagi... TAKUT... Aku nak posting... Posting sekarang ni ikut intake juga, dorang utamakan pada yang betul-betul terbaik..  Aku nak jadi yang the best, dan nak posting masa penempatan kali pertama lagi.. huhuhu

Aku tak kisahlah aku dapat posting kat negeri mana sekalipun.. Aku tak memilih.. Bagi aku semua sama je.. Kalau nak kata negeri ni tak elok, sana tak elok.. Sama je.. Semua ada baik buruknya.. Aku tak kisah dapat kat negeri mana.. Yang aku nak cuma dapat posting untuk penempatan yang pertama...

Besar sangat rasanya wish aku ni.. Tapi aku tetap akan berusaha untuk pastikan wish aku ni tercapai,... Yang baca tu pon tolong lah doakan untuk aku sekali ek..


BALAS JASA PARENTS + FAMILY

Aku rasa wish aku yang ketiga tu mesti korang pun ada gak kan wish yang sama macam tu.. Tapi yang peliknya aku letak family.. Family yang aku maksudkan bukan mak, bapa dan adik beradik aku semata-mata.. Tapi atuk dan nenek aku (sebelah mak).. Aku cucu pertama dorang yang masuk U.. Tu yang dorang banyak sangat berkorban untuk aku.. Apa aku nak, semua aku dapat..

Aku nak balas jasa dorang semua.. Sebab tanpa dorang, aku tak kan capai apa yang aku dah capai sekarang ni (walhal baru dapat masuk U).. Aku janji pada diri aku, aku nak pastikan dorang akan bahagia dan aku nak tanggung dan bertanggung jawab ke atas mereka lepas aku dah kerja nanti.. Biarpun nanti aku dah ada family sendiri, aku tetap akan jadikan mereka sebagai keutamaan ku..

Terima kasih Mak, Bapa, Sibling, Atuk dan Nenek..






Wishlist aku yang last sekali (yang aku senaraikan tu).. Maybe wish tu agak mengarut kot.. Lantak lah mengarut pun.. Dah itu wish aku.. Nak buat macam mana kan..

KAHWIN DENGAN BF

Ha.. Wish aku yang last aku senaraikan tu adalah aku nak kahwin dengan BF aku.. Takkan lah aku nak kahwin dengan BF kawan aku kan.. Dah aku bercinta sakan dengan BF aku.. Mestilah aku nak kahwin dengan BF aku..

Plan nak kahwin.. Banyak sangat plan nak kahwin.. Nak kahwin masa nilah, masa tu lah.. Lepas ni lah.. Tapi tak tahu yang mana lah yang akan betul-betul jadi tarikh sebenar kami kahwin..  Tunggu dan lihat jelah kan..

Ok lah..

Habis dah aku membebel pasal wishlist aku.. Aku harap sangat semuanya tercapai.. Aku nak berusaha bersungguh-sungguh untuk capai semua wish aku ni...

OK lah..

Adios Amigos..


p/s : Aku saja jah nak melalut panjang-panjang.. Nak berlatih taip laju-laju.. Tak lama lagi buka sem, nak buat esaimen kan.. heheh.. 


Thursday 16 August 2012

Persiapan Sebelum Masuk Universiti

Assalamualaikum..

Selamat berbuka puasa untuk yang berada di kawasan Semenanjung Malaysia.. Yang Sabah dan Sarawak tu bersiap-siap la ya pergi tarawih.. Kalau tak pergi tu duduk diam-diam, jangan main mercun atau something else...

Entry kali ni tentang persiapan sebelum masuk U.. Kenapa aku buat entry ni?? Sebab adik yang akan masuk UM nanti tu, banyak sangat tanya.. Apa nak kena buat?? Bila??? Berapa banyak nak kena buat?? Dan banyak lah lagi soalan-soalan cepu mas yang aku dapat.. Bukan setakat adik aku yang bertanya, member-member dia pun sibuk juga hantar SMS kat aku.. Jadi, untuk memudahkan, aku explain kat sini je lah.. Dorang baca gak tu... Sebelum tu... Aku lupa nak ucap..


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG DITAWARKAN KE UNIVERSITI..
p/s : untuk intake September 2012 je lah ek..


Teruskan usaha.. Jangan dah masuk U stop berusaha dah.. Perjuangan anda belum selesai..


Oleh yang demikian, aku nak bagitahu satu persatu step yang perlu dilakukan sebelum masuk U.. Dalam erti kata lain selepas tahu U mana yang kita akan masuk... Berikut merupakan step by step yang perlu kita lakukan.. Jom redah... heheh

 Step 1 - Kena tahu dulu U mana yang korang dapat tu.
  • Korang kenalah tahu kan U mana yang korang dapat.. Kalau tak tahu macam mana nak urus.. Lagipun lain U lain juga yang dia nak urus.. 
  • Sekarang ni aku refer kat UM (Universiti Malaya).. Sebab adik aku dapat masuk sana..

Step 2 - Baca semua detail atau apa-apa jelah yang terkandung dalam surat tawaran dan juga    maklumat pendaftaran U korang tu..
  • Nak tahu tujuan aku suruh buat macam ni?? Sebabnya dalam surat tawaran dan maklumat pendaftaran tu ada dah dorang list kan apa yang perlu korang buat, dan apa yang perlu ada semasa pendaftaran dan masa masuk U nanti. 
  • Lepas je fahami dan baca semua perkara yang dia maklumkan tu, korang kenalah rajin-rajinkan diri korang tu bertanya dengan bekas-bekas senior atau siapa-siapa je..
  • Then,dah tahu semua perkara yang kena buat, korang kena buat list perkara yang perlu diutamakan dan boleh dibuat last sekali.

Step 3 - Medical Check Up. Maksudnya pemeriksaan kesihatan di PUsat-pusat kesihatan di Malaysia, sama ada swasta ataupun kerajaan.

  • Perkara yang paling utama korang kena buat dulu ialah MC.. Why?? Sebabnya MC ni banyak sangat procedure dia.. Banyak nak kena cek.. (kalau hospital kerajaan lah).. Kena ambil nombor lagi.. Buat temujanji lagi.. 
  • Macam adik aku, dia kena pergi both of hospital.. Kerajaan dan swasta.. Siap kena bayar banyak lagi.. Pelik juga aku.. Aku dulu xmacam dulu.. Simple je.. Dua hari siap dah..

Step 4 - Buka akaun bank.. Walaupun korang dah banyak sangat akaun, kali ni kena juga buka akaun baru..


  • Korang kena juga buka akaun bank berdasarkan akaun yang U korang tetapkan.. Kalau dia kata Bank Islam, makna kata Bank Islam lah tu... Tak boleh nak ubah dah..
  • Start tahun ni kan dah wajibkan pembukaan akaun SSPN, so korang kena bukalah.. Boleh je buka kat bank yang sama, tapi dorang lebih galakkan buka kat Maybank..
  • Lepas dah buka akaun ni, korang terus je ke BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk beli no.pin PTPTN bagi yang nak mohon lah.. Bagi yang tak, tak payahlah..
  • Mesti korang pelik, kenapa aku suruh direct ke BSN after buka akaun, sebabnya aku nak jimatkan masa korang.. Tak payah nak jalan dua tiga kali.. hehe

Step 4 - Buat permohonan pinjaman PTPTN. Tahu tak PTPTN? Pinjaman yek bukan biasiswa... Kena mohon dan bukan direct dapat..

  • Bagi yang nak mohon, kenalah buat.. Korang buka je lah laman web PTPTN, masukkan no.pin yang korang dah beli.. Lepas tu isi jelah maklumat yang dia nak tu..
  • Lepas dah mohon, kira dah settle lah separuh dari perkara yang korang nak kena buat..

Step 5 - Buat pengesahan salinan dokumen penting. Yang paling pentinglah. Takkan yang remeh temeh kan..
  • Benda ni kena buat, sebab nanti kat U takkan nak ulang alik buat kan...
  • Antara dokumen yang korang kena wat salinan pengesahan ialah kad pengenalan korang, kad pengenalan parents korang.. Slip gaji.. Sijil-sijil korang.. Surat lepas dan sebagainya..
  • Korang kena buat seelok-eloknya lebih dari 5 salinan.. Lagi ok kalau dapat buat 10 dan ke atas.. Boleh back up nanti...
Done...




Sekarang korang dah settle semua step-step penting.. Jadi bolehlah buat persiapan untuk diri kamu.. Dari aspek pakaian ke.. Apa-apa jelah.. Beli tiket ke.. Terpulang...


Ok lah.. Lain kali aku update lagi.. Kalau ada yang terkurang atau terlebih, harap dimaafkan lah ya.. Aku buat entry berdasarkan pengalaman aku je..

Oklah..

Adios Amigos..


p/s : Kalau nak tahu persiapan untuk masuk U, korang boleh baca kat dalam blog kawan aku.. Dia ada buat entry pasal ni... Nur Hidayati Razali.....

Wednesday 15 August 2012

Info Untuk Hari Raya - WAJIB TAHU!!

Assalamualaikum...

Rajin tak aku update blog aku... Almaklumlah mood tengah dalam update mood sekarang ni.. Sebenarnya hari ini aku nak update ataupun nak share pasal satu benda.. Aku dapat dari dalam Muka Buku.. Sebelum korang baca dengan lebih lanjut.. Aku nak minta maaf dulu, sebab aku tak dapat nak bagi kredit kat individu yang dah keluarkan benda ini terlebih dahulu.. Sebab aku lupa lah apa nama dia atau link Muka Buku dia... Maaf ya.. Harap halalkan..

Mesti majoriti dalam feeling nak raya kan sekarang ni.. Tapi jangan nak beraya sakan je.. Ada benda yang korang kena ambil tahu dan sedar.. Maybe selama ni korang terbuat atau sengaja buat... Tapi lepas tahu pasal benda ni kita kenalah elakkan...

Apa benda tu??

Sebenarnya aku nak kongsi tentang perkara yang kita tak sepatutnya buat masa Hari Raya..

Nilah yang aku nak share...

Mesti ada yang dah tahu kan.... Tapi biarlah.. Aku just nak share je... Nak baca ke tak nak itu belakang cerita... Yang penting sekarang aku nak share juga... Lagipun ini kan blog aku.. Jadi apa-apa aku nak share dan masukkan dalam ni.. Semua korang tak boleh marah... heheh.. Aku ada hak sebagai warganegara Malaysia...

Dah baca ke?? Mesti ada yang rasa pernah buat kan... Pengajaran di sini.. Jom kita ubah tabiat lama kita.. Kita buat perkara yang lebih elok dan mendatangkan kebaikan pada diri kita.. Di samping dapat memenuhi tuntutan Islam yang sebenar...

Actually, aku share ni untuk peringatan diri aku sendiri juga.. 

Ok la..

Adios Amigos..




p/s : Tengah menunggu waktu berbuka.. Walhal baru pukul 4... huhuhu.. 





Kenangan Manis Semester Empat - Part Tiga (last part)

Assalamualaikum...

Kenangan manis part yang terakhir untuk sem 4 ni.. Aku nak cerita pasal kenangan terhebat dan terbaik aku dalam join semua aktiviti sepanjang aku sem 4... Tidak banyak aktiviti yang aku join sem ni.. 

Tapi antara yang aku ingat ialah masa aku di beri peluang jadi salah seorang fasilitator untuk Kajian Lapangan Lembah Bujang dan Lenggong untuk pelajar semester dua.. Masa ni aku terpisah dari geng asal aku.. Sebab masa join aktiviti ini cuma lima orang saja senior yang pergi.. Seorang sem 6, yang lain semua sem 4.

Banyak lah pengalaman yang best masa kat sana.. Dalam masa yang sama aku dapat ingat semula kenangan masa kami buat kajian lapangan hari tu... 

So, biarlah aku bagi gambar-gambar kat bawah tu yang cerita ya...

Kami.. Dua orang jer senior pempuan yang pergi.. Aku dan Presiden PERMAS masa tu.. Kak Yana..
Masa tengah tunggu budak-budak ni habis jelajah Muzium kat Lembah Bujang.. Kamilah lima orang fasilitator yang tidak diiktiraf.. huhuhu
Ni adalah member-member semester empat (batch aku la).. Yang join dan jadi fasilitator masa ni...
Air Terjun kat Lembah Bujang.. Sangat-sangat cantik.. 

Masa kat sana.. Ada juga sejarah baru yang kami cipta.. 
Jeng-jeng...

Makan maggie menggunakan penyepit mi goreng dan juga sudip.. hehhehe
Korang rasa pernah tak orang lain buat macam kami buat ni.. Kalau tak pernah.. Makna kata, boleh la kami masuk World Book of Record.. hehehe..

Malam sebelum kitorang berangkat balik ke Tanjung Malim yang 'tercinta', ada sesi santai dan bbq... Pada awalnya kami just tengok-tengok saja.. Last-last kami pun ada juga tempat bakar ayam dan sebagainya.. Gabung dengan lecturer.. Masa ni banyak story kami dengan lecturer.. heheheh...


Ni lah Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.. Dr. Ahmad Zainudin.. Lecturer kami lah juga ni.. heheh
Tengah nak bara api.. hehhe.. Tak menjadi.. Budak-budak dah gelak dah kat kami.. Sebab tak pandai nak hidup api tu.. huhu

Ni sebelum balik - Tak sabar nak balik rumah sewa masing-masing.. Rindu katil.. Esaimen berlambak lagi..
Ni masa OTW balik.. Tengah tunggu bas budak-budak ni.. Kami melencong ke Lata Kabu.


Selain program kajian lapangan ni, aku juga terlibat dengan program lain.. Tapi yang paling best dan menarik adalah program yang kami anjurkan sendiri.. Program ni kami namakan UPSI Bersama SKBR.. Memang happening.. Sebab walapun persiapan ala kadar, tapi hasilnya vogue yang teramat.. Masa ini juga aku kena menggunakan suara aku yang tak merdu ini sebagai pengacara majlis, setelah dua tahun bersara..
Macam biasalah ya.. Pic yang akan cerita semuanya.. heheh


Candid - Tengah berbincang.. Tapi rasanya macam aku dimarah je masa  ni... Huhuhu


Budak-budak (anak orang asli).. Dorang ni ceria je 24 jam.. Macam tiada masalah...

Masa lepas majlis penutupan.. Bersama cikgu dorang ni.. Yang girl sorang ag tu blogger juga.. Mia En Ciel nama dia..
#Aku tak masuk banyak gambar.. Kalau nak tengok just cari dalam album kat FB aku...

Program penutupan untuk sem ini, yang amat memenatkan dan membosankan pada mulanya adalah Dikayuh Pangataian... Program ini sebenarnya program sekolah bitara di negeri Sabah.. Under Iksas.. Aku ni tak aktif pun Iksas, tiba-tiba ada nama ku termasuk... Tapi aku join jak lah... Mula-mula sangat bosan.. Lama-lama sangat best...

Kami di bawa lawat tempat yang aku tak pernah pergi lagi di Sabah ni.. Aku naik boat buat pertama kalinya dalam hidup aku... Malas nak cerita panjang-panjang.. Aku bagi gambar-gambar jak la yang cerita..




Ni lah member-member rapat aku masa aku join aktivti ini.. Kurang sorang ni.. Sorang lagi pergi pekan kota time ni.. Tak ingat dah..

Ni resort yang kami tinggal dan tidur untuk satu malam.. Dragon Inn (Floating).. Atas laut ni.. Tak bayar sesen pun.. Semuanya percuma... I LIKE.. heheh..
Kami tengah tunggu makanan... Sekali lagi dibelanja dan percuma taw.. Seafest Hotel lagi tu.. Sedap taw makanan yang dihidangkan untuk kami..
#Meja kami juga paling kecoh..

Keesokkan harinya.. Kami meneruskan program kami ke pulau Mabul... Naik boat dalam dekat dua jam... Tetap ada juga yang menarik di sana..

Kami singgah di Kapalai Resort...  Di tengah-tengah laut ni.. Bukan dalam air.. Atas air.. Sanga-sangat cantik... Berangan nak bulan madu di sini... Kena simpan duit lah ni nampak gayanya...

Tengah ambil feel jadi pelancong tengah berjemur ni... Kami sangat-sangat teruja .. ni kat Pulau Buatan.. Tersangat cantik... rasanya nak pergi lagi...


Inilah antara kenangan manis aku sepanjang semester empat.. Kenangan manis dalam join aktiviti dan program lah ya...

Insya Allah semester depan, aku akan join lagi, sebabnya aku banyak masa lapang dah sem depan.. Kelas aku cuma ada Isnin hingga Rabu..  Semangat dah aku ni nak join aktivti dan program.. Sebelum terlambat, aku nak ucap terima kasih pada semua yang menyebabkan aku terjoin aktiviti dan program ini... Lain kali ajak lagi ya...

Ok la..

Adios Amigos..

p/s : Kalau nak taw lebih lanjut tentang program Dikayuh Pangataian tu... Silalah godek-godek dalam blog Nur Hidayati Razali.. Sebab dia dah update semua mengenai program ni... K...

Tuesday 14 August 2012

Kenangan Manis Semester Empat - Part Dua

Assalamualaikum,,,

Ni entry keberapa aku pun xtaw la.. Yang pasti hari ni aku rajin nak update.. Dalam kenangan manis semester empat-part dua ni.. Aku nak cerita tentang kenangan manis aku melancong semasa study week..

Macam biasalah, sebelum exam akan ada study week.. Tapi sebenarnya, sem ni xda pun study week.. Tapi disebabkan aku start exam lambat.. So, aku panggil n gelarkan jugalah gab dua minggu sebelum aku start exam tu sebagai study week..

Actually before study week ni.. Kami ataupun batch kitorang buat event.. Picnic time.. Aku yang jadi antara kepala sebenarnya... Aku dan beberapa orang kawan sebatch beriya-iya nak buat.. Alhamdulillah jadi juga akhirnya.. Walaupun pada mulanya hanya beberapa orang saja yang nak join.. Orang rumah aku pun xsupport event ni masa awal-awal.. Pasal makanan yang nak dimasak.. Kalau bukan disebabkan pertolongan daripada budak-budak lelaki, confirm xdalah makanan pada hari tu.. huhuhu.. 

Aku xdapat nak masukkan gambar, sebab aku xda ambil gambar masa ni.. Yang aku taw cuma nak mandi je.. hehehe... Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program ini..

Ok...

Berbalik pada cuti study week yang aku maksudkan di atas.. Aku meluangkan masa kat Zoo Negara untuk setengah hari.. Sampai melecet kaki aku.. Tapi best lah jugak.. Walaupun panas + kaki sakit, aku try juga nak senyum untuk gambar-gambar yang ada aku..

Trip ke Zoo Negara ni sebenarnya, trip yang melibatkan aku secara tiba-tiba.. Sebab, trip ini diadakan masa OTW nak balik kampung Mr. Muhaimie.. Abang dia bertunang.. So, trip ini melibatkan abang sulung Muhaimie, kakak ipar dia (isteri abang long), anak mereka (Amnan), Mujahidin (abang Muhaimie yang bakal bertunang pada masa tu), Hadaniah (bakal tunang abang Muhaimie), Mr. Muhaimie dan juga aku.. Nampak tak.. Aku saja bukan orang area pantai timur..

Macam-macam aku tengok di zoo.. Nak tahu apa.. Jom tengok pic-pic kat bawah...



Ini Kak Uya dan Amnan Hakim..



Semua gambar aku masa kat zoo ni, semua xnak berpaling tengok kamera.. Sebab aku letih.. Muka aku macam apa je masa ni... huhuh.. Tu lah gambar aku berpaling je dalam ni..

Ni Mr. Muhaimie yang nak sangat tiru gaya nuri ni.. Hehhe.. Sama ke tak??

Lepas dah habis jelajah satu zoo.. Kami pun meneruskan perjalanan balik ke kampung.. Not my kampung ok.. Mr.Muhaimie punya kampung.. 

Ok..

Macam biasa aku malas nak cerita panjang-panjang.. Jadi aku teruskan kepada event kedua aku semasa cuti study week tu.. Aku mandi kat pantai.,.. Hampir setahun lebih aku xmandi air laut.. Akhirnya.. Family Mr. Muhaimie bawa aku pergi pantai.. Sangat-sangat best... Tapi gambar tak banyak..


Masa ni baru je sampai.. Din dan Azim je yang dah basah.. AKu tak ada niat nak mandi pun mula-mula.. Last-last aku pun ikut terjun...


Aku terlindung oleh mereka-mereka.. huhuhu


Masa tak basah lagi.. Sibuk jaga anak buah Muhaimie.. Takut terlepas pandang lemas pulak jadinya nanti..


Keesokkan harinya adalah event paling penting.. Aku join rombongan meminang ke Tumpat, Kelantan.. Aku siap jadi salah seorang yang bawa hantaran lagi.. Bila agaknya giliran aku dapat hantaran macam tu ya.. huhuhu.. Malas nak cerita panjang-panjang.. Pic di bawah boleh cerita dah semuanya...


Ini Tunang abg Muhaimie.. Hadaniah nama dia.. Cantik kan... Aku pun nak juga macam ni... Sangat-sangat xsabar tunggu masa aku pulak..


Ni aku tengah pegang hantaran... Aku, adik Muhaimie dan Kak Uya (kak ipar Muhaimie)..

Sebelum bertolak g meminang.. Jadi model dulu dengan mak Muhaimie.. heheh

Gambar ni kabur ek??? Bia la.. Masa baru sampai kat tempat pengantin perempuan (maksudnya tunang abang Muhaimie la..)


Nilah perjalanan cuti study week + sesi melancong aku... Semuanya sangat-sangat best dan menyeronokkan.. Siap simpan angan-angan nak buat wedding sendiri nanti macam mana.. huhuhu...

Ok la.. Part dua dah settle.. Nantikan part yang seterusnya..

Ok lah..

Adios Amigos..

p/s : Gambar tak banyak dan kabur.. Aku baru perasan aku tiada simpan gambar-gambar ni.. Yang ada ni pun aku ambil dari facebook Mr. Muhaimie...


Ramadan + Cuti Sem = SAKIT

Assalamualaikum..

Entry ni bukan aku xnak sambung tentang kenangan manis semester empat tu.. Tapi aku tengah tunggu masa nak publish je semua entry-entry mengenai kenangan-kenangan manis tu.. Aku dah siap taip dah.. Sekarang ni problem cuma pada pic-pic.. Susah sangat nak upload, sebab line lambat sangat-sangat..

Sekarang ni puasa ke-25 kan.. Berapa hari jer lagi raya kan... Baju raya?? Alhamdulillah dah ada.. Tapi ala kadar je lah tahun ni.. Aku tak nak buat banyak-banyak.. Sebabnya aku kesian kat mak dan bapa aku.. Diorang tengah buat persiapan untuk adik aku yang nak masuk Universiti Malaya bulan September nanti.. Aku beraya ala kadar je lah tahun ni...

Berbalik pada tajuk entry aku ni.. Seperti yang semua maklum, sekarang ni kami tengah cuti semester..Mesti ramai yang kerja kan sekarang ni.. Aku je lah yang setia duduk di rumah.. Bukan aku tak nak kerja tapi keadaan tidak mengizinkan... 

Sepanjang cuti ni, aku cuma duduk rumah dan menghadap dua orang budak yang amat nakal... Pantang aku berpaling sikit, jadi macam tong sampah dah rumah aku.. Masa aku mula-mula sampai rumah hari tu, pandang aku pun dorang tak nak.. Sekarang, aku nak tidur pon susah... Siap nak ikut aku balik Tanjung Malim lagi...

Ni la dua orang kanak-kanak yang aku kena jaga.. Yang pakai kopiah nama Muhammad Rafieq dan yang seorang lagi tu Muhammad Huzayri.. Insan kesayangan aku ni..

Sepanjang cuti semester ni, aku luangkan masa dengan dorang berdua lah... Sepanjang cuti semester dan juga bulan Ramadan ni.. Aku xmelaluinya dengan keadaan yang sihat walafiat.. Aku sakit ntah berapa kali.. Tak boleh dah aku kira.. Gatal-gatal satu badanlah.. Demam tak tahu berapa kali... Dan yang paling teruk dan tak sembuh lagi, ialah aku kehilangan suara.. Aku nak bercakap pun payah.. Dekat dua minggu juga aku merana.. Sekarang ni dalam proses untuk pulih lah ni.. Tambah-tambah lagi bulan puasa.. Lagilah aku payah nak sembuh.. Sebab aku kurang minum air.. 

Orang lain, naik sem nanti dalam keadaan yang gemuk, aku pula makin kering.. Sedihnya aku.. Azam nak gemuk tak tercapai.. Disebabkan sakit.. Tak apa la... Nanti aku try capai azam aku lepas raya ni.. Mudah-mudahan tercapai..

Inilah perjalanan cuti sem aku.. Aku habiskan di rumah dengan dua budak kesayangan aku.. Dan sepanjang ramadan dan cuti semester ini aku sakit.. Walaupun tak sebest orang lain.. Tapi aku seronok, sebab aku dapat habiskan masa dengan family aku hampir setiap hari... Lepas ni aku tak dapat nak luang masa banyak-banyak dah dengan family sebab aku ada praktikal pula.. huhuhu..

Ok lah..

Nanti aku sambung lagi ya.. Lagipun kat Lahad Datu ni dalam masa tak sampai sejam lagi nak berbuka dah.. Aku pun nak siap-siap juga lah berbuka.. 

Selamat Berbuka Puasa....

Ok..

Adios Amigos..



Kenangan Manis Semester 4 - Part Satu

Assalamualaikum..

Janganlah korang bosan baca salam yang aku beri di setiap permulaan entry aku ya.. Aku rajin nak bagi salam.. Walaupun dalam sehari aku update sepuluh kali pon, aku tetap nak bagi salam juga.. 

Bila aku dah melalut panjang-panjang mengenai kenangan manis aku masa semester tiga dalam entry sebelum ni.. (walaupun xpanjang).. Sekarang aku nak share mengenai kenangan manis aku masa semester 4.. Xmacam masa semester tiga, semester empat ni aku banyak kenangan.. Tapi sebenarnya kenangan ni, lebih pada kenangan aku dan Mr.Bf je.. Bukan kenangan nak bercinta-cinta taw, tapi kenangan yang kami sebagai kawan... Bukan kami berdua je dalam kenangan ni.. Tapi dengan member lain, dan bukan member masa semester satu atau dua tu..

Part satu ni, aku nak cerita pasal kenangan manis masa kat Genting Highland.. Seperti mana sebelum-sebelum ini, aku banyak tempat nak pergi, tapi ada halangan senantiasa.. Salah satunya Genting ni lah.. Alhamdulillah dapat juga aku ke sana.. Best sangat-sangat..

Actually, kami pergi bukan dengan perancangan yang rapi.. Tapi semuanya tanpa dirancang.. Masa tu, aku, dengan empat orang lagi member.. Budak lelaki lah.. Ada meeting dengan Guru Besar SK. Bukit Rok... Sepatutnya aku xpayah pergi pun.. Tapi aku kena juga pergi, sebab aku yang urus tentang perbelanjaan.. Dalam erti kata lain, aku pegang duit lah..

Aku ni ada masalah sikit bab jalan jauh ni.. Aku cepat mabuk.. Bukan mabuk minum minuman keras, tapi mabuk tengok jalan raya yang bengkang-bengkok.. Masa pergi tu, aku dah start dah mabuk.. Budak lelaki ni siap gelak kan aku lagi.. Aku ni jenis xboleh duk diam,. Kena juga cakap.. Bila dah mabuk, aku senyap lah..

Malas nak cerita panjang.. Masa OTW balik Tanjung Malim tu, dorang ni tanya aku.. Nak pergi mana lagi.. Tanpa segan silu, aku cakap nak singgah Genting... Walaupun Mr. Bf (yang drive masa tu) berkeras xnak pergi.. Tapi akhirnya kami pergi juga..

So jom biarkan pic-pic kat bawah ni yang cerita kat korang ya...


Ni sesi bergambar dengan transformer... Merekalah yang jadi bodyguard aku masa aku g Temerloh dan juga Genting...

Masa naik kereta kabel.. 

Masa baru je turun dari Kereta Kabel.. Walaupun xbeli.. Aku tetap nak posing dengan semua ni.. Huhuhu

Perasan x?? Aku xpakai kasut atau sandal masa ni.. Sebab kaki aku melecet lagi.. Stress weh jalan dengan budak laki.. Xpandai nak berhenti jalan... Semua tempat nak pergi... Aku letih...


Mereka-mereka tengah posing depan hotel... Yang pasti.. Gambar ni Cantik sebab aku yang ambil.. heheh

Kami tengah posing.. Berangan jap... Lain kali nak datang lagi..


Mereka sedang menghayati keindahan alam.. Bak kata Acik " Kat sana tu Kuala Lumpur.. Ada KLCC".. heheh

Korang carilah apa yang ada kat dalam gambar ni...

Posing maut kan jejaka-jejaka ni... 

Sebelum naik menatang ni... Masih lagi boleh senyum... Flying Coaster berjaya buat aku senyap sehingga ke Tanjung Malim...

Percaya atau tidak.. Aku naik benda ni.. Masa kaki aku tengah longlai dan langsung xnak naik.. Kepala aku lagi sakit.. Tapi aku naik juga... Huhuhu...

Masa ni dah nak balik dah.. Turun semula menaiki kereta kabel.. 


Hujan-hujan lagi.. Nak gelap dah.. 

Eh-eh... Pic ni sepatutnya kat atas tadi.. Masa lepas je naik Flying Coaster.. Tapi biarlah.. Mereka-mereka tengah tunjuk tiket Flying Coaster yang sangat mahal...

Muka orang lapar.. Konon nak makan kat McD.. Aku kata dah harga mahal law kat Genting.. Hahahha.. 


Banyak lagi gambar, tapi line berukband lembab sangat-sangat.. Tapi, xpala.. Yang penting aku dapat juga berkongsi cerita tentang kenangan manis semester empat aku.. Ni baru part satu.. Nanti esok-esok aku sambunglah part-part seterusnya.. Sebab semester empat ni banyak sangat perkara yang tidak dijangka...

Tapi sangat-sangat menyeronokkan lah.. Akhirnya dapat juga aku g Genting...

Ok la..

Adios Amigos..