Sunday, 31 March 2013

Bersendirian di Tanjung Malim


Pelik je kan tajuk entry aku ni.. Macam tak ada kawan lak kat Tanjung Malim.. Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan kawan ke apa ke.. Lagipun untuk pengetahuan semua, aku dengan orang rumah ku tak rapat mana pun.. Tambah2 dengan roomate aku.. Sangatlah xrapat.. AtaS nama je kot Roomate.. Sem ni boleh kirA  berapa kali kami bercakap..  Aku bukan jenis manusia yang rajin mau pergi bising-bising dan suara sampai kat taman depan rumah boleh dengar.. Aku lagi selesa duduk dalam bilik menghadap laptop tersayang...

Anggap lah aku meluah kat atas tu... 

Balik semula mengenai tajuk entry aku tu... Aku bersendiri bukan sebab semua tu.. Sebabnya aku kena pergi urus makan dan minum aku seorang2 semenjak beberapa hari ini.. Aku yang tak pernah jalan sorang2 pergi depan kampus, akhirnya merajinkan diri pergi jugak walau sorang2.. huhuhu.. Sedih weh.. Aku tak minta orang lain teman.. Sebab aku nak berdikari.. lagipun selama ni aku memang tak ada minta tolong orang rumah aku untuk teman aku pergi mana-mana...

Kenapa aku berseorang??
Sebab orang yang selalu jadi peneman aku tu balik Key El.... huhuhu.. Pertama kali jugaklah aku tak ikut balik KL, sebabnya aku banyak esaimen weh.. Jauhnya.. Macam Sabah dan Terengganu aku rasa...


Aku tak sabar nak tunggu aku kembali normal seperti biasa... huhuhu.. Nak normal macam kat bawah ni.. Huwarhhhhhh,.. Cepat lah weh...


Semoga hari-hari ini cepatlah berlalu... Tak sanggup rasanya jadi tak normal untuk beberapa hari lagi...

Ok la..
Aku nak matikan laptop jap.. Panas dah laptop ni....

Ok la.. 
Adios Amigos...



Monday, 25 March 2013

!!!!!!!! BUSY !!!!!!!!


Week 6.. Aku start rasa nak nangis... Sorrylah blogspot kalau aku xda masa nak luang untuk ko smpai minggu sembilan nanti.. Sebab aku start sibuk dah lepas ni.. huhuhu

Sooorrrrrrrrrrrryyyyyyyy




Proposal, Esaimen, Makro, tempat praktikum..

SEMUA BUAT AKU PENING...




ok lah..
Nak sambung buat kerja jap..

Ok.. See Ya..

Adios Amigos....




Sunday, 24 March 2013

11pm Celebrate Befday Sallih (20 Mac 2013)


Hari ini hari Ahad, Alhamdulillah kita masih diberi kehidupan lagi, diberi keizinan untuk menikmati kehidupan... Dalam entry kali ini, aku nak update pasal story-mory kami 10 berkawan kat UPSI ni,, Tapi start sem 3 hubungan dah start renggang, sebab masing-masing da jumpa kawan yang lebih baik.. ehhehe..
Tapi abaikan lah kisah xbest tu... 

Lets begin the story...

Disebabkan kami da agak lama dah xkumpul beramai-ramai.. tak sangka lak kami nak kumpul semula masa bufday sallih.. Kisah macam mana boleh berkumpul pada malam tu berpunca seperti di bawah...

Dalam pukul 7.15 malam (kalau xsilap aku lah)..  Sorang member yang amat sibuk mengalahkan perdana menteri call aku..  Perbualan kami seperti di bawah.. (member tu nama Ghazalie)


Aku : ha, nak apa??? (macam orang nak cari pasal je kan.. hehehhe) 
Zalie : Ko free x malam ni?? Ada nak pergi mana2??
Aku : Kenapa ko nak ajak aku keluar ke?? (orang tanya aku pergi tanya pulak.. masa ni excited dah..ingat zalie nak belanja)
Zalie : Bukanlah nak ajak kumpul2 untuk sambut befday Sallih...


Ha.. Sampai tu je lah cerita pasal dialog permula kepada gathering kami ni... Akhirnya disebabkan dialog tu kami pun berkumpul lah malam tu.. dan disebabkan kesemuanya yang terlibat dalam event pada malam itu terlalu dan teramat sibuk, maka kami pon terpaksalah berkumpul jam 11 malam di Dolya.. huhuhu... Walaupun mastermind untuk celebrate befday malam tu adalah Zalie, tapi aku dengan Mie jugak kena pergi beli kek.. huhuhu... 

Ok, kita terus straight pada event kami pada malam tu.. hehehe.. Semuanya ala kadar je.. Makan dan minum bayar sendiri, seperti kata Zalie, hanya befday boy je dia nak belanja (kurang asam jawa betul kan..huhuhu).. Semuanya yang hadir terdiri daripada 12 orang... Makna kata keahlian mencukupi la semua-semua.. hehehhe..

Ok, malas nak cakap banyak-banyak.. Tak ada apa yang menarik pun, sebab just makan kek dan bual-bual... Tapi yang paling lucu masa dengar Sallih bagi ucapan.. heheh.. Sangat amat skema ok... hehhehe... Tak boleh lah upload kat sini, itu semua adalah simpanan peribadi kami.. hehhe..

So, jom tengok gambar...

Inilah kotak kek tu.. Dalamnnya ada kek taw.. hehheh.. Masa ni sebelum kek di bawa ke kedal Dolya.. heheh.

Sibuk posing dulu dengan kek.. Lokasi depan rumah aku.. heheh

Ha.. Ini lah kek yang ada dalam kotak tadi.. Sangat sedap.. Yummyyyy...  Nak lagi rasanya...

Masa duk tunggu V.I.P datang...

Yang laki tu lah budak yang bertanggung jawab kol aku tadi.. Zalie...

Kami bertiga.. Aku, Ina dan Wani...

Inilah befday boy..

Posing dulu dengan kek sebelum kek di makan.. heheh

Sesi potong kek.. Siap nak letak aksesori lagi dalam pinggan kek tu.. Ini kerja Hady...

Suap-menyuap....

Suap ina dengan menggunakan garfu..

Kami semua.. yang x ada cuma satu orang.. Muhaimie yang duk ambil gambar la yang x ada...

Itulah gambar dan kronolgi cerita macam mana kami boleh berkumpul malam tu.. Walaupun bercakap cuma kalau penting je.. Tak apala kan.. 

Ok la.. 

Nak tidur jap...

Adios Amigos...





Friday, 22 March 2013

Aku KURUS??? Masa bila aku GEMUK??


Rajin pula aku update kan.. Sebelum aku mula update semua yang aku nak update pasal title kat atas tu.. Aku nak ucap, SALAM JUMAAT EVERYBODY, pada yang bergelar lelaki muslim silalah pergi ke masjid dalam masa dua jam lagi.. hehhehe...

NOW, time untuk berceloteh mengenai tajuk n title n apa sahaja yang berkaitan dengan yang dah buh kat atas tu.. huhuhu.. Semalam, sebelum aku pergi melepak kan diri kat court futsal, aku dapat satu teguran yang sememangnya mengejutkan... Teguran tu menyatakan yang aku semakin kurus.. huhuhu.. OMG.. Masa tu aku terus jawab, sejak bila pulak aku gemuk, dan memang aku kurus.. Dia sambung lagi, memang dah kurus, kurus banding dulu.. Ini yang buat aku tambah xpuas hati... Cuba sedaya upaya nak banding aku yang dulu dan sekarang...

Lepas je dengar orang duk tegur pasal tu, aku pergi bilik Mia, tanya dia pulak.. hahahha.. Mia siap buka semula gambar-gambar kat dalam laptop dia.. hahahha.. Dia kata dia xtaw nak kata aku kurus ke gemuk ka, atau semakin kurus, sebabnya dia tengok aku tiap hari, dia tengok sama je.. heheheh... Jawapan dari Mia buat aku happy sikit...

Seterusnya pergi bilik Wani, tanya Wani,, Jawapan Wani lagi best.. Sejak bila aku gemuk, kalau nak kata makin kurus, makan lagi banyak dari orang lain.. Wani kata dia tengok biasa je.. hehehe.. Ok jawapan ini buat happy juga..

Dalam masa yang sama, aku pun hantar chat kat Wani Taurus, tanya pulak kat dia.. Jawapan dia lebih kurang Wani juga.. Hehehhe.. So, jawapan-jawapan ini buat aku agak senang hati.. hehehhe..

Masa aku nak pergi makan tu, aku tanya pula orang yang ajak aku pergi makan tu... Tanya punya tanya, dia boleh tergelak.. Dia kata kurus ke gemuk ka, itu bukan urusan orang tu nak komen.. Lagipun kalau kurus atau gemuk aku bukan ada menyusahkan orang pon... Hoyeaaaahhhh.. Jawapan yang sememangnya bernas.. hahahha..

OK lah.. Aku nak tunjuk sebenarnya aku maintain kurus atau semakin kurus... Bukan aku xnak gemuk, tapi aku memang xboleh nak gemuk.. Nak kata aku makan sikit.. Itu memang xlogik.. Orang lain makan sehari dua kali atau sekali je, aku tiga kali sehari.. Lebih dari cukup.. hehheheh...

ehehhehe


Aku memang kurus.. Kalau orang kata aku gemuk, aku terima lagi.. Tapi kalau semakin kurus, memang aku tekanan.. huhuhu...

Ok lah.. Aku nak buat Bahan Bantu Belajar.. Untuk Makro hari isnin ni.. huhuhu... Pray for me... 

Ok lah..
Adios Amigos...




Thursday, 21 March 2013

Tasik Perdana + Tugu Negara (16 Mac 2013)


Hai blog... Agak lama juga kan aku xupdate apa-apa dalam ni, walaupun hakikatnya baru berapa hari je kan... Aku sibuk lah juga sem ini, tambah lagi aku jarang nak on laptop, almaklumlah takut mengganggu orang yang xsama waktu tidur dengan aku.. huhuhu.. Tapi xpe, hari ini aku nak update, so ko terima jela sebarang perkataan atau apa sahaja yang aku nak update ok.. hehehhe..

Hari ini aku nak cerita pasal aku pergi TUGU NEGARA.. Tugu Negara tu duk kat KL la, di kawasan Taman Tasik Perdana.. Bukan tugu je aku pergi, aku pergi juga ok kat tasik tu.. huhuhu..  Kali ini aku pergi dengan Muhaimie, Din, Hada dan Arifah.. Makna kata kami berlima lah pergi kali ni..

Tak ada apa pun yang menarik kat sini, semua biasa-biasa je, aku pon keletihan yang teramat sangat masa tu.. huhuhu...Mula-mula kami pergi Tasik Perdana, disebabkan kami membawa bersama ibu yang sedang mengandung (Arifah), maka kami berhati-hati lah, tetapi untuk pengetahuan semua-semua, ibu mengandung tu yang lagi gagah dan bersemangat berbanding aku ni.. Dia sentiasa bertenaga.. huhu.. Sememangnya aku tak leh nak lawan r.. huhu..

Jom tengok pic masa kat tasik tu...

Kami... Berempat je, sorang lagi jadi photographer.. hehhehe..

Kat belakang ni nama dia Air Terjun Tembusu kot.. hahha.. Kalau salah,sorry lah.. Tak ingat dah nama air terjun ni.. hheheh

Ha.. Ini barulah muncul sorang lagi individu yang terlibat dan join program jalan-jalan ni.. heheheh...

Ni aku tengah mengambil kesempatan untuk berehat seketika.. Walaupun hakikatnya hanya sempat duduk xsampai lima saat.. Huwarhhhhh.. Letih...

Ha.. Ini hasil karya aku.. heheheh...


Dua beradik yang berbeza dari segi warna kulit dan saiz badan.. hehehhe

Gambar yang xjadi.. huhuhu... 

Ha.. Sekarang cerita pasal kat Tugu lak.. Ini merupakan kali kedua aku ke Tugu Negara.. Semua disebabkan niat nak wat bakal ibu tu happy,. heheh.. Almaklumlah encik suami xdapat balik minggu tu.. Tu yang ikut budak-budak bujang pergi menyakitkan badan dan kaki.. heheh... So, masa kat Tugu tu aku xda lah excited mcm masa mula2... Aku siap duduk beristirehat lagi.. heheh

dah-dah malas nak cerita panjang.. Jom tengok gambar-gambar masa kat tugu tu...

Ha.. Inilah tugu negara... hehehhe...

Syok je aku duduk berehat.. Tiba-tiba gambar aku disnap oleh mr.photographer.. huhuhu

Pandai x mr.photographer ambil gambar.. hehehhe...

Masa ni baru sempat nak posing.. hhehhe...

Ha.. Habis dah gambar yang aku nak tunjuk.. Maka dengan ini tamatlah suda entry aku pada kali ini.. heheheh...

Ok la.. Nak pergi makan.. 

Adios Amigos...





Sunday, 17 March 2013

1 CITIZEN


Here I Come..
Setelah dua hari sibuk mencari bahan dan berjalan-jalan, akhirnya aku berpeluang buka laptop hari ini.. huhuhu.. Letih yang teramat sangat aku rasa.. Badan, kaki semua lenguh.. huhuhu.. 
Sementara ada masa ni, aku nak update mengenai program yang dipaksa dan terpaksa serta terpilih pergi..1citizen.. huhuhu..

Program tu dua minggu lalu, xingat dah bpe hb.. Yang pasti dua minggu lalu la kot.. Dalam 9hb macam tu, aku malas nak cek kalendar balik.. Yang pasti lebih kurang macam tu lah... ehehhe..

1Citizen tu mesti ramai yang tertanya-tanya... Aku tak reti nak describe 1citizen tu macam mana.. Mula-mula aku sangka program tu untuk jadi warganegara 1Malaysia, rupa-rupanya bukan jugak.. huhu.. Yang pasti lebih kepada tanggungjawab dalam menggunakan teknologi masa kini yang semakin hari semakin maju, membangun dan moden ni.. Macam tu lah lebih kurang... 

Program tu dua hari, makna kata cuti hujung minggu kami minggu tu xda makna la.. Sebab program full dari pagi sampai 4.30.. huhuhu...

Malas nak story banyak-banyak.. Meh aku nak tunjuk gambar yang aku ambil masa program tu...

Bagus sungguh kan program ni, pandai je pilih no. matrik kami bertiga.. Macam tau-tau je.. huhuhu..


Ni antara member-member yang terpilih jugak.. Ni pompuan la ek.. Ada lagi budak laki..

Ha.. Ini antara budak laki pulak.. Sebenarnya ramai lagi, tapi ni je rajin nak bergambar.. heheh

Bergambar bersama YB MPP.. hehehe.. Nasiblah, jadi insan terpilih jugak hehehhe...

Terasa sangat gemuk dalam gambar ni.. huhuhu...

Senyum xhabis-habis lagi aku kalau depan kamera.. hehehhe...


Habis dah gambar... hehehhe.. program ini ada exam tau.. Kalau xpass exam maknanya xboleh dapat sijil.. Rugilah kan, pergi program xdapat sijil.. huhu.. Tapi alhamdulillah aku lulus.. ehhehe... Selain exam, kami jugak kena buat portfolio.. Huhu.. Kena hantar ikut masa yang ditetapkan, kalau xmarkah kena tolak, dan xdapatlah sijil.. heheh..


Itu jelah pasal program ni... Xbanyak jugak aku nak cerita.. Cuma nak bagitahu dan share je aku ada join program.. 

Ok lah.. Aku nak start buat esaimen dulu ni.. Nanti ada masa aku sambung update.. 

Ok lah..

Adios Amigoss...






Thursday, 14 March 2013

Makan Time!!



Semester lima dah berlalu, sekarang aku semester enam.. Tapi baru je masuk minggu keempat... Minggu depan minggu kelima.. Sem enam ni, agak lambat sikit aktiviti berjalan kami.. Sebabnya KPM lambat masuk.. Masuk secara berperingkat weh.. Amat touching.. Berperingkat tu ikut nama weh.. Ikut huruf nama.. Makna kata, berkurun lah baru nama aku kan.. Abaikan lah mengenai KPM tu.. 

Disebabkan aku n da geng.. Geng kuat jalan taw.. Dah agak lama xjumpa dan berhuhahahha.. Akhirnya tanpa di plan... Kami pun merancang dalam tempoh setengah jam kot sebelum plan berlaku.. heheh.. Kami plan dalam whassup je weh.. hahhaha..

Akhirnya kami pon makan-makan lah... Atur cara majlis adalah seperti di bawah :

8.30 : kumpul kat California

Tapi kami lambat dari plan asal.. heheh.. Makanan kami malam tu western style ok.. Chicken Chop, Spagheti, Steamboat... Western la sangat kan.. Tapi komen sikit mengenai kedai tu.. Agak crowded, dan sememangnya xsedap mana pon.. Boleh lah tahan.. hehehe..

Macam biasa, style kami.. Masa g mana-mana pon mesti wajib dan pasti akan amek gambar.. hehehe..

Ha.. Inilah tiga ahli geng berjalan.. heheheh..

Duk posing dengan spagehti yang amatlah sikit tu weh.. hhuhuhu


Rajin je aku peace kan.. hehehhe


Ha.. Ini salah seorang lagi ahli geng.. heheh...

Posing weh.. heheheh

Banyak kan makanan.. heheheh...


Mereka... Sangat-sangat sporting.. Bes...

Kami !!  heheh

Ok... Done tunjuk gambar kami makan.. Lepas ni ada lagi plan kami.. hehe.. Wait n see je lah.. Itu pon kalau kewangan dan masa mengizinkan.. heheh

Ok lah...

Adios Amigos..



P/s.. Actually masa aku duk taip entry ni.. Duit KPM dah masuk.. heheheh.. Baru beberapa minit yang lalu...
ehhehe


Empangan Kuala Kubu Baru



Hai blog.. Rindu x kat aku.. Mesti tak rindu kan.. Disebabkan ada beberapa minit lagi sebelum kelas aku nak start, and aku xbersiap pon lagi nak pergi kelas.. heheh.. Awala lagi.. Heheh..

Sementara nak tunggu masa nak bersiap ni, aku nak update pasal kenangan baru aku.. Tarikh aku xingat dah, Yang pasti tepat dua minggu yang lalu, hari yang sama macam hari ini.. Oppsss.. Hari yang sama macam semalam.. Hari Rabu.. Lepas je dah siap ambil baucer 250 tu. heheh..

Destinasi : Kuala Kubu Baru
Tujuan : Buat IC baru

Tapi plan asal sememangnya diteruskan cuma ada penambahan serba sedikit.. Sebelum sampai kat KKB tu, kami kena saman dulu.. Kesalahan, memotong di garisan berkembar.. huhuhu.. Hampir melayang RM300.00.... Nasib baik boleh bagi diskaun disebabkan kami adalah student.. huhu.. 

Disebabkan kami kena saman tu, kami pon pusing kat KKB tu cari tempat nak bayar saman dulu.. Lepas tu barulah start sibuk nak cari pejabat pendaftaran.. huhuhu.. Pejabat pendaftaran kat KKB tu agak kecil then macam kongsi bangunan je dengan pejabat rela.. Masa pusing pertama kali memang xnampak.. Kena buka mata luas-luas.. huhuhu..

Settle je buat IC, terus menghala ke Tanjung Malim.. Nak balik.. Tapi tersinggah lak kat Empangan KKB.. heheh.. Semua sebab nak jadikan jalan-jalan tu ada gambar.. hehehhe...

Masa kat situ kami pon bergambar lah.. Tapi tak ada pon bawa kamera.. huhu.. Terpaksa guna kamera tepon.. huhuhu.. Tak pe, meh aku share gambar tu...


Sempat ag posing walaupun dalam kepanasan.. huhu.. Seriously sangat, amat dan teramat panas...


Posing dengan kereta Din lak .. heheheh...


Xada aksi dan gaya dah sebenarnya.. heheh..


Jangan terkejut tengok warna tudung dan baju yang tak sepadan.. Semua disebabkan nak buat IC, kena pakai tudung gelap.. Tudung merah xleh pakai.. huhu..


Cantik x?? Tengoklah sapa yang amek gambar.. hehehhe


Cantik sangat gambar ni kan.. Awan tu membuatkan gambar ni lagi cantik..

,
Mr. Muhaimie, merangkap individu yang menjaga kebajikan, keselamatan dan kegembiraan aku di UPSI.. heheh..


tu je lah gambar yang boleh aku masukkan dalam ni.. Bukan bermaksud ada gambar yang xboleh dimasukkan, tapi memang ni je lah gambar kami kat sana.. Xtaw nak amek gambar macam mana lagi.. Tambah pula, panas weh.. Letih dah besar kan mata, tetap xleh lawan dah cahaya dan kepanasan.. hhuhu

Anyway, Empangan ini amat cantik dan besar..

Lepas ni aku ada lagi benda nak update, just wait n see.. heheh..


OK lah..
Nak bersiap..
Plus nak semayang..

Ok adios amigos..




p/s : TQ utk Wani for the tudung.. hehehhe..



Friday, 8 March 2013

All in One



Lama kan aku xupdate blog ni... Bukan niat untuk mengabaikan, banyak dah idea aku nak share kat blog ni.. Tapi aku sentiasa rasa malas.. Malas tu weh... Memang penyakit lah kan.. heheh... Hari ini banyak benda aku nak update.. Tu yang aku namakan semuanya ALL IN ONE.. Semua perkara-perkara tu.. Aku gabungkan dalam satu entry.. heheh.. Nampak sangat aku pemalas kan.. huuhuhuh.. Lantak lah.. Ini merupakan langkah selamat untuk mengelakkan aku terlupa nak update lain kali.. heheh..

-PERTAMA-

Semestinya pasal tanah kelahiranku.. Negeri Sabah di Bawah Bayu.. Specific sikit lah kan kampung aku.. Lahad Datu.. Mesti semua warganegara Malaysia dah tahu kan tentang ni.. Please pray untuk keamanan semula di Sabah.. Mungkin orang lain yang xda family kat sana.. Tak rasa apa kami rasa,.. Siap hamburkan soalan yang sangat-sangat menyakitkan jiwa dan raga ku.. huhuhu.. Sebak hati ku... Ada juga yang kata, buat apa nak pertahankan Sabah.. Bagi je lah kat Sulu.. Sedih weh dengar macam tu... 

Bagi yang memahami.. Pliz pray untuk Sabah.. dan wira-wira negara kita.. Hanya doa saja yang dapat kita tolong...


(risau.. family aku semua kat sana.. Lahad Datu tu weh.. Aku xboleh tidur tenang dalam tempoh seminggu ni)

Thanks untuk yang sudi mendoakan.. huhuh


-KEDUA-

Aku nak bagitahu.. Actually sebelum balik cuti aku dapat something lah.. daripada someone.. Apa something tu.. Biarlah rahsia.. heheh.. Someone tu adalah seorang yang xspecial pon..  Lucu gak bila dapat benda tu.. Nak bagi something jugak kat dia.. Tapi malas.. Membazir dakwat je.. Biarlah dia merasa dirinya terbaik.. Malas nak layan...

Sekarang dah start bermasam muka semula dengan aku someone tu.. Sebabnya aku xbuat macam yang dia nak.. Bila dia tegur, dia tegur.. Bila xnak dia senyap.. Aku senang je dengan orang macam ni.. Aku xanggap pon kawan.. Lantak r.. hehehe..

Abaikan je lah yang kedua ni.. Macam tak best n xpenting pon kan.. Hahahhahah..



-KETIGA-

Semester 6 dah kan aku.. dah dua minggu aku start menjadi pelajar semester enam.. Banyak sangat kerja weh sem ni.. Banyak yang teramat.. MIKRO, MAKRO, ESAIMEN KUMPULAN + INDIVIDU, PROPOSAL, dan banyak lah lagi.. Sangat-sangat bertimbun kerja aku... huhuhu.. Tapi xpe.. Try sehabis baik dah ni.. 


-KEEMPAT-

sepatutnya ni aku masukkan dalam yang pertama tadi.. Tapi lantak r.. Suatu kebetulan kot.. Aku tinggal di Lahad Datu.. Komando Polis yang meninggal tu pulak adalah orang Besut.. Besut bukan sebarang Besut.. Tapi di kawasan yang familiar untuk aku.. Kg. Kubang Ikan.. Kampung Muhaimie kan.. dan dia adalah Saudara Muhaimie... huhuhu...

Kadang-kadang bila terpandang gambar arwah.. aku jadi rasa sedih + bersalah.. huhuhu..

Al-Fatihah untuk arwah.. dan semua polis yang terkorban...
(pastikan baca surah tu..jangan sebut al-Fatihah je..)



-KELIMA-

Aku nak ucap terima kasih kat Mak Bapa aku.. Sebab bagi hadiah kat aku.. Hadiah apa... Nanti korang tahu jugak satu hari nanti.. heheheh

Thanks mak n bapa...

Sayang mak n bapa sangat-sangat...




Ok lah.. Itu je lah aku nak update..

Nak sambung wat perancangan untuk mikro isnin ni.. huhuhu...

Ok lah..

Adios Amigos..