Friday, 8 March 2013

All in One



Lama kan aku xupdate blog ni... Bukan niat untuk mengabaikan, banyak dah idea aku nak share kat blog ni.. Tapi aku sentiasa rasa malas.. Malas tu weh... Memang penyakit lah kan.. heheh... Hari ini banyak benda aku nak update.. Tu yang aku namakan semuanya ALL IN ONE.. Semua perkara-perkara tu.. Aku gabungkan dalam satu entry.. heheh.. Nampak sangat aku pemalas kan.. huuhuhuh.. Lantak lah.. Ini merupakan langkah selamat untuk mengelakkan aku terlupa nak update lain kali.. heheh..

-PERTAMA-

Semestinya pasal tanah kelahiranku.. Negeri Sabah di Bawah Bayu.. Specific sikit lah kan kampung aku.. Lahad Datu.. Mesti semua warganegara Malaysia dah tahu kan tentang ni.. Please pray untuk keamanan semula di Sabah.. Mungkin orang lain yang xda family kat sana.. Tak rasa apa kami rasa,.. Siap hamburkan soalan yang sangat-sangat menyakitkan jiwa dan raga ku.. huhuhu.. Sebak hati ku... Ada juga yang kata, buat apa nak pertahankan Sabah.. Bagi je lah kat Sulu.. Sedih weh dengar macam tu... 

Bagi yang memahami.. Pliz pray untuk Sabah.. dan wira-wira negara kita.. Hanya doa saja yang dapat kita tolong...


(risau.. family aku semua kat sana.. Lahad Datu tu weh.. Aku xboleh tidur tenang dalam tempoh seminggu ni)

Thanks untuk yang sudi mendoakan.. huhuh


-KEDUA-

Aku nak bagitahu.. Actually sebelum balik cuti aku dapat something lah.. daripada someone.. Apa something tu.. Biarlah rahsia.. heheh.. Someone tu adalah seorang yang xspecial pon..  Lucu gak bila dapat benda tu.. Nak bagi something jugak kat dia.. Tapi malas.. Membazir dakwat je.. Biarlah dia merasa dirinya terbaik.. Malas nak layan...

Sekarang dah start bermasam muka semula dengan aku someone tu.. Sebabnya aku xbuat macam yang dia nak.. Bila dia tegur, dia tegur.. Bila xnak dia senyap.. Aku senang je dengan orang macam ni.. Aku xanggap pon kawan.. Lantak r.. hehehe..

Abaikan je lah yang kedua ni.. Macam tak best n xpenting pon kan.. Hahahhahah..



-KETIGA-

Semester 6 dah kan aku.. dah dua minggu aku start menjadi pelajar semester enam.. Banyak sangat kerja weh sem ni.. Banyak yang teramat.. MIKRO, MAKRO, ESAIMEN KUMPULAN + INDIVIDU, PROPOSAL, dan banyak lah lagi.. Sangat-sangat bertimbun kerja aku... huhuhu.. Tapi xpe.. Try sehabis baik dah ni.. 


-KEEMPAT-

sepatutnya ni aku masukkan dalam yang pertama tadi.. Tapi lantak r.. Suatu kebetulan kot.. Aku tinggal di Lahad Datu.. Komando Polis yang meninggal tu pulak adalah orang Besut.. Besut bukan sebarang Besut.. Tapi di kawasan yang familiar untuk aku.. Kg. Kubang Ikan.. Kampung Muhaimie kan.. dan dia adalah Saudara Muhaimie... huhuhu...

Kadang-kadang bila terpandang gambar arwah.. aku jadi rasa sedih + bersalah.. huhuhu..

Al-Fatihah untuk arwah.. dan semua polis yang terkorban...
(pastikan baca surah tu..jangan sebut al-Fatihah je..)



-KELIMA-

Aku nak ucap terima kasih kat Mak Bapa aku.. Sebab bagi hadiah kat aku.. Hadiah apa... Nanti korang tahu jugak satu hari nanti.. heheheh

Thanks mak n bapa...

Sayang mak n bapa sangat-sangat...




Ok lah.. Itu je lah aku nak update..

Nak sambung wat perancangan untuk mikro isnin ni.. huhuhu...

Ok lah..

Adios Amigos..







No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"