Saturday 29 June 2013

Ronda2x MELAKA (30 Mei 2013)


Seminggu selepas aku balik dari Teluk Batik.. Aku dan member-member yang membuat permohonan untuk berpraktikal di Melaka, mencapai kata sepakat untuk survey sekolah yang kami nak tu.. Tarikh yang kami pilih ialah 30 Mei 2013... Drastik kan keputusan kami nak pergi.. Kelam kabut aku dan Mie pergi ambil kereta di KL.. hahaha.. Salah satu sebab aku dan Mie pergi ambil kereta adalah disebabkan sesuatu.. hahahah.. Biarlah rahsia...Nak lari dari something sebenarnya.. hahah

Kami bertolak pergi Melaka tu mengikut perancangan awal ialah pada jam 7.30 pagi,.. Tengok-tengok Firdaus Jamil xbangun lagi.. Dia bangun masa kami duk sibuk call dia.. hahah..Akhirnya kami bertolak dalam jam 9 pagi.. Kira awal la jugak tu kan,..Sepanjang perjalanan kami hanya singgah di Restoran Jejantas Sungai Buloh je.. yang lain langsung tak singgah.. Kami mengambil masa 3 jam lebih je untuk sampai ke Melaka... Hebat tak hebat?? hahaha.. Tengok siapa yang drive tentunya bukan aku.,.. hehehhe

Mula-mula aku expect Melaka ni dari start lepas tol sampai ke Melaka tengah semuanya kampung, tapi apa yang aku jangkakan adalah salah dan yang sebenarnya Melaka adalah tempat yang sangat maju.. Walaupun kecil, tapi sangat membangun... Dijadikan cerita, tempat pertama kami pergi di Melaka tu adalah sekolah-sekolah yang bakal kami mengajar nanti.. Mula-mula sekolah Firdaus.. Lepas tu sekolah Mie, Sekolah aku dan Wani dan akhir sekali adalah sekolah Ghazalie dan juga Fadzli... Tapi masa cari sekolah Zalie dan Lie, kami boleh sesat, sebabnya sekolah tu tak ada dalam GPS.. hahahah..

Kami berdua.. Posing depan banglo yang ada depan sekolah SMK Malim.. hehehe

Ni sekolah yang daus akan berpraktikal nanti....

Tak dapat nak posing depan sekolah SMK TUN TUAH.. ambil gambar ni pun jadilah... Bakal tempat cikgu Muhaimie berpraktikal...

Ha.. Ni SMK MUNSHI ABDULLAH... 

Cikgu Zalie dan Fadzli In Sya Allah akan berpraktikal di sini... SMKA SULTAN MUHAMMAD...

Selesai survey sekolah, kami pun menjelajah ke BANDARAYA MELAKA,.. Tujuan utama adalah mencari tandas dan juga tempat untuk makan.. Tengahari dah weh.. Lapar.. huhuhu.. Tapi lain yang kami cari lain yang kami buat.. hahah.. Kami menjadi pelancong seketika di bandaraya tersebut.. heheh..  Lepas jalan kat bangunan entah apa ntah aku lupa nama dia.. kami turun bawah cari tandas.. hehehhe.. Sempat gak aku posing kat beca.. Comel weh.. Tapi aku tak naik pun.. Kalau naik RM25.. hahahha.. Tak mau lah.. Mahal.. hahahah.. 

Ha.. inilah beca yang aku cakap tu.. Mula-mula memang nak naik.. Tapi tak jadi.. heheheh

Lepas habis meronda kat bawah dan lepas dapat masuk tandas.. Aku dan mereka (kami lah kan).. Menjelajah ke bahagian atas pulak.. Kena mendaki weh.. huhuhu.. Panas memang panas.. Tapi masa naik kat atas tu berangin je rasa... Sejuk.. heheh.. Dari atas tu boleh nampak seluruh kawasan Melaka Tengah rasanya.. heheh...

Kami keletihan dah ni.. hehehh

Huwarhhhhh... Tudung aku hancusss.. Bukti angin yang amat teramat kuat dan best.. hehehhe

Kat belakang dorang ini adalah pemandangan yang dapat dilihat dari atas....

Lepas dah letih menjelajah kat atas tu.. kami pun turun.. Kononnya nak pergi A Famosa.. First time kan.. Memanglah semua benda nak kena pergi tengok.. Wajib kata orang.. hehehhehe

Ni masa turun.. heheheh... Gayat weh....

Masa kat bawah.. Nilah A Famosa.. Tak besar pun kecil jek... Nampak tak aku dan wani tengah berehat-rehat di atas batu tu... heheheh

Lepas dah settle menjelajah dan melawat kawasan-kawasan menarik.. Kami pun balik. Balik ke tempat parking kereta.. Jauhnya weh.. Jauh sangat.. Dah la kena jalan kaki.. Dalam masa yang sama time tu jugak baru perasan tempat-tempat lain yang kami tak lawat tadi.. Takpe.. lain kali kami pasti akan pergi pulak.. hehehhe... Lepas semua sesi menjelajah selesai.. Barulah kami kembali kepada tujuan asal kami.. Iaitu makan... hahahah...

Makan ni pun satu pasal gak.. Masuk kat Dataran pahlawan.. Satu tempat makan pun tak jumpa.. Kami ni duk ikut je sign kata Food Court.. Last2 tengah di ubahsuai.. Satu mall dah kami jalan tak jumpa weh.. Akhinya kami ke mahkota Parade... Kat sana baru kami jumpa tempat makan.. Walaupun ada GST tapi kami tetap makan ... heheheh,,,

Dengan berakhirnya kisah kami berempat ni.. Maka tamat lah episod jalan-jalan kami di Melaka.. hehehhe...lain kali kami jalan lagi... Aku akan update sentiasa kalau aku jalan.. hehehhe

Ok lah lain kali aku update lagi yekk.. Lain kali tu maybe esok, lusa atau malam ni.. Hahhaha..

Ok lah.. Adios Amigos....


Tak boleh ambil gambar.. Tapi dah terambil.. Hahha.. Comelnya patung ni.. hehehhe


p/s : Malam tu sampai TM dalam pukul 8.. terus pergi celebrate befday Ina... Letih weh.. huhuhu.. tapi yang seronoknya ialah dapat Karok sepanjang jalan.. heheheh


No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"