Thursday 2 May 2013

Port Dickson Sangat Ohsemmmm... (27 April 2013)


Ok. Sebelum aku start nak memulakan pembacaan untuk misi pencarian bahan untuk tugasan kumpulan Islam di Asia Tenggara.. Aku mengambil masa dalam setengah jam ni nak update pasal satu kenangan best.. heheheh... Iaitu kenangan aku meluangkan masa di port Dickson... Disebabkan aku ni bukanlah budak semenanjung Malaysia, sememangnya aku tak pernah menjelajah sehingga ke Negeri Sembilan.. Tambah-tambah lagi ke Port Dickson... 

Dijadikan cerita, pada awalnya aku dan beberapa orang member aku tak terpilih pun untuk program ini, sebab dah penuh.. Lagipun mula-mula ke Lumut dan Teluk Batik je.. Teluk Batik aku pergi dah.. So, tak terkilan sangat tak dapat pergi.. Tapi mungkin nasib kami kot, sebabnya dua tiga hari sebelum program, tempat berubah iaitu ke Port Dickson, dan kami dapat join sebab masa tu banyak kekosongan.. Alhamdulillah kami dapat juga menjoinkan diri.. Malam sebelum kami bertolak tu ada meeting.. Satu orang pun tiada yang pergi.. Semua malas.. Aku pula masa tu di Kuala Lumpur.. Memang lah aku tak sempat nak pergi.. Tup-tup sampai TM dalam jam 11 malam, dapat mesej kata esok kena berkumpul sebelum pukul 7 pagi... hahahha... Korang rasa kami berkumpul ikut masa tak?? heheheh.. 

Malas nak berxerita detail-detail.. Tak ramai mana pun yang join.. Aku, Ina, Mie, Ama, Ila, Yat dan Maink je saling kenal dan sentiasa jalan sekali.. Mula-mula kami singgah kat R&R.. Aku tak tahu apa nama R&R tu.. Main singgah jak kan.. hehehe..

Ni masa kat R&R..

Serius suka gambar ni... Thanks Photographer ku... hehehe

Lepas singgah kat R&R dalam 15 minit lebih.. Walaupun sebelum turun kami disuruh naik bas semula selepas 10 minit tapi tetap juga terlebih.. heheheh..  Bukan kami yang menjadi punca tapi semua yang pergi ok.. heheheh..

Dalam pukul 11 lebih tak silap lah.. Kami sampai kat Muzium Tentera PD.. Memang itupun tujuan asal kami... Kami dibenarkan berlegar-legar sehingga 12.45.. maknanya dekat dua jam juga lah kami berlegar-legar di muzium tu.. Seronok lah.. Banyak tempat yang menarik.. Di muzium ni.. dia banyak lah tentang sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan sehingga lah ke hari ini... Ada terowong jugak.. Panas weh terowong tu... Tak tahan...heheheh

Ni masa mula2 sampai kat Muzium tu.. Duk tunggu taklimat... hehehe.. Girls semuanya ok.. hehehe

Ni masa memulakan lawatan... Kami berlima lagi kan... ehhehe

Masa dalam salah satu tempat dalam muzium ni... Tak ingat apa...

Memperkenalkan photographer kami... heheheh

Berposing di samping kereta askar.... Bergaya tak?? hehehe

Kami nak terbang wahai kalian2.. heheh.. Sebenarnya aku tengah gayat ni... huhuhu..

Di atas canopy walk yang hanya boleh menampung lima orang saja dalam satu masa.. huwarghhhh.. Aku takut....


Amacam pic kitorang?? Banyak lagi sebenarnya.. Tapi takkanlah nak upload semua dalam ni kan.. Biarlah menjadi simpanan peribadi.. hehehe.. Teruskan cerita la ya... Dalam pukul 12.45 macam tu kami pun meninggalkan Muzium Tentera tu.. kali ini kami menghala ke Pantai Teluk Kemang... tak sabar weh.. Lama dah tak pergi pantai.. heheheh.. Ina siap kata aku terhidu dah bau pantai.. heheheheh...

Kami sampai sana, kami makan dulu.. Lepas dah siap makan, solat dan segala-galanya.. Kami di bagi masa dalam 2 jam jugaklah kot tak pun sejam lebih .. rasa macam dua jam sebab mula-mula kami meronda lepas tu kami berjalan-jalan tepi pantai.. heheheh.. Tapi aku, Ina n Mie sememangnya tak boleh nak hipokrit kalau jumpa pantai.. Walaupun mulut kata tak nak mandi.. Tapi kami mandi ok.. ehhehehe...

Masa baru sampai kat Teluk Kemang.. hehehhe.. Posing dulu OK.. Wajib tu...

Pelampung ni dapat menampung berat saya tak agak-agak korang? hehehehhe

Kuda... Kesian ko,... Tak rela nak naik atas ko.. huhhuhu... Cuma dapat melihat Yat dan Maink naik.. Aku tak berani... huhuhu...

Ok.. ni before bermandi manda.. 

Ini before jugak.. hehehhehe

Ini semasa mandi manda.. Untuk pengetahuan semua.. Aku rasa kami bertiga je dari awal ke habis mandi dan bermain dalam air... hahahah

Dia CURANG??? heheh.. No la... Tengah posing with Amalina.. hehehhe

Ha.. Puas dah tengok gambar kami?? Macam biasa lah.. banyak lagi.. ada 463 semuanya.. Biarlah jadi tatapan kami sahaja... Selepas kami bermandi manda.. ada lagi aktiviti.. iaitu bina istana pasir dan juga sukaneka.. Sukaneka kami kalah ok.. tapi istana pasir kami menang.. yahuuuuu.. Kami menang... TERBAIKLAH... heheheh

Sukaneka bermula... hehehhe.. Mereka....

INi kumpulan kami.. Kumpulan Coklat @ 1.. hehehe

Sebelum jadi istana... heheheh

Selepas siap.. Cantik tak??? hehehhe

Kami menang ok... TERBAIK... heheheh

Posing yang amat pelbagai.. hehehhehe..

Suka gambar ni... hehehhe... Thanks again mr. photographer.. heheheh

COmel kan Ina pakai Syria.. heheheh...

Seronok yang amat sangat aktivti tu.. Masa aku tengah mencari gula-gula masa sukaneka.. Aku dengar suara Amalina jer ketawa tak habis.. hahahah.. Dia gelakkan kami ok... hehehhehe...

Apa-apa pun program kali ini yang dianjurkan oleh KEWIMA sememangnya OHSEMMMMMMM.... Sangat-sangat best ok... Hilang tekanan, walaupun muka jadi gelap yang teramat.. Dah la sedia gelap, bertambah lah gelap.. Plus ada jerawat batu ok muncul kat muka selepas program ini.. Oh no.. Air Masin sungguh ko tak suka aku mempunyai wajah tanpa jerawat.. hheheheh...

Ok lah... Sampai sini je lah cerita aku tentang kenangan aku di PD.. Yang amat sangat OHSEMMMM... I LIKE... ehheheh..

Ok lah..

nak baca buku.. Nanti aku update lagi.. Ok...

Ok Lah...

Adios Amigos...










No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"