Saturday, 4 May 2013

Yayasan Anak Yatim Darussakinah (20 April 2013)


Kali ni aku nak update pasal lawatan kami ke Yayasan Anak Yatim Darussakinah.. Di mana?? Di kampung Chenderong Balai Teluk Intan.. Kami pergi ni pun tanpa ada perancangan yang rapi dan kemas ok.. Semua kerana tugasan baru yang diarahkan kami untuk buat last minit... Huwarhhhhhhhhh...

Abaikan pasal tu... Setelah dua tiga hari mencari tempat yang ingin dikunjungi.. Akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi ke Yayasan Anak Yatim Darussakinah... Kami ambil keputusan pergi tempat ni sebab tempat ni dekat dengan rumah Sallih, jadi tak ada masalah untuk kami pergi.. Tapi kami tak minta pun Sallih hantar.. kami hanya suruh dia buat peta je nak pergi tu.. Lagipun Sallih ada kerja kat UM masa tu.. Teman Wani buat dan cari bahan...

Abaikan tentang Sallih dan Wani.. ehhehe.. Sekarang kami nak cerita pasal lawatan kami.. Ok...

Yayasan Anak Yatim Darussakinah... Serius dan jujur sebelum aku pergi.. Banyak sangat bayangan aku tentang rumah ini.. Aku duk imagine rumah ni mesti ramai sangat budak-budak.. Mesti dorang tak nak terima kedatangan kami.. Apa respon dorang tentang soalan yang aku nak tanya.. Huwarhhhh.. Memang aku sibuk untuk menyusun ayat sebenarnya.. Takut mengguris hati mereka...

Kami sampai sana dalam jam 1 lebih.. Dekat pukul 2 juga lah.. Datang dan sampai tanpa ada persediaan.. Semua kami main angkut je.. Biasanya orang datang sana bawa plak kami bawa hamper.. tak ke pelik tu.. huhuhu.. Alhamdulillah ketibaan kami disambut dengan ramah oleh pengurus dan isteri tempat tu.. Kami panggil dia encik Safwan.. Umur dalam 25 kalau tak silap aku.. Sebab dia kata dia tingkatan satu masa tahun 2000..

Inilah papan tanda depan pintu masuk Yayasan tu... 

Ini ahli kumpulan aku... Macam kenal je kan.. hehhehe..

Sambil tunggu pengurus sampai aku sempat lagi posing.. heheheh.. Its me Daia.. Perkara biasala tu kan.. heheheh


Kami tanya banyaklah juga soalan dekat pengurus ni.. Orangnya baik.. dia dan isterinya suka sangat gelak.. Ada je benda yang nak digelakkan.. Siap tanya aku ni keturunan Sulu ke??? Oh My God... Adakah soalan tu yang dapat.. Oppsss... Abaikan...

Banyak yang kami peroleh semasa berbual dengan Encik Safwan dan isterinya... Banyak sangat-sangat...

Masa sedang berbual dengan pengurus dan isterinya.. heheheh

nampak tak muncung Ina?? hahahhaha.. Serius je Ina catat kan...

Sesi gelak-gelak.. hehehehhe

Model air mineral.. hehehehhe

Selepas habis je berbual-bual dengan pengurusnya.. Kami minta kebenaran untuk solat kat bilik solat yayasan tu... Lepas solat kami pun ambil kesempatan berbual dengan budak-budak yang tinggal kat yayasan tu.. Lupa nak bagitahu.. Semua lelaki ye... Tak ada perempuan.. Tak ramai pun, coz ada yang balik ke rumah kan cuti hujung minggu.. Boleh lah balik...

Budak-budak ni lah yang kami ajak berbual-bual.. 

Secara jujurnya.. aku tak banyak tanya.. Sebab aku tak tahu nak tanya apa... heheheh

Huwarhhhh.. Mereka siap posing.. aku tak nampak pun kat kamera.. huhuhu.. Photographer  dah tukar model nampaknya.. hehehhe

Selepas berbual-bual denga budak-budak ni.. Kami pun nak pulang lah.. Sebab dah petang weh... Sebelum pulang ke Tanjung Malim tu kami ambil gambar dan bagi hamper dulu kepada pengurus dan budak-budak sebagai tanda penghargaan dari kamilah.. Sebab dorang sudi menerima dan melayan kedatangan kami ni.. heheheh

Masa ni aku ada dalam gambar... hehehhe

Yang ini aku tak ada... huhuhuhu

Macam mie pulak yang dapat hadiah kan.. heheheh

Lebih kurang je besar dorang kan... heheheh

Settle suma... kami pun balik ke pangkal jalan.. Tanjung Malim la kan.. Takkan nak g KL pulak...
Seronok dapat berkunjung ke tempat ni.. Sangat seronok...


In Sya Allah lain kali kami datang lagi...

Ok la... 

Adios amigos...







1 comment:

  1. ada contact no rumah anak yatim tu? reply via whatspp ye 0148388996

    ReplyDelete

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"