Saturday 16 November 2013

Hanya Untuk 4 BULAN (Part 1)



memang lama sangat-sangat aku tak update apa-apa kat blog ni.. bukan setakat tak update bukak pun tak.. macam orang sibuk sangat-sangat kan.. tapi sebenarnya aku memang sibuk.. tak tipu.. aku sibuk selama empat bulan.. sibuk dengan tanggung jawab baru aku sebagai guru pelatih.. walaupun tanggungjawab tu hanya untuk 4 BULAN..

Ok..

HANYA UNTUK 4 BULAN..

Dalam tempoh 4 bulan ni, aku menghabiskan masa berpraktikal di SMK MUNSHI ABDULLAH.. Sebenarnya bukan aku seorang je praktikal kat sini.. Tapi ada tujuh orang budak UPSI yang berpraktikal kat situ.. Tapi aku cuma rapat dengan kawan aku yang sama kos iaitu Nor Azwani.. Bukan tak nak rapat dengan yang lain, tapi mereka di sidang pagi, aku dan Wani di sidang petang.. Memang susah sangat-sangat nak jumpa.. 

Sepanjang empat bulan ni.. banyak sangat kenangan yang aku peroleh.. Bukan setakat kenangan.. Tapi juga ilmu baharu.. Ilmu yang aku peroleh daripada cikgu-cikgu senior dan juga pengalaman yang diri ini sendiri peroleh bila berhadapan dengan student.. Banyak sangat-sangat pengalaman yang merangkumi cabaran... Tak terkira. Jadi aku nak share la kat korang semua2..

Silakan membaca selagi anda tidak bosan yekk..

Aku mengajar sidang petang, so memang terang, nyata, dan jelas lah kan aku mengajar budak-budak form 1 dan form 2 je.. Aku dapat 4 kelas.. 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2... 1PK1, 1PK2, 2KT2 dan 2KT4... Aku tak bernasib baik dapat kelas aliran.. Tapi kira bernasib baik la jugak sebab dapat kelas bukan aliran sebab aku dapat pengalaman nak berhadapan dengan situasi sebenar pelajar sekarang ni.. Aku nak cerita serba sedikit mengenai kelas yang aku ajar.. sebelum aku terlambat nak inform.. semua yang kelas yang aku ajar, semua subjek sejarah ok... huhuhu

Kita start yek story mory tentang kelas-kelas yang aku ajar...

1PK1..

Kelas ni merupakan kelas pertama.. Mula-mula serius aku takut gila nak masuk kelas ni.. haha.. Sebab majoriti Cina.. Aku takut aku tak faham apa dorang cakap... heheheh.. Budak perempuan islam hanya ada 6 orang je.. budak lelaki lak 8 orang kalau tak silap.. yang lain Cina.. dan 2 orang India.. semuanya dalam kelas tu ada 37 orang... ramai kan... huhuhu... Mula-mula aku masuk kelas tu, memang semua cakap Cina.. hahha.. Aku pun buat peraturan baharu.. No English, No Mandarin.. hahha.. Memang dengarlah rungutan mereka.. Tapi apakan daya, kuasa di tangan cikgu. hehhe.. 

Seronok mengajar kelas ni.. Sebab dorang cepat faham.. Aku pernah marah cuma dua tiga kali je kot. hehhe.. Tak ingat dah.. Yang pasti kelas ni semua budak pandai.. Walaupun dorang ni bermasalah dari aspek kehadiran.. huhuhu

So inilah mereka...





Ok.. Sekarang kita teruskan story dengan kelas aku yang seterusnya...

1PK2

Kelas ini adalah kelas yang aku paling suka dan sayang.. Sebab studentnya semua memang terbaik.. Walaupun dornag ni kelas kedua, tapi semua pada tahap yang ok.. Banyak kali juga kelas ni kena marah dengan aku.. Tak terkira.. tapi dorang jenis tak ambil hati.. Aku marah hari ni, esok boleh plak tergelak sakan.. heheh... Aku nak marah pon terus tak jadi.. hahhaha.. Ngek kan.. Apa-apa pun aku pasti akan rindu student kelas ni.. huhuhu











Inilah. 2 kelas tingakatn 1 yang aku ajar.. yang tingkatan 2 nanti aku update lain yek... heheh.. Part seterusnya la bagi budak tingkatan 2... heheh

Apa-apapun untuk 4 bulan mengajar dua kelas ini sangat-sangat osemmm.. Seronok.. Gembira, marah, sedih semua perasaan aku masih rasa hingga saat ini..

Oklah..
Aku nak main candy crush jap.. heheh


Adios...



1 comment:

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"