Friday, 9 November 2012

..perasan..

Assalamualaikum..

Aku nak update lagi ni.. hari ni update buat kali kedua.. aku dah berapa hari nak update tentang ..perasan.. tapi hari ini baru aku dapat nak update, itu pun selepas melalui proses perbincangan dengan mak bapak aku.. heheh.. macam pasal pilih jodoh je kan.. tak ada lah.. malam ni aku nak update pasal perasan.. PERASAN.. bukan perasaan taw.. 

Hari ini aku update benda ni selepas berhari-hari aku melalui perasaan nak ngamuk dengan perkataan perasan tu.. PERASAN ok.. Aku nak tanya pendapat korang-korang..macam ramai sangat baca blog aku kan.. biarlah.. yang penting aku nak tanya juga.. huhuhu... Apa perasaan korang bila melalui situasi macam aku ni.. banyak situasi sebenarnya.. tapi buat beberapa je.. jom-jom tengok situasi tu..

situasi A :

Masa tu kamu tengah sibuk nak baiki printer, dengan tangan yang penuh ink, siap pakai baju kuliah lagi.. tiba-tiba ada orang sound / tegur lah... mcm ni yek dialognya..

Perasan : macam macik-macik je aku tengok ko ni.. bla-bla-bla.. buanglah printer tu.. printer murah tu..

apa perasaan korang lalui situasi macam aku tu.. seriously masa tu aku rasa aku rasa nak nangis.. nasib baik ada lah lagi dua member yang duk bagi semangat kat aku.. kalau tak memang aku nangis dah..
dah lah masa tu aku tengah ngamuk dengan printer boleh pergi tegur guna ayat macam tu.. kalau buat ayat membina ok jugak.. ni saja nak wat amarah aku bertambah-tambah.. printer tu aku beli mahal ok.. baguslah aku ada printer.. bukan nak berlagak.. tapi kira ok lah aku nak baiki printer, nanti dah ok nanti ko jugak nak tumpang sekaki kan.. aku beli mahal weh.. sekali lagi aku nak cakap.. walaupun aku dah banyak kali cakap masa perasan tu duk tegur aku macam tu..

nilah jenis, wajah dan jenama printer.. sebijik macam ni.. CANON...


ni pulak situasi kedua.. 

situasi B :

masa tu tengah berehat.. topik pasal krim, pil dan apa sahaja yang berbentuk kecantikkan diutarakan.. kata benda tu berkesan lah.. ini lah itu .. boleh pulak, tiba-tiba ada ayat macam ni menyapa telinga anda..

perasan : wei, ko tu hodoh, patutnya ko yang guna semua krim-krim dan apa sahaja tu.. 


mungkin ada yang nak kata ayat-ayat ni gurauan.. tapi semua ni buat aku berang.. rasa nak ngamuk.. kalau iya pun aku hodoh, janganlah perasan diri tu cantik sangat... kalau nak perasan cntik pun, tak perlu nak hina orang lain.. aku tak cantik, atau hodoh sekalipun bukan masalah bagi sesiapa pun.. itu semua atas aku juga kan..


selama ni aku cuba lah tahan-tahan sikap perasan orang tu.. tapi lama-kelamaan sikap itu buat aku meluat.. aku tak pernah pun mengata diri ko hodoh ke cantik aku.. bagi aku itu bukan urusan aku.. tapi pada saat ini, bagi aku semua dah melebihi had.. bergurau pun ada batasnya.. bukan semua orang boleh terima gurauan macam itu.. 


inilah dua situasi yang aku ingat sentiasa hingga sekarang.. walaupun beberapa hari dah berlalu, tapi aku ingat lagi.. tiap kali aku ingat, mesti aku rasa nak ngamuk.. biar lah.. kalau iya pun aku ni hodoh, macam macik-macik, nenek-nenek.. aku tak ada menyusahkan sesiapa.. aku jadi diri aku.. macam mana aku pergi kelas, kuliah, KL dan semua tempat aku pergi., begitulah aku.. tak perlu nak cover jerawat, tak perlu nak jaga kulit... aku tetap aku.. 

Itu jelah aku nak update malam ni.. huhuhu

yang pasti, kepada sesiapa yang kuat sangat perasan, sila pastikan diri anda sememamgnya comel dan cantik, putih dan sebagainya baru boleh perasan.. sebab kita perlu sedar diri..

oklah.. aku nak tidur..

Adios Amigos..



p/s : perasan + mengada-ngada = buat orang lain menyampah... elakkan lah... (petua dari someone)..



No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"