Assalamualaikum..
Hai semua.. Hari ini hari pertama dalam bulan November.. Maknanya bermula lah minggu sibuk aku.. Sibuk yang aku maksudkan kat sini refer pada minggu penghantaran esaimen.. Start next week iaitu minggu kelapan, esaimen aku akan berkurang, dan aku startlah sibukkan diri nak tengok markah kat dalam portal.. Markah esaimen kami biasanya minggu ke-13 tu kuar dah..
Memandangkan bulan ni aku banyak sangat nak hantar esaimen.. So, aku harap sangat-sangat bulan ini akan membawa kebaikan kepada aku.. Yang pasti tak nak kalut-malut bulan ini.. huhuhu
Hopely November akan berlaku baik pada aku.. Aku tak tahulah.. Aku ke atau bulan November kena berlaku baik.. Yang pasti aku nak semuanya berjalan lancar je bulan ni.. Amin.. |
1 November...
Hari ini aku mulakan dengan aktiviti yang penuh ilmiah.. Aku join program bengkel penulisan sejarah lisan bersama arkib.. Mula-mula aku hantar nama je, tapi akhirnya aku betul-betul join program ini.. Program ini dua hari sebenarnya.. Aku kena join dua hari lah kan.. Nasib baik esaimen aku tu tinggal sikit je.. Yang nak kena hantar minggu depan tinggal kena edit je.. Tak pelah, program ini fun jugak.. Aku banyak gelak.. banyak ilmu yang aku dapat.. Hinggakan aku dah wat cita-cita baharu.. Nak jadi pegawai ARKIB.. ehehhe.. Kalau tak dapat jadi cikgulah..
Happy dan enjoy aku join program tu tiba-tiba hilang.. Sekarang ni aku rasa sedih yang teramat sangat... Sebabnya sepupu aku balik dah kolej dia.. Tinggal lah aku sorang-sorang dalam bilik.. Walaupun ada dah housemate aku.. Tapi tak sama taw perasaan dengan sedara sendiri.. Dah lah ari tu adik aku balik UM, sekarang sepupu aku pulak.. Seriously air mata aku mengalir lagi hari ini.. Tiba-tiba rasa sunyi sangat-sangat.. Tak dah orang nak bising-bising, teman aku tidur lewat malam..
Bila adik dan sepupu aku ada sini, aku rasa bebas sangat-sangat.. Aku cakap apa pun tak ada masalah.. Bahasa kami sama, cara kami cakap sama, gurauan kami sama.. Aku suka suasana tu.. Sekarang ni, aku tak tahu dah nak kata apa.. Aku harap sangat-sangat dorang datang sini lagi.. Datang tinggal serumah dengan aku.. dah lah aku jumpa dorang jarang-jarang.. Perasaan ni buat aku rasa nak tinggal serumah dengan dorang sangat-sangat.. Inilah yang aku maksudkan lonely again..
Malas lah aku nak tacing-tacing lagi.. Biarlah.. Nanti aku jumpa juga dorang tu kan.. Cuti Deepavali ada lagi.. Aku nak jumpa dorang lagi.. Sangat-sangat nak...
Apa-apapun.. Jumpa lagi Oktiber, Selamat Datang November, tolong berlaku baik pada aku.. huhuhu
Ok lah..
Adios Amigos...
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"