Genap dah 2 tahun 6 bulan 13 hari..
Bukan anniversary aku couple ok.. tapi tempoh aku study kat UPSI.. Aku mula jadi student di sini start 4/07/2010... Lama dah tu... Kalau ikut tahun, tahun 2013 ni masuk tahun ketiga la aku disini.. Means ada setahun lagi.. Cepat je masa berlalu kan...
Actually aku baru sedar kot hari ni dah masuk 2 tahun 6 bulan 13 hari.. Penat juga aku mengira semula.. heheh... Dalam masa yang sama aku buat recall semula semua peristiwa yang berlaku sepanjang aku di UPSI.. Semua lah.. Aku ingat satu persatu.. Tak ada yang aku lupa... Dari pahit hingga lah ke manis.. Dari happy hingga sedih.. Dari sem 1 hinggalah sem 5.. Semua lah aku ingat..
Sepanjang 5 sem ni.. Aku rasa banyak perubahan yang aku alami.. Perubahan tu berlaku disebabkan banyak perkara... Ada yang kata aku berubah dan mengutamakan seorang je.. Ada juga yang kata aku dah tak sama macam dulu.. Yang pasti bagi aku berubah bukan sebab terpaksa, tapi disebabkan kerelaan hati aku sendiri.. Anyway tu hal peribadi kan.. Aku malas nak share kat sini.. nanti jadi isu hangat kat UPSI ni.. heheh..
Sem satu hingga sem lima.. banyak perubahan.. Terutamanya dari aspek diri aku sendiri... heheh.. Tak percaya.. Jom tengok perbezaan aku setiap sem..
Korang rasa di antara aku dalam kelima2 gambar di atas ni.. Yang mana satu tym aku nampak matang ?? heheh... AKu rasa macam tak ada.. Tapi entah lah.. ehhehe.. Korang nilai lah sendiri..
Ok.. Sepanjang lima sem ni, banyak benda yang aku belajar.. Belajar tentang kawan, belajar tentang housemate, lawan dan sebagainya.. Semua itu mendewasakan aku, dan semua itu yang mengubah aku pada hari ini.. Dulu aku hanya mengutamakan kawan yang itu, kini aku berkawan dengan semua orang.. Siap saja ajak aku jalan, makan atau apa pun aku on, sebabnya aku tak nak tunggu kawan yang itu je.. Out of Topic!!..
Sepanjang lima sem ni juga aku melalui saat kegemilangan dan kejatuhan result... Benda tu perkara biasa bagi student.. tapi aku amat-amatlah kecewa.. result sem ni?? Aku sendiri tak tahu lah.. Tekanan jiwa kalau ingat.. N aku tak mahu ingat.. huhuhu.. Cek pon aku tak mahu.. Biarlah...
Lima sem ni aku kumpul banyak kenangan.. Banyak juga air mata ku jatuh kerana kenagan tu.. Walaupun orang lain tengok aku kuat, tapi aku tak sekuat mana.. Aku sensitif, apa sahaja yang orang lakukan walaupun sikit akan menggores hati aku.. Tambah-tambah lagi kawan rapat aku.. Itulah aku...
Lima sem..
Semuanya kini jadi kenangan yang mungkin satu hari dapat aku bukukan.. Dapat aku buat novel dan cerita pada anak cucu aku nanti... Tekanan hebat aku rasa semester lima ini.. Seriously exam pun aku tak boleh jawab dengan baik disebabkan semua ini...
Beberapa jam lagi aku nak balik Sabah dah.. Kepada yang kenal, dan mungkin mengetahui apa yang aku ingin katakan dan tujukan dalam entry ni, maaf jika mengguris hati..
Ok la..
Adios amigos...
huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"