Tuesday, 30 October 2012

Bersama mereka di Teluk Intan

Assalamualaikum..

Aku update lagi blog aku nie.. Dah siap esaimen yang kena hantar minggu depan mendorong aku untuk menaip entry seterusnya.. Aku rasa lama dah kan aku tak masukkan entry tentang perjalanan aku yang menyeronokkan.. Baru habis bulan kedua dalam semester lima.. Aku dah berjalan entah ke mana je.. Banyak sangat-sangat.. Tapi yang aku ingat lagi masa kami pergi Teluk Intan.. hehehe.. Ni aku nak update pasal trip kat Teluk Intan ni..


Jom teroka segala benda yang aku buat di Teluk Intan...


Actually trip nak pergi Teluk Intan ini, adalah sesuatu yang diluar jangkaan.. Mulut punya gatal nak cakap, akhirnya kami pergi juga.. Orang lain punya idea, aku yang usulkan.. Akhirnya idea dan usul diterima.. hehehe... Trip itu bermula pada hari Selasa.. Masa tu aku, Ina dan Wani tak ada kelas... So, idea dan usul yang diplan pada malam tersebut berjalan lancar... Tapi.. Pagi sebelum kami pergi cuci mata tu, kami kena buat trip ke Pekan Tanjung Malim dulu...Kena buat kajian sosioekonomi.. esaimen group... huhuhu

Masa nak pergi pekan tu.. Memang berangan-anganlah senang nak interview orang-orang Tanjung Malim ni.. Harapan kami meleset.. Semuanya hancur lebur.. huhuhu.. Mereka tidak memberi kerjasama yang amat memuaskan hati.. Sakit hati, jiwa dan hempedu kami tahu tak.. Nasib baik kami pergi pekan bertemankan dan dihantar oleh Muhaimie.. Naik kereta.. Tak adalah kami berpeluh-peluh pusing satu pekan tu... Tapi seriously, aku betul-betul kecewa dengan orang-orang tertentu kat pekan ni.. Korok kering sungguh.. 

Meh.. aku nak kongsi gambar-gambar dengan orang-orang sporting kat TM.. heheheh


Ni antara pacik sporting gila2.. Nama pak cik ni Khairudin.. Islam ek.. Cina baru masuk Islam..
dia xsombong mcm yg lain2.. huhuhu

NI pulak dengan orang yang merelakan diri untuk hantar dan temankan kami ke Pekan..
Terima kasih Muhaimie.. Jasa awak dikenang.. hehehe

Banyak lagi gambar sebenarnya.. tapi gambar bangunan je lah.. Ada satu tu gambar dengan pacik Cina yang sangat-sangat sporting.. Umur dah 81 tahun weh.. Tapi kalau bab bercerita semangat gila.. Salute sama pak cik tu.. heheheh.. 

Setelah melalui saat-saat menyakitkan hati dan perasaan kecewa.. Kami balik rumah dan tunggu jam tu bergerak ke nombor dua.. Sebab kami nak ke Teluk Intan.. Jom kita pergi meronggengkan diri yang hakikatnya sedang banyak esaimen pada masa dan ketika itu.. huhuhu

Tempat pertama kami kena pergi mula-mula sekali.. Kena pergi tempat Ketua Kampung kat kampung Cenderong Balai.. Tapi kitorang terlewat sampai, sebabnya kami pergi buat photoshot dulu.. Strategik sangat temapt kami photoshoot tu.. Kat sawah orang.. Yang tepi jalan.. tak tahulah sawah sapa.. ehhehe..
Sampai-sampai je kat pakcik tu.. Banyaklah dia cakap.. Lama jugak duk situ.. Aku dah tak tahu buat muka apa masa tu.. Dari sejarah terus jadi politik.. hehehhe.. Aku tak berminat weh.. So, masa tu aku menulis lah apa yang patut.. huhuhu

Settle je urusan dengan pak cik tu.. kami ke rumah Sallih.. Ina dan Wani sibuklah masak.. Aku potong lobak xsampai sepuluh kali.. Aku stop.. heheh.. Bukan tak reti.. Tapi ada emergency call masa tu.,. Lepas siap dorang masak2.. kami pon makan.. Kak Sallih siap bawa balik piza dan juga sate.. Favourite aku tu.. Walaupun masa makan tu aku terkenang-kenang peristiwa buruk.. tapi makan tetap makan..

Malam sebelum kembali ke TM, kami pergi ke Menara Condong Teluk Intan.. Masa tu kamera aku buat hal.. Ntah apa penyakit dia.. Bengong sungguh kan.. huhuhu.. Tapi tak apalah.. Jom tengok gambar-gambar yang ada je lah ek..

Gambar ni masa kat sawah dan masa kat Menara Condong.. Inilah kami tiga sekawan.. hehehhe

Ni gambar aku campur... Yang pertama tu dengan anak buah Sallih.. Yang tengah tu aku kat sawah.. Yang beramai-ramai tu kami berlima.. heheh..

Ni masa lepas pak cik tu cakap2.. kami pun pergilah psing kat tempat yang boleh bergambar.. Wani jadi photographer tu yang tak ada dalam gambar... hehehe.. Satu lagi.. Gambar Zaem dengan kereta tu.. Lupa nak ucap Thanks pada Muhaimie.. Kami guna kereta abg dia.. heheh

Ni masa kat rumah Sallih.. Bukti aku pon pandai otong lobak kan.. heheheh..
Tengoklah betapa tekunnya Ina dan Wani.. hehe

Itu jelah gambar aku boleh share.. Yang lain-lain gambar huduh yang teramat sangat.. Aku pun tak tahu kenapa.. 

Apa-apa pun sangat seronok berjalan dengan dorang-dorang ni... Terima kasih atas layanan yang sangat baik dari semua.. Terutamanya family Sallih.. Best la weh... Lain kali sedia sate lagi ya.. I like.. heheheh

Ok la.. Tu je aku nak share.. Lain kali aku share lagi..

Ok la..

Adios Amigos..


p/s : First time aku pergi meronggeng Muhaime tak ada.. Tapi apa-apa pun memang best la juga.. Anggap je lah dia ada.. Sebab kereta tu dia yang suruh guna.. heheh.. Terima kasih Encik Muhaimie..




Dr. Mohd Noor, I'M DONE

Assalamualaikum...
Rajin tak aku bangun pagi-pagi.. Walaupun hakikatnya aku bangun jam 10 weh.. Aku anggap dah awal lah tu.. Sebab aku tidur dalam jam 2 atau jam 3.. Aku sendiri pun tak ingat..huhuhu.. Aku kira dah cukup awal la ni aku bangun.. Aku sendiri pun tak tahu hari ni malam keberapa aku bergadang.. Kalau tak buat esaimen aku akan menghadap game dan berSMS.. Rajin tak aku..heheh

Aku malas nak melalut panjang-panjang.. Nanti aku dah start melalut, alamatnya aku tak ingatlah apa tujuan aku update blog aku hari ini.. Aku rajin nak update tahu tak sebab apa?? Sebabnya aku hepi sangat2.. Sebab satu esaimen yang aku anggap memang aku tak boleh siapkan, akhirnya dah siap malam tadi..

Esaimen yang aku maksudkan.. KPD3016.. Bapak banyak esaimen.. Kumpulan kami memang banyak sangat esaimen.. Mula-mula aku rasa nak nangis je, sebab aku rasa esaimen lain aku tak sempat nak buat kalau aku fokus pada esaimen ni jer.. Tapi rupanya siap juga.. Alhamdulillah...

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang esaimen aku yang dah siap tu.. Meh-meh berkenalan dulu dengan pensyarah subjek KPD3016 untuk kumpulan aku ni.. eheheh

Dr. Mohd Noor adalah pensyarah utama subjek ini.. bagi kumpulan kami lah.. Mula-mula aku takut nak masuk kelas dia.. Sebab aku sangatlah takut dia.. Dia garang dan tegas.. huhuhu.. Esaimen pun dia bagi banyak sangat.. Tiap minggu aku dan mereka-mereka kena cari benda yang dia suruh cari.. Amacam nerd tak kami.. walaupun kami rasa macam jadi budak sekolah rendah, kena letak buku atas meja untuk tunjuk kat cikgu.. Mula-mula jah kami rasa macam tu.. Lama-lama walaupun penat kami tak pernah lagi tak gelak dalam kelas dia.. heheh.. Best.. Sangat best.. Nasib baik aku tak dapat drop.. Walaupun aku pernah nak drop, dan permohonan untuk drop tidak dilayan.. wawawawa..

Nilah lecturer dan juga member sekelas aku..
hehehehhe

Ok-ok...
Kita sambung balik cerita esaimen tu.. Horey2.. Aku siap dah esaimen KPD3016.. Bangga gila aku rasa.. Aku nak tunjuk bukti aku dah siap tu.. heheh.. Jom2..

Ni esaimen pertama untuk Portpolio KPD3016..
Ni namanya Jadual Penentu Kandungan.. Sebelum start pembelajaran untuk sesuatu tajuk atau untuk sem, kena buat benda ni dulu taw... Maknanya aku dah siap langkah pertama.. heheh



ni pulak.. Rancangan Pengajaran Tahunan.. Untuk setahun ok.. kalau nak jadi cikgu kena ada benda ni.. PALING PENTING.. Kena TAHU BUAT BENDA NI!!


Ni assure .. Aku tunjuk dah kan ari tu.. Tapi aku siap da edit semua2.. Means.. Aku siap dah lah..heheh

Ni pulak.. Set soalan yang perlu dibuat..

Seterusnya RPH.. Tak payahlah share RPH.. aku letih dah nak printscreen.. huhuhu.. Dah lah kami kena buat SEMBILAN RPH.. Orang lain tiga je.. Kami 9.. Yang penting aku dah siap...heheh.. Tak payah share la kan..

Memandangkan esaimen-esaimen aku semua dah disentuh dan dah boleh bersenang hati.. Aku isytiharkan.. HARI INI AKU NAK REHAT DAN TIDUR.. Aku tak tahulah. betul ke aku boleh buat macam yang aku isytiharkan tu.. huhuhu... 

Ok la..
lain kali aku update lagi..

Anyway..
Sebenarnya aku nak menjerit... Macam ni..

"DR. Mohd Noor.. Saya dah siap tugasan yang Dr minta hantar hari Jumaat minggu depan, Horeyyyy"..

hahahah... Boleh tak macam tu??


Oklah..

Adios Amigos..




Sunday, 28 October 2012

...Done with Jawi...

Assalamualaikum..

Hai2 blog aku yang dah berhabuk sebab aku lama tak beri pencerahan.. Pencerahan maksud aku tukar design yek.. Bukan masukkan entry..

Hari ni aku rajin kan update blog..
Tujuan utama aku nak update blog hari ni.. Sebab aku rasa nak share dengan semua yang tahu kewujudan blog aku ni.. Banyak benda kot aku nak share ni.. 

Yang pertama..

Hari ni aku buat sejarah.. Pertama kali dalam hidup aku.. Aku pergi KL balik sebelum asar.. hahaha.. Aku pun tergelak sendiri kalau aku fikir semula.. Macam mana boleh balik awal.. Aku sendiri tak tahu..
Biasanya kalau aku pergi KL, tak sah kalau tak balik dalam jam 10 atau 11 malam..

Tapi.. Hari ini memang amat2 bersejarah.. Dah lah aku bertolak dari TM nak ke KL tu dalam pukul 10.30.. Balik pula sebelum jam 4.. Memang super la aku rasa diri aku hari ini.. Pergi KL pun aku tak beli apa-apa.. Tak ada satu benda pon yang menarik perhatian aku.. huhuhu

Aku sendiri iktirafkan hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidup aku..
Hehehhe..


Benda kedua aku nak share..

Satu lagi esaimen aku dah siap..
Kali ni esaimen group..
Yang jawi tu.. Aku dah kata kan kami disuruh cari buku dan buat bibliografi.. Markah 30 wei.. Mestilah baca buku dan seangkatan dengannya yang kena cari.. 

Balik-balik je dari KL aku menghadap esaimen Jawi aku tu..
Akhirnya sebelum pukul 7 petang tadi aku dapat siapkan..
Alhamdulillah..
Aku dapat cari dalam lingkungan 50 buah buku dan seangkatan dengannya..

Aku dah siap buat dalam bentuk bibliografi lagi.. Nak tunggu Wani dan Sarah lak.. Harap-harap dorang dapat banyak jugak.. Aku harap jumlah yang aku dapat ni dah cukup untuk bantu ahli group aku dapat markah yang tinggi dalam esaimen ni.. huhuhu

Jeng-jeng.. Inila esaimen jawi aku.. Cukup lah ni kan.. huhuhu

So...
Malam ni sambil-sambil bual dengan sepupu,, boleh la aku meneruskan ekspedisi bersama esaimen lain... Hope so lah.. Jangan terbabas tidur dah lah..

Malam ni aku plan nak buat esaimen KPD3016 lagi.. Part soalan.. Kalau siap malam ni.. Esok2 boleh buat esaimen lain pulak..
Kepada sapa2 yang baca post aku ni.. Silalah doakan agar mood aku yang tengah membuak2 nak buat esaimen ni tak hilang ek.. Aku tengah menghargai masa cuti aku ni.. huhuhu...

Ok lah.. 
Nak g makan..
Tukang Masak baru pulak hari ini..

Ok lah.. Adios Amigos..


p/s : Adik aku dah balik UM.. Tiba2 rindu lak kat dia.. Tukang masak nombor satu aku dah balik UM.. Sedih2.. huhuhuhu


Saturday, 27 October 2012

Hasil Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat..

Hari ini aku nak update dua mengenai esaimen aku.. Bukan aku nak update aktiviti aku sepanjang Hari raya ni, tapi mengenai esaimen aku.. Seperti mana yang aku uar2kan dalam entry sebelum ini.. Aku ada kata esaimen aku berlambak kan.. Hari ni, hari kedua cuti.. Maksudnya dah dua hari lah orang cuti hari raya Haji.. Dalam masa dua hari ini aku berjaya juga siapkan esaimen aku.. Tapi tak semualah... Hanya dua dan tiga kot..

Esaimen yang aku dah siap.. Aku siap buat print screen lagi sebagai bukti... Kalaulah ada yang kata aku ni buat propa je lebih.. 

Esaimen pertama yang aku siap semalam... Salah satu yang kena ada dalam portfolio KPD 3016..

Inilah dia.. Model ASSURE.. Aku struggle gila nak siapkan benda ni.. Target 10 pages.. Tetapi terlebih.. Tak apa lah.. yang penting tak sia2 usaha aku import buku dari Universiti Malaya semata2 untuk siapkan esaimen tentang ASSURE ni...


Tapi kan.. Sebenarnya adalah part yang aku tak fully buat lagi.. Part kesimpulan.. Dan juga part edit mengedit ni... heheh..

Ini pulak esaimen kedua yang aku berjaya buat dan siapkan.. Walaupun tidak sepenuhnya..
Tapi aku bersyukur sangat2 lah boleh juga siap dalam 95 peratus.. Yang tinggal part pengenalan, kesimpulan dan juga foot note.. Aku tak siapkan bahagian footnote tu sebab aku lupa macam ni Dr. Khairi cakap ari tu cara nak buat footnote berdasarkan bahan arkib ni.. Jadi aku tinggalkan je bahagian footnote tu kosong... Lepas tu yang bahagian pengenalan dan pendahuluan tu, kira perkara last la aku nak buat.. heheh.. Termasuklah proses edit mengedit... heheh

Inilah esaimen aku tu...

Sosioekonomi Individu... 

Amacam...??? Boleh baca tak ayat tu?? Aku pun tak boleh baca.. Kecik sangat.. hahha.. tak pelah.. Yang penting yang sebenar2nya aku boleh baca.. hehehe..

Satu lagi esaimen yang aku dah nak siap.. Esaimen Tulisan Jawi Group.. Kami disuh cari buku untuk dijadikan bibliografi je.. Bagi korang kerja senang kan.. Tapi setakat ni, aku baru je jumpa 20++ buah buku untuk dijadikan rujukan... Insya Allah dalam dua tiga hari lagi siap lah tu..

Inilah pengorbanan aku sepanjang cuti Hari Raya Haji ni.. Berkorban hati, masa dan Hari Raya untuk buat esaimen aku... Tak pe2.. ini semua untuk aku jugak kan.. (menyenangkan hati)..

Oklah.. Aku nak sambung buat eaimen seterusnya.. Harap-harap boleh lah siap sebelum aku pergi beraya di Kuala Lumpur esok.. Bukan raya sebenarnya.. Tapi hantar adik aku balik Universiti Malaya.. 

Ok lah...

Adios Amigos..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAKAN DAGING JANGAN BANYAK SANGAT, NANTI KENA DARAH TINGGI..
TAK PASAL2 MASUK WAD..

hehhehe


p/s : aku saja je update.. sebab aku dah janji nak update pasal esaimen yang aku dah siap.. so, jom teruskan usaha untuk buat dan siapkan esaimen yang masih belum siap ni...

Wednesday, 24 October 2012

Nothing But IMPORTANT

Assalamualaikum...

Aku tak da motif kot nak taip entry pagi2 ni..
Aku buka-buka je blog ni.. Rasa nak menaip..
Bila aku nak wat title post tu..
Masa tu lah aku baru sedar, aku tak tahu nak buat tajuk dan nak berceloteh pasal apa kat dalam blog aku ni...

Tapi...

Aku anggap kali ini.. Aku nak cerita pasal esaimen aku..
Bukan esaimen yang dah siap..
Tapi esaimen yang aku kena siapkan dalam masa 10 hari..

Nak tahu apa je esaimen aku tu..

Ni esaimen yang kena hantar masa minggu ke-8..
Means.. Sebaik je cuti 10 ari aku tamat..

KPD 3016 
Tulisan Jawi
Teori Etika dan Moral
Sosioekonomi

Ada empat esaimen..
Tapi bukan 4 sebenarnya.. Tapi ada 8..
Sebabnya subjek KPD 3016 tu ada 5 lagi esaimen kena buat..

Sepatutnya aku start dah tekanan..
Seriously..
AKu memang dah tekanan..
Satu malam aku pening kepala..
Migraine lagi aku..

huhuhuhu...

Okla..
Tu je benda mengarut yang aku nak post..
Aku nak siap2..
Ada discussion.. 
Pastu nak g KL jap..
Larikan diri dari bunyi bising orang nak balik kampung..
Malas nak dengar..

Nak balik.. Baliklah..
Tak payah duk bising2...

Tiap kali aku siap satu esaimen..
Aku update lagi ya blog ni.,
Jangan risau wahai cik blog..
Aku takkan biarkan ko bsawang lagi..

Ok lah..
Adios Amigos..


Tuesday, 23 October 2012

Semua Sibuk Nak Balik Raya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelma beberapa hari lagi..
Semua orang sibuk pasal nak balik raya..
Siap post2 kat FB..
Menjerit2 kat rumah...
Banyak lah lagi aksi mereka semua..

Aku???
Tak perlu tanya kot apa yang berlaku pada aku kalau masa semua orang sibuk sebut pasal nak balik beraya...
Aku buat2 tiada perasaan..
Bukan tiada perasaan sebenarnya..
Tapi aku malas nak tunjuk..
Sebab manusia-manusia ni pantang tahu aku tacing nak balik kampung. 
Bencilah aku..
Malas nak kecoh2..

Aku anak Sabah yang duduk di Perantauan..
Semua tu perkara biasa kot bagi aku..
Walaupun aku jauh dari family aku..
Tapi tiap hari aku call family aku..
Aku rasa dekat sangat dengan dorang..

Aku bukan jenis orang yang nak balik kampung hanya untuk masa yang singkat..
Biarlah orang sindir aku kata bila lagi nak jumpa parents,,
Bagi aku semua tu xda hal..
Aku rasa diri mak n bapak aku ada dalam diri aku..
Aku membesar dengan semangat dan sokongan dorang..

Kadang2 aku pelik..
Nak kata anak manja, tak jugakkkkk...
Tapi setiap masa duk buat ayat kata rindu kat kampung..
Ini kan ujian dan dugaan kehidupan..
Bila lagi nak berdikari sejauh ini kalau bukan sekarang..

Malas nak cakap banyak..

Yang pasti.. 
Kalau sedar kat sekeliling korang tu ada orang tak balik beraya..
Tolonglah faham dan hormat perasaan orang2 tu..

Biarlahhhhhhhh...
Yang pasti aku xsesibuk kamu...
Aku lebih suka duk sini dan beraya dengan esaimen aku yang berlambak ni..


Terima kasih untuk yang sentiasa wat aku terasa dan tacing...

Ok la..

Adios Amigos..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

Saturday, 13 October 2012

Semester Lima - Aku Start Serabut

Assalamualaikum..

Hai-hai.. Memang tersangat lama aku tak update blog ni.. Bukan masalah aku malas tau.. Tapi sebab aku tak boleh nak upload gambar.. Itu yang membuatkan aku malas.. Malas sangat2...

Malas lah aku nak melalut panjang2.. Jom kita menjelajah apa yang aku maksudkan dengan tajuk entry aku kali ni...



Ya. 
Untuk semester lima ni.. Aku dah start serabut.. 
Walaupun aku serabut.. Tapi tak adalah aku tekanan.. Cuma serabut lah..

Sapa xserabut weiiiiii...

Tengok due date esaimen semua lebih kurang jer.. Hingga sekarang tak siap2 esaimen tu..

Bukan stakat esaimen.. Ada benda lain juga yang buat aku tambah serabut,,
Masalah diri aku ni..
Tu yang buat aku lebih suka berkurung dalam bilik..
Nanti semua ni selesai.. 
Baru aku nak keluar dan huhahahhaha..

Hope sapa yang baca ni.. 
Doakanlah masalah yang aku hadapi ni cepat-cepat selesai..
Esaimen tak buat aku tekanan..
Tapi perkara ni yang akan buat aku tekanan...

Ok la..

Apa-apa pun.. Smester Lima ni menandakan aku dah senior..
So.. Aku xboleh la tunjuk aku serabut..

Oklahhhhh

Adios.. Amigos..