Tuesday, 30 October 2012

Dr. Mohd Noor, I'M DONE

Assalamualaikum...
Rajin tak aku bangun pagi-pagi.. Walaupun hakikatnya aku bangun jam 10 weh.. Aku anggap dah awal lah tu.. Sebab aku tidur dalam jam 2 atau jam 3.. Aku sendiri pun tak ingat..huhuhu.. Aku kira dah cukup awal la ni aku bangun.. Aku sendiri pun tak tahu hari ni malam keberapa aku bergadang.. Kalau tak buat esaimen aku akan menghadap game dan berSMS.. Rajin tak aku..heheh

Aku malas nak melalut panjang-panjang.. Nanti aku dah start melalut, alamatnya aku tak ingatlah apa tujuan aku update blog aku hari ini.. Aku rajin nak update tahu tak sebab apa?? Sebabnya aku hepi sangat2.. Sebab satu esaimen yang aku anggap memang aku tak boleh siapkan, akhirnya dah siap malam tadi..

Esaimen yang aku maksudkan.. KPD3016.. Bapak banyak esaimen.. Kumpulan kami memang banyak sangat esaimen.. Mula-mula aku rasa nak nangis je, sebab aku rasa esaimen lain aku tak sempat nak buat kalau aku fokus pada esaimen ni jer.. Tapi rupanya siap juga.. Alhamdulillah...

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang esaimen aku yang dah siap tu.. Meh-meh berkenalan dulu dengan pensyarah subjek KPD3016 untuk kumpulan aku ni.. eheheh

Dr. Mohd Noor adalah pensyarah utama subjek ini.. bagi kumpulan kami lah.. Mula-mula aku takut nak masuk kelas dia.. Sebab aku sangatlah takut dia.. Dia garang dan tegas.. huhuhu.. Esaimen pun dia bagi banyak sangat.. Tiap minggu aku dan mereka-mereka kena cari benda yang dia suruh cari.. Amacam nerd tak kami.. walaupun kami rasa macam jadi budak sekolah rendah, kena letak buku atas meja untuk tunjuk kat cikgu.. Mula-mula jah kami rasa macam tu.. Lama-lama walaupun penat kami tak pernah lagi tak gelak dalam kelas dia.. heheh.. Best.. Sangat best.. Nasib baik aku tak dapat drop.. Walaupun aku pernah nak drop, dan permohonan untuk drop tidak dilayan.. wawawawa..

Nilah lecturer dan juga member sekelas aku..
hehehehhe

Ok-ok...
Kita sambung balik cerita esaimen tu.. Horey2.. Aku siap dah esaimen KPD3016.. Bangga gila aku rasa.. Aku nak tunjuk bukti aku dah siap tu.. heheh.. Jom2..

Ni esaimen pertama untuk Portpolio KPD3016..
Ni namanya Jadual Penentu Kandungan.. Sebelum start pembelajaran untuk sesuatu tajuk atau untuk sem, kena buat benda ni dulu taw... Maknanya aku dah siap langkah pertama.. heheh



ni pulak.. Rancangan Pengajaran Tahunan.. Untuk setahun ok.. kalau nak jadi cikgu kena ada benda ni.. PALING PENTING.. Kena TAHU BUAT BENDA NI!!


Ni assure .. Aku tunjuk dah kan ari tu.. Tapi aku siap da edit semua2.. Means.. Aku siap dah lah..heheh

Ni pulak.. Set soalan yang perlu dibuat..

Seterusnya RPH.. Tak payahlah share RPH.. aku letih dah nak printscreen.. huhuhu.. Dah lah kami kena buat SEMBILAN RPH.. Orang lain tiga je.. Kami 9.. Yang penting aku dah siap...heheh.. Tak payah share la kan..

Memandangkan esaimen-esaimen aku semua dah disentuh dan dah boleh bersenang hati.. Aku isytiharkan.. HARI INI AKU NAK REHAT DAN TIDUR.. Aku tak tahulah. betul ke aku boleh buat macam yang aku isytiharkan tu.. huhuhu... 

Ok la..
lain kali aku update lagi..

Anyway..
Sebenarnya aku nak menjerit... Macam ni..

"DR. Mohd Noor.. Saya dah siap tugasan yang Dr minta hantar hari Jumaat minggu depan, Horeyyyy"..

hahahah... Boleh tak macam tu??


Oklah..

Adios Amigos..




No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"