Tuesday, 11 December 2012

Arkib Negara Once Again

Assalamualaikum...

Berapa hari dah aku tak update blog ni.. Ada satu malam tu aku dah siap taip entry dah, sebab aku tak boleh tdur.. Tapi aku malas nak publish, dan entry tu sekarang ni jadi Draft dah.. Nantilah aku update.. hahah... Tapi rasanya kalau aku delete lagi bagus, sebab aku tak tahu lah menatang apa aku update tu.. heheh..

Ok-ok-ok..
Hari ini modd aku nak mengupdate blog dah datang.. Hari ni hari cuti aku ok.. tak ada kelas.. Maksudnya hari ini adalah hari aku untuk tidur sepuas-puasnya, tapi beberapa jam yang lalu aku dan yang lain-lain dapat information yang membuat housemate aku Ina melonjak dan menjerit.. Semestinya disebabkan kelas pada hari esok batal.. Kelas Asia Selatan batal esok.. Jadi tak perlulah aku nak bangun awal pagi.. hehehe..

Eh-eh.. Aku rasa aku dah melalut panjang-panjang ni.. Berbalik pada tajuk entry aku yang kat atas ni, Hari ini aku nak story mory pasal tajuk tu lah.. Sebabnya aku memang dah lama nak update pasal benda tu.. tapi aku lupa.. heheh.. Tapi member serumah aku dah update, tak apalah aku nak update lagi... Ok, sambung cerita.. Hari Khamis minggu lalu bersamaan 6 Disember 2012, aku join program di Arkib Negara.. Seriously, aku hantar nama pun last minit (bukan last minit sangat pon.. heheheh), sebab aku takut kalau aku hantar nama aku tak jadi pergi, sebabnya dalam plan awal hari Khamis tu aku nak pergi KL hantar kereta.. Tapi akhirnya plan awal kami dibatalkan sebabnya Muhaimie nak pergi Bidor untuk memancing/ fishing/ mengail dan sama waktu dengannya.. (nanti aku story mengenai satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan memancin... tunggu taw..)... Maka dengan rasminya aku pergilah join program tu... Untuk pengetahuan korang-korang ini merupakan kali kedua aku pergi Arkib Negara.. Tu yang aku buat title entry macam tu.. hehehhe..

Ok.. Cerita nya bermula seperti di bawah :... heheh

Kami berkumpul jam 7.30 mengikut arahan daripada ketua, tengok ada lak junior yang tak sedar diri, rasa nak sepak, perasan cantik dan sama waktu dengannya datang lambat.. Mereka datang pukul 8.30 ok!!.. Amat-amat menyakitkan hati.. Dahlah datang lambat, datang dengan pakaian pelik dari orang lain, lepas tu boleh buat muka taik.. Aku rasa nak sepak terajang je masa tu... Bengong sungguh lah... Ini bukan junior aku.. Aku tak mau mengaku!!..

Malas nak sebut pasal junior aku tu, sambung cerita.. Aku duduk sebelah Mia dalam bas, dan kami bertolak pukul 8.30 dan kemudian sampai dalam jam9.30 macam tulah.. Mulah-mula aku ingat nak pergi Kampung Baru KL tu, tengok-tengok program ini kat Arkib.. Nama je pengkisahan Kampung Baru, tapi kat Arkib je.. Sampai kat Arkib, kami merupakan antara yang paling lambat sampai.. kalau ikut memang memalukan, sebabnya kami tak menepati masa.. Tapi bukan salah kami, salah mereka berdua sahaja, kami jadi mangsa..huhuhu.. Kami duduk line ketiga.. Sebelah aku tu aku panggil pakcik je.. Tengok-tengok rupanya orang yang aku panggil Pakcik tu actually Dato'...huhuhu..

Sepanjang sesi pengkisahan tu aku tak dapat nak ambil gambar, sebabnya segan, orang khusyuk mendengar.. huhuh.. Aku ambil gambar sekeping dua je, itu pon kabur sangat,.. Biasalah kamera murah.. Best jugaklah program tu, sebabnya semangat aku sebagai individu yang bakal dikenali sebagai guru sejarah semakin berkobar-kobar.. Sesi soal jawab merupakan sesi paling best,masa tu kami dapat kenal beberapa orang yang hadir, majoriti dari Persatuan Sejarah negeri-negeri di malaysia ini lah.. Syoklah dengar pendapat dan perbezaan fakta yang ada.. Sumpah masa tu aku tak ngantuk.. hahahah..

Ok, malas nak cerita panjang-panjang pasal event dalam tu.. Sebabnya semuanya berunsurkan fakta.. Habis je event fakta-fakta ni, kami pun dijamu dengan makanan yang perghhh.. very the delicious weh.. hahhaha.. Serious sedap sangat.. Lepas makan-makan tu kami pon buat sesi photografi sesama kami je.. heheh.. 

Ni masa event tu..Kepala sapa kat depan tu, aku pon tahu.. Tu lah ahli panel yang terlibat pada hari tu...

Ni selepas makan.. Sesi photografi.. Ni antara budak sem lima yang terlibat.. Ada lagi, tapi entah napa mereka tak join kami bergambar..

Here we are again.. Yang empat orang ni budak serumah.. Saja nak tunjuk, kami empat orang g.. heheh

Ni kami lagi... Asyik muka kami je kan.. heheh.. Dah kami memang pantang tengok kamera.. Tulah muka kami je yang banyak.. hehehe..

Budak minor Moral semua ni you allssss... heheheh... 

Tu jelah gambar yang kami ada sepanjang program tu.. Next tym kami pergi lagi.. Yang pasti nak makan itu yang penting.. heheheh..

Ok lah.. Lepas aku dah edit esaimen adik aku yang duk UM tu, aku akan update lagi.. Ada banyak story ni.. Antara story yang aku nak cerita adalah tentang ikan, tentang balik Sabah dan juga tentang aku tak tahu dah tentang apa.. heheheh... Korang tuntut je lah kalau ingat ek.. Ok lah...


Adios Amigos ..



p/s : Someone ajak aku pergi kursus kawen... excitednya aku... heheheh





No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"