Thursday, 6 December 2012

..Pinjam PELAMIN orang..

Assalamualaikum.. 

Agak lama juga aku tak update kan.. Walau pun hakikatnya ada satu entry yang aku dah update minggu lalu aku terpaksa delete.. bukanlah disebabkan berbaur cemburu ataupun perasaan cinta tetapi disebabkan entry tersebut menunjukkan kemarahan dan kesakitan hati aku yang teramat sangat-sangat sehinggakan aku terpaksa mengupdate benda tu.. Aku rasa dah terlebih hiperbola dah aku cuba menyatakan mengenai entri tersebut..

Hari ini, aku nak update pasal aku pinjam pelamin orang.. Dalam erti kata lain, aku pergi majlis kawen orang.. Majlis kawen kakak kepada member.. Walaupun dua bulan yang lalu, aku merancang untuk ke majlis kawen kawan aku kat area itu, tetapi perancangan aku terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang aku sendiri yang tahu.. Alasan yang aku berikan hanyalah disebabkan aku takut salah jalan.. huhuhu.. Walaupun hakikat sebenarnya ianya tidak seperti itu.. Really sorry fren aku tak dapat datang.. huhuhu.. Apa-apa pun, Selamat Pengantin Lama kawanku.. Kalau aku kawen, jangan lupa datang tau.. Aku tunggu.. Tak payah hadiah pun tak apa, yang penting korang berdua datang.. Tacing tak dapat pergi.. huhuhu...


Sambung cerita pasal aku pergi majlis kawen tu.. Seriously, ni pertama kali aku pergi majlis kawen kat semanjung.. Dan aku tak boleh tipu diri lah, masa tu aku terasa macam best lagi majlis kawen kat tempat aku.. Bukan nak membanding, tapi ini kan atas persepsi sendiri, orang lain tak boleh nak halang aku punya persepsi.. heheh.. Actually majlis kawen ni tersangat-sangat sekejap, dan sememangnya menjadi majlis kawen paling cepat habis yang aku pergi.. Hebat tak.. Kalau kat tempat aku, sebulan sebelum majlis sehinggalah dua hari selepas majlis, mesti sibuk dan masih meriah.. Berbeza kan...

Malas nak cerita pasal majlis kawen tu, sebabnya aku tak banyak story pon tentang majlis tu, yang penting masa tu satu je kat kepala hotak aku ni.. Owh macam ni ek.. Em, simple je.. macam tu je la aku fikir.. Tak adalah perasaan nak mengeji atau mengutuk majlis orang.. Itu majlis orang kan.. ikut suka hati dorang lah nak buat macam mana pun.. heheh

Kembali kepada tajuk entry aku tu.. Masa kat majlis tu.. aku pinjam pelamin orang (kakak member aku tu).. Aku berangan nak bersanding dengan boyfriend aku.. heheh.. Tak banyak gambar yang aku ambil, sebabnya kamera aku ni kamera murah sangat-sangat.. Takut nanti shaking lak gambar-gambar.. Tapi memang shaking pon kan... huhuhu.. Selalu dah aku dengar orang duk mengata kamera aku.. Aku pekakkan telinga jah.. Ikut hati nak mengata semula.. Tapi aku ni baik sikit, jadi tak adalah aku mengata semula.. huhuhu

Yang aku masukkan dalam blog ni gambar aku je la.. hehehe... Lagipun line supa korok kering, jadi aku tak boleh nak upload banyak-banyak gambar.. Lagipun, as usual lah.. My BLOG, My PICTURE and PHOTO la yang kena banyak.. hehehe... So, jom tengok gambar-gambar aku sepanjang majlis tersebut... Oppppsss.. Dalam masa yang sama aku nak mengempen baju kurung yang aku dah lama beli secara online, tapi aku tak pernah nak pakai... First time ok I memakainya (memperagakan baju ini).. Termasuk kasut dan semua benda yang aku pakai pada hari tu...

Ni lah Pelamin yang aku pinjam tu.. heheh.. Cantik kan.. Tapi aku tak nak tema biru kalau majlis aku nanti.. heheh

Aku masuk gambar-gambar aku yang berkaitan dengan pinjam pelamin je la ek.. Bersama indidvidu yang bertanggungjawab memastikan keselamatan kami semasa di dalam perjalanan.. hehehe.. Driver kami ni.. Walaupun kurang berhemah, namun aku tetap boleh tidur kalau dia bawa kereta.. Almaklumlah takut muntah.. hehhe

Jom tengok2 gambar2 kami2.. hehehe


Ni masa baru sampai.. Tengah tunggu member-member yang lain sampai.. Seriously panas yang teramat.. Menyebabkan aku rasa mekap-mekap aku semuanya tak ada makna pada saat dan ketika itu.. Tacing!!.. huhuu

Selepas mereka yang mengikuti rombongan konvoi bermotor sampai ke tempat kejadian, kami pun mulalah makan.. Walaupun masakan tak sama kat tempat aku, tapi disebabkan lapar, terpaksa juga makan.. heheheh... Masa makan tak adanya nak ambil gambar.. dahlah ramai orang tua-tua kat bawah kanopi tu.. Tak rela aku nak ambil gambar depan mereka-mereka.. Malu!!..

Gambar seterusnya ialah semasa sesi meminjam pelamin... Jom terjah gambar-gambar tu... huhuhu


Ni masa bersama pengantin.. Pengantin perempuan je ok.. Yang lelaki aku tak taw ke mana dah masa ni.. Almaklumlah pengantin rock.. heheheh...

Pic seterusnya ini adalah pic yang berkaitan denga peminjaman pelamin, untuk pasangan yang tak tahu bila nak jadi pengantin.. hahah... walaupun kami tak matching... heheheh,..

Amacam ada nampak macam pengantin tak??? hahahah...


Itu jelah gambar yang aku ada sepanjang proses peminjaman pelamin.. ehehe.. Selesai suda peminjaman pelamin.. Letih lah hari tu, walaupun bukan aku yang drive... Letih weh, letih dari ambil kereta, letih dari kuarkan duit nak guna isi minyak.. suma benda yang aku buat ari tu sangat meletihkan.. heheh..


Oklah.. Aku nak pergi makan, nanti aku sambung update lagi.. Ok


Adios Amigos...



p/s : pas ni kalau aku rajin, nak update pasal pemandangan di waktu pagi di lembah beringin,.. heheh.. law rajin lah..


No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"