Halu.. halu...
Ini merupakan entry aku yang ke-40.. Kira bertahan la jugakkan aku punya blog ni.. sebab blog aku yang sebelum-sebelum ini jangan harap lah nak bertahannya... hehehe
Sebelum aku berada di tempat yang susah aku nak online, aku pun ambil kesempatan untuk mengupdate entry kat blog aku ni.. Cantik dan menarik tak tajuk entry aku tu?? Aku buat equation sendiri tu.. Equation yang sinonim dengan aku sepanjang lima sem aku melalui study week ni..
Sebenarnya, secara rasminya, hari ini iaitu hari Sabtu merupakan hari pertama permulaan studyweek bagi budak U aku ni.. Walau bagaimanapun, dah dua minggu dah orang pakat balik kampung.. Aku je lah yang tak balik.. Sebenarnya ramai lagi yang tak balik.. Tapi aku memang antara orang yang tak akan balik la.. Sebabnya aku mana lah nak balik Sabah kalau cuti setakat seminggu je ni...
Memang bila masuk minggu study ni, semua orang pakat balik kampung.. Konon kat kampung boleh study.. Tapi bagi aku kat Library Upsi yang boleh study.. Sebabnya bilik aku mana lah aku boleh study, bising yang teramat sangat. Tapi kalau aku bising marah lak.. Hissshhh.. Sila abaikan.. Masa permulaan minggu ni, aku memang study kot (perasaan aku je kot).. Tapi betullah aku sibuk baca buku tahu tak.. Tapi habis baca satu bab, sah-sah aku tidur dah.. hahahah... Tu yang aku buat equation macam kat atas tu... heheheh..
Untuk pengetahuan korang, sepanjang minggu ni, selain study, baca buku, tidur dan makan, aku ada aktiviti lain yang melibatkan laptop aku ni.. heheh.. Jeng-jeng.. Aku siap print screen lagi semua benda yang aku buat menggunakan laptop aku ni.. Jom tengok-tengok... heheh
Yang pertama adalah...
Facebooking.. heheh
Facebook takkan pernah berjauhan dari student especially aku sepanjang studyweek ni... heheh |
Keja lain aku adalah buka blog aku..
Ada je benda aku nak update, tapi semuanya duk dalam draft.. Aku pon xbhenti tukar background blog aku ni heheh. |
Seterusnya adalah layan twitter.,,,
heheh
Aku pun tak tahu apa yang ada dalam twitter ni.. Tapi buat masa ni aku suka buka twitter.. aku sakit ati semua aku lepas kat twitter.. hehehhe.. Ksian twitter aku.. hehhe |
Last sekali yang aku paling kerap buka adalah
Magic land.. Game kat FB.. hehehhe
Nilah game yang aku sibuk main tu.. heheheh.. |
Walaupun aku buat tajuk entry macam tu.. Tapi aku saja je cerita tentang tajuk tu sikit.. heheh.. Actually aku pun tak tahu nak aku punya motif apa..
Satu lagi.. Mesti pelik style aku duk melalut macam studyweek dah lama start.. Walaupun baru hari ni sebenarnya start.. Aku ni dah lama cuti.. Cuti sebab lecturer tak buat kelas.. hehehe.. So, makna kata lama dah aku berstudyweek.. Hoyeahhhh.. heheh
Ok lah.. Cukuplah kot aku membebel panjang-panjang.. Sekarang aku nak kemas baju.. Nak bersiap pergi bercuti untuk 4 hari tiga malam.. heheheh.. Tak sabarnya rasa... Walaupun hakikatnya aku tak baca buku lansung lagi.. tak apa yang penting bercuti itu penting.. heheheh
Ok lah...
Selamat berstudyweek pada yang betul-betul menghargai studyweek ni.. heheh..
Selamat bercuti pada yang nak bercuti.. macam aku lah.. heheh
Ok lah..
Adios Amigos..
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"