Assalamualaikum..
Hai-hai... Aku baru sahaja habis kelas terakhir untuk semester ini.. Kelas ASIA SELATAN.. Antara kelas yang pensyarahnya best yang teramat sangat.. Hari ini aku nak share pasal tajuk kat atas tu.. sebenarnya aku saja je nak update pasal tajuk tu.. Sebabnya aku tengah layan tweet dan juga tunggu game aku start loading..hehehe..
Ok, berbalik pada tajuk di atas..
Kenapa kau nak update pasal tajuk tu... Sebenarnya ada beberapa sebab, sebab ni datangnya dari aku sendiri dan juga disebabkan faktor persekitaran... Berikut merupakan antara faktor-faktor aku update pasal benda ni :
- Sebab aku minat sejarah.. Tu lah aku update pasal Sejarah.. Bukan setakat aku je, family aku majoriti minat subjek ni.. Mak aku je kot tak minat.. Kami adik beradik memang ada kelebihan dalam subjek ni.. Masuk U pun suma duk ambil kos pasal Sejarah ni jugak.. heheh
- Sebab aku ambil kos Sejarah.. Aku ambil kos ni, takkan lah aku nak agungkan mata pelajaran lain kan.. Banyak ilmu yang aku dapat sepanjang aku belajar Sejarah ni.. Semakin lama, semakin bertambah pengetahuan aku mengenai Sejarah.
- Sebabnya aku baru je balik dari Forum Mahasiswa Sejarah dekat UM beberapa hari yang lalu.. Banyak input baharu yang aku dapat.. Itu lah aku nak share dalam blog aku ni... Sekali sekala share benda bermanfaat.. Ok jugakkan.. heheheh..
Yang kat atas ni semua alasan aku mengenai kenapa aku nak update tentang benda ni.. Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal input mengenai Sejarah yang aku peroleh semasa aku pergi UM baru-baru ni.. sememangnya fun, dan berjaya menghilangkan rasa mengantuk dan letih aku...
Antara input baharu yang aku peroleh masa kat sana..
Yang pertama, Sejarah bukan satu perkara yang sampingan semata-mata, tapi sejarah adalah satu perkara yang menjadi keperluan.. Kalau manusia perlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup, manusia juga perlukan sejarah untuk hidup.. Kalau sejarah tak ada, maknanya tak adalah manusia pada hari ini.. Kita lahir daripada Sejarah.. Walaupun sejarah adalah sesuatu yang berubah mengikut fakta baharu yang berjaya mengubah fakta sebelum ini, namun demikian sejarah tidak bersifat sampingan.. Sejarah itu perlu!! Kita ambil contoh je mengenai sejarah negara kita sendiri, tanpa sejarah adakah Malaysia akan melalui keadaan seperti hari ini??
Yang kedua,, Aku belajar tentang sumber lisan.. Sumber lisan sebenarnya aku dah belajar masa cuti hari tu.. Yang aku join program arkib sehari tu..Tapi dalam program yang kat UM ni aku dapat dengar sendiri pendapat kawan-kawan dari UM, UKM dan UIA.. Masa ni aku dapat simpulkan satu benda.. Jangan keluarkan fakta berdasarkan pengetahuan mengenai satu pihak jer.. Sebab nanti kita akan jadi bias.. hehehe.. Aku simpulkan ni berdasarkan situasi forum masa tu.. Sedikit panas dan hangat.. hehehe.. Tapi biarlah kami je yang tahu..
Yang ketiga aku dapat masa program kat UM ni ialah mengenai macam mana pun globalisasi berlaku sejarah adalah salah satu bentuk globalisasi.. Walaupun ada halangan dan sebagainya untuk memperkukuhkan kedudukan sejarah, namun demikian disebabkan sejarah adalah satu unsur yang telah berbentuk globalisasi iaitu merangkumi semua aspek.. Sejarah masih boleh menghadapi cabaran.. Kenapa sejarah dikaitkan dengan globalisasi?? Sebabnya sejarah di semua tempat masih berkisar mengenai penceritaan dan kisah yang sama iaitu mengenai cara pemerintahan, perang, politik dan sebagainya.. Bukankah itu semua merupakan isu global...???
Tapi pengajaran yang paling penting yang aku dapat sepanjang program forum ni ialah mengenai satu ayat yang masih terngiang-ngiang kat kepala aku ni...
"Kita ke yang nak belajar dari buku? atau buku yang nak belajar dari kita?"
Statement dari salah seorang ahli panel ini sememangnya membuat semua orang senyap... Sikap aku yang selalu pertikai bahasa dalam buku rujukan, terus berubah.. Lepas ni aku tak mau dah pertikai bahasa tu.. Memang ayat ni terkena dengan kami-kami... Lepas ni apa pun bahasa buku tu aku akan baca.. Sebab aku yang nak belajar bukan buku yang belajar... heheheh..
Inilah perkara-perkara yang aku pelajari sepanjang program forum ini..
Di samping itu.. aku nak share jugaklah beberapa gambar yang kami ambil masa program tu...
Ni masa OTW nak g sana... Perjalanan kami jauh dari Tanjung Malim ke Universiti Malaya... |
Masa program... Aku jumpa adik aku jugak.. Yang kat atas tu gambar masa beramai-ramai.. Semua yang hadir lah.. |
Sesi makan2 dan gambar.. Ni la kami2.... |
Gelagat kitorang yang pergi... |
Forum ini amat best.. Kadang-kadang rasa nak buat program macam tu setiap minggu.. Nak orang lain yang banyak duk mengata sejarah join program itu jugak.. Biar terbuka minda mereka... heheheh
Anyway... Aku rasa sem ni dipenuhi dengan program yang penuh dengan input... Really fun...
Apapun.. Sejarah tetap di hati aku...
Ok lah.. Adios Amigos..
p/s : Mitos + Tokok Tambah takkan pernah lari dari penulisan sejarah...
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"