Assalamualaikum..
Ni merupakan entri aku yang kedua untuk hari ini.. Amacam rajin tak?? Aku kata dah siap-siap tadi, yang aku akan update entri lepas buat separuh kerja mengedit esaimen adik aku.. So, selepas separuh tadi, aku tak terus nak update entri.. Aku tidur jap untuk sejam.. Rancang nak tidur sampai pukul enam petang, tengok aku tidur sampai pukul lima jek.. huhu.. Aku bangun pun sebab panas dan kipas kat tepi aku lenyap.. Touching ok!!..
Untuk petang ini aku nak update pasal ikan... Ikan yang aku maksudkan ini adalah ikan yang Muhaimie, Hadi, Zaem dan Ghazalie pergi pancing.. Malas nak cerita panjang-panjang.. Yang pasti disebabkan ikan tersebut terlalu banyak, mereka pon hantar lah kat rumah aku.. Aku cakap siap-siap dah, tak payah hantar, sebab aku bukan tak makan ikan tapi aku tak reti nak masak.. Mereka kata mereka tahu dah aku tak tahu masak, tapi bagi lah kat kawan-kawan kat rumah, kalau dorang tak mau pass lah kat member-member kat taman U tu.. Aku pon setuju lah.. Lagipun ada lah dua orang housemate aku memang nak sangat ikan tu.. Malam tu ikan tu dihantar kepada aku dan aku serahkan kepada Saadiah.. Aku plan dah, kalau Saadiah masak, aku nak jugak.. Teringin juga nak makan ikan tu.. tambah lagi ikan besar.. memang favourite aku..
Dijadikan cerita, aku ni tunggu lah dua tiga hari Saadiah nak panggil makan ikan, tengok-tengok sampai ke hari Ahad tak ada.. Aku ingatkan dorang dah masak masa aku pergi KL hari tu, tak apa lah.. Aku tak kisah pon... Tak tahu napa mulut aku rajin nak cerita pasal ikan kat bilik Saadiah pada hari Ahad tu, then Saad tanya aku, ada lagi tak ikan kat dalam peti, aku kata aku tak ada kacau pon, mesti ada lagi.. Saad dan Ilah memang dah plan nak masak dah masa tu, siap plan nak masak ikan tu lagi.. Aku tak ingat dah nak masak apa.. Yang pasti aku pon happy jugak lah mendengar dorang nak masak, nak rasa jugak...
Tup-tup
Saadiah yang berhasrat nak masak tu terbatal niat... Sebabnya ikan tu tak ada dalam peti.. Saad mengamuk tapi cuma kami je lah yang dapat dengar.. Dia kata ikan tu dah kena buang.. Aku tak tahu pulak dah kena buang, aku memang cari juga ikan tu masa hari Sabtu, tapi tak ada.. Bau ikan pun tak ada...Tu yang aku sangka ikan tu dorang dah masak.. Rupanya ada orang dah buang..
Seriously, aku sangat marah dengan individu tersebut.. Walaupun aku tak tahu sapa, tapi aku memang marah yang teramat sangat.. Bukan sebab ikan tu BF aku yang bagi, tapi sebab ikan tu banyak.. Kalau betul lah ikan tu dah berbau, dan buat peti tu jadi busuk, tolong bagitahu sebelum buang..Jangan ambil tindakan ikut sedap mulut, tangan dan kaki je..Satu lagi, rumah ni kita kongsi taw dalam bab bayar.. Korang bayar, kami bayar.. Jadi apa yang ada kat dalam peti tu, kalau nak buang kena bagitahu.. Ikan yang baru lagi tu kenapa nak buang?? kenapa benda2 lain tak buang?? Kita kongsi tahu tak peti ais tu, tmasuk dalam sewa !! Walaupun aku tak tahu apa bakti korang pada rumah ini, tapi jangan sampai ikut suka hati korang je nak buang benda.. Aku betul-betul tak berkenan cara tu..
Siapa pun indidvidu tu, aku tak kisah, yang pasti tolong buat pengakuan, dan bagitahu apa sebab korang buang.. Aku nak tahu!!.. Lagi buat aku menyampah, dan bertambah yakin ikan-ikan tu dibuang, sebabnya semalam masa aku keluar rumah, tong sampah yang banyak sangat sampah kat depan rumah tu bau ikan..Ikan yang dah busuk.. Nampak sangat ikan tu dah lama dalam tong sampah tu.. Tu yang jadi mcam tu... Bengong, tolol dan sama waktu dengannya sungguh manusia tu..
Hanya gambar je yang tinggal.. Aku ambil gambar ni dari FB Hady.. huhuhu... |
Kesimpulannya.. Kalau tak nak jangan buang, lagipun benda tu bukan korang punya, ok!!...
Oklah.. Aku nak update pasal ikan ni je,..
Ok..
Adios Amigos..
p/s : ini bukan kejadian pertama, tapi maybe kali pertama untuk barang-barang aku..... Kali kedua aku kena nanti siaplah aku nak cari orang tu...
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"