Friday, 7 December 2012

Meredah Lebuhraya di Pagi Hari

Rajinnya aku update kan..
(ayat ni telah seminggu aku taip dalam post ini.. heheh)

Assalamualaikum...

Aku tak tahu dah berapa hari post ni aku buat jadi draft kat dalam list post aku.. Kononnya nak update malam tadi lepas balik dari makan.. Tengok-tengok balik-balik je aku pergi melayan karok di bilik Ina.. Naik bilik, confirm-confirm aku tidur dah.. huhuhu... Merehatkan diri setelah letih berjalan seharian di Arkib Negara.. Eh.. Aku bukan nak update pasal Arkib Negara pada saat dan ketika ini.. Aku nak update pasal benda lain.. Sementara tunggu pukul 11 pagi ni, aku nak luangkanlah masa untuk mengupdate di blog aku yang tersayang ini.. heheh,,

Ok.. Jom update..

Aku nak update pasal peristiwa seminggu lalu.. Sehari sebelum aku pergi Teluk Intan untuk majlis kawen tu.. heheh.. Dua hari sebelum tu, aku dan Muhaimie balik KL, atas tujuan nak ambil kereta.. Plan siap-siap dah kena balik sebelum pukul 8 hari Jumaat tu, sebab ada kelas kan pagi tu.. Pertama kali kami pergi KL, malam tu kami tak meronda, kalau sebelum ini sah-sah satu KL kami ronda.. heheh...

Dijadikan cerita.. Keesokan paginya.. Aku bangun jam 5.45.. hahahah.. Awal kan.. Sebelum mandi, aku kol muhaimie dulu.. Nak suru dia bangun juga lah.. Almaklumlah kalau aku sorang je yang bersiap, dia tak bangun lagi, alamat tak balik lah kami... hehehe.. Sebab dia yang drive..


Tepat pukul 6.30 kami bergerak balik ke Tanjung Malim.. Sebenarnya kalau kami balik pukul 7 pun sempat je.. Almaklum driver saya sememangnya sangat advance dalam memandu di atas highway..heheh.. perjalanan yang sepatutnya 5 jam jadi 3 jam kalau dia yang drive.. heheh... Salah satu sebab kami nak sampai awal disebabkan kami dan melalui kawasan Lembah Beringin.. Pensyarah Asia selatan aku kata kawasan tu cantik kalau pagi-pagi, macam di alam bunian.. Jadi kami berdua pun memang plan nak merasainya.. heheheh...

Disebabkan aku bawa kamera murah.. Gambar-gambar sepanjang perjalanan yang sememangnya sangat amat tersangat dan sungguh cantik tidak dapat dirakamkan sebaiknya.. Keadaan yang berkabus jadi tak berkabus je aku tengok dalam kamera aku ni.. heheheh... Tapi seriously sangat-sangat cantik... Aku rasa nak melaluinya lagi, itu pun kalau aku sanggup bangun awal pagi...heheh

Ni gambar-gambar yang aku ambil sepanjang melalui kawasan lembah beringin.. aku rasa memang orang-orang menyukai kawasan ini, sebabnya kereta yang lalu semua slow je.. macam menghayati pemandangan macam tu.. hhehhe.. termasuklah kereta yang aku naiki.. heheheh...


Ni masa sebelum sampai kawasan Lembah Beringin.. tak lah berkabus sangat masa ni... dan terkantoi aku ambil gambar dalam kereta kan.. heheheh

Ni masa kat kawasan yang sangat-sangat berkabus.. sangat catik.. pokok-pokok kat tepi tu cantik je.. Masa ni aku rasa macam tak nak je lalu dalam kabus tu.. sayang ok.. 

Aku rasa masa ni kat mana, aku pon dah lupa.. heheheh.. Yang pasti nak tunjuk juga.. Cantik kan pemandangan pagi2.. Nak pergi lagi!!.. hehehe

Ni aku.. siap pakai baju kuliah lagi.. Gambar orang sebelah aku tak ambil.. Terlupa lah.. heheh... Maaflah.. heheheh...

Ok selesai dah aku kongsi gambar-gambar aku .. Bukan gambar aku, tapi gambar pemandangan masa ni aku melalui kawasan tu.. heheheh... Cantik kan... Walaupun aku rasa ada yang kata tak cantik.. Ada aku kesah?? heheh..

Ok lah.. 7 Minit lagi pukul 11.. Nak siap2.. nak pergi menjalankan misi yang tergendala.. hehehe... Nanti malam-malam atau esok-esok aku update lagi pasal dua story yang best yang teramat sangat bagi aku lah hehhe...

Oklah..

Adios Amigos..


p/s : sampai kat TM masa ni aku ingt boleh hepi2.. rupa-rupanya ada masalah yang menanti kami.. huhu.. tak sangka macam tu kan... jahat sungguh manusia.. (aku pun tak tahu apa aku merepek ni).. hehehe.. Masa aku taip entry ni.. aku dapat good news ok.. Keinginan nak pergi Sungai Klah akhirnya akan tercapai.. Yahuuuuu.. Seronoknya... hehehe...



No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"