Assalamualaikum...
Kenangan manis part yang terakhir untuk sem 4 ni.. Aku nak cerita pasal kenangan terhebat dan terbaik aku dalam join semua aktiviti sepanjang aku sem 4... Tidak banyak aktiviti yang aku join sem ni..
Tapi antara yang aku ingat ialah masa aku di beri peluang jadi salah seorang fasilitator untuk Kajian Lapangan Lembah Bujang dan Lenggong untuk pelajar semester dua.. Masa ni aku terpisah dari geng asal aku.. Sebab masa join aktiviti ini cuma lima orang saja senior yang pergi.. Seorang sem 6, yang lain semua sem 4.
Banyak lah pengalaman yang best masa kat sana.. Dalam masa yang sama aku dapat ingat semula kenangan masa kami buat kajian lapangan hari tu...
So, biarlah aku bagi gambar-gambar kat bawah tu yang cerita ya...
|
Kami.. Dua orang jer senior pempuan yang pergi.. Aku dan Presiden PERMAS masa tu.. Kak Yana.. |
|
Masa tengah tunggu budak-budak ni habis jelajah Muzium kat Lembah Bujang.. Kamilah lima orang fasilitator yang tidak diiktiraf.. huhuhu |
|
Ni adalah member-member semester empat (batch aku la).. Yang join dan jadi fasilitator masa ni... |
|
Air Terjun kat Lembah Bujang.. Sangat-sangat cantik.. |
Masa kat sana.. Ada juga sejarah baru yang kami cipta..
Jeng-jeng...
|
Makan maggie menggunakan penyepit mi goreng dan juga sudip.. hehhehe |
|
Korang rasa pernah tak orang lain buat macam kami buat ni.. Kalau tak pernah.. Makna kata, boleh la kami masuk World Book of Record.. hehehe.. |
Malam sebelum kitorang berangkat balik ke Tanjung Malim yang 'tercinta', ada sesi santai dan bbq... Pada awalnya kami just tengok-tengok saja.. Last-last kami pun ada juga tempat bakar ayam dan sebagainya.. Gabung dengan lecturer.. Masa ni banyak story kami dengan lecturer.. heheheh...
|
Ni lah Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI.. Dr. Ahmad Zainudin.. Lecturer kami lah juga ni.. heheh |
|
Tengah nak bara api.. hehhe.. Tak menjadi.. Budak-budak dah gelak dah kat kami.. Sebab tak pandai nak hidup api tu.. huhu |
|
Ni sebelum balik - Tak sabar nak balik rumah sewa masing-masing.. Rindu katil.. Esaimen berlambak lagi.. |
|
Ni masa OTW balik.. Tengah tunggu bas budak-budak ni.. Kami melencong ke Lata Kabu. |
Selain program kajian lapangan ni, aku juga terlibat dengan program lain.. Tapi yang paling best dan menarik adalah program yang kami anjurkan sendiri.. Program ni kami namakan UPSI Bersama SKBR.. Memang happening.. Sebab walapun persiapan ala kadar, tapi hasilnya vogue yang teramat.. Masa ini juga aku kena menggunakan suara aku yang tak merdu ini sebagai pengacara majlis, setelah dua tahun bersara..
Macam biasalah ya.. Pic yang akan cerita semuanya.. heheh
|
Candid - Tengah berbincang.. Tapi rasanya macam aku dimarah je masa ni... Huhuhu |
|
Budak-budak (anak orang asli).. Dorang ni ceria je 24 jam.. Macam tiada masalah... |
|
Masa lepas majlis penutupan.. Bersama cikgu dorang ni.. Yang girl sorang ag tu blogger juga.. Mia En Ciel nama dia..
#Aku tak masuk banyak gambar.. Kalau nak tengok just cari dalam album kat FB aku... |
Program penutupan untuk sem ini, yang amat memenatkan dan membosankan pada mulanya adalah Dikayuh Pangataian... Program ini sebenarnya program sekolah bitara di negeri Sabah.. Under Iksas.. Aku ni tak aktif pun Iksas, tiba-tiba ada nama ku termasuk... Tapi aku join jak lah... Mula-mula sangat bosan.. Lama-lama sangat best...
Kami di bawa lawat tempat yang aku tak pernah pergi lagi di Sabah ni.. Aku naik boat buat pertama kalinya dalam hidup aku... Malas nak cerita panjang-panjang.. Aku bagi gambar-gambar jak la yang cerita..
|
Ni lah member-member rapat aku masa aku join aktivti ini.. Kurang sorang ni.. Sorang lagi pergi pekan kota time ni.. Tak ingat dah.. |
|
Ni resort yang kami tinggal dan tidur untuk satu malam.. Dragon Inn (Floating).. Atas laut ni.. Tak bayar sesen pun.. Semuanya percuma... I LIKE.. heheh.. |
|
Kami tengah tunggu makanan... Sekali lagi dibelanja dan percuma taw.. Seafest Hotel lagi tu.. Sedap taw makanan yang dihidangkan untuk kami..
#Meja kami juga paling kecoh.. |
Keesokkan harinya.. Kami meneruskan program kami ke pulau Mabul... Naik boat dalam dekat dua jam... Tetap ada juga yang menarik di sana..
|
Kami singgah di Kapalai Resort... Di tengah-tengah laut ni.. Bukan dalam air.. Atas air.. Sanga-sangat cantik... Berangan nak bulan madu di sini... Kena simpan duit lah ni nampak gayanya... |
|
Tengah ambil feel jadi pelancong tengah berjemur ni... Kami sangat-sangat teruja .. ni kat Pulau Buatan.. Tersangat cantik... rasanya nak pergi lagi... |
Inilah antara kenangan manis aku sepanjang semester empat.. Kenangan manis dalam join aktiviti dan program lah ya...
Insya Allah semester depan, aku akan join lagi, sebabnya aku banyak masa lapang dah sem depan.. Kelas aku cuma ada Isnin hingga Rabu.. Semangat dah aku ni nak join aktivti dan program.. Sebelum terlambat, aku nak ucap terima kasih pada semua yang menyebabkan aku terjoin aktiviti dan program ini... Lain kali ajak lagi ya...
Ok la..
Adios Amigos..
p/s : Kalau nak taw lebih lanjut tentang program Dikayuh Pangataian tu... Silalah godek-godek dalam blog
Nur Hidayati Razali.. Sebab dia dah update semua mengenai program ni... K...
INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA
ReplyDeleteKharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
Memiliki link alternatif : KharismaPoker.net.
CS nya banyak , jadi pelayanannya cepat.
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya.
Bonus CASHBACK 0,5% setiap minggunya.
Contact resmi kharismaPoker :
Telp :+85588278896
BBM;dc7cdd80