Assalamualaikum,,,
Ni entry keberapa aku pun xtaw la.. Yang pasti hari ni aku rajin nak update.. Dalam kenangan manis semester empat-part dua ni.. Aku nak cerita tentang kenangan manis aku melancong semasa study week..
Macam biasalah, sebelum exam akan ada study week.. Tapi sebenarnya, sem ni xda pun study week.. Tapi disebabkan aku start exam lambat.. So, aku panggil n gelarkan jugalah gab dua minggu sebelum aku start exam tu sebagai study week..
Actually before study week ni.. Kami ataupun batch kitorang buat event.. Picnic time.. Aku yang jadi antara kepala sebenarnya... Aku dan beberapa orang kawan sebatch beriya-iya nak buat.. Alhamdulillah jadi juga akhirnya.. Walaupun pada mulanya hanya beberapa orang saja yang nak join.. Orang rumah aku pun xsupport event ni masa awal-awal.. Pasal makanan yang nak dimasak.. Kalau bukan disebabkan pertolongan daripada budak-budak lelaki, confirm xdalah makanan pada hari tu.. huhuhu..
Aku xdapat nak masukkan gambar, sebab aku xda ambil gambar masa ni.. Yang aku taw cuma nak mandi je.. hehehe... Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program ini..
Ok...
Berbalik pada cuti study week yang aku maksudkan di atas.. Aku meluangkan masa kat Zoo Negara untuk setengah hari.. Sampai melecet kaki aku.. Tapi best lah jugak.. Walaupun panas + kaki sakit, aku try juga nak senyum untuk gambar-gambar yang ada aku..
Trip ke Zoo Negara ni sebenarnya, trip yang melibatkan aku secara tiba-tiba.. Sebab, trip ini diadakan masa OTW nak balik kampung Mr. Muhaimie.. Abang dia bertunang.. So, trip ini melibatkan abang sulung Muhaimie, kakak ipar dia (isteri abang long), anak mereka (Amnan), Mujahidin (abang Muhaimie yang bakal bertunang pada masa tu), Hadaniah (bakal tunang abang Muhaimie), Mr. Muhaimie dan juga aku.. Nampak tak.. Aku saja bukan orang area pantai timur..
Macam-macam aku tengok di zoo.. Nak tahu apa.. Jom tengok pic-pic kat bawah...
Ini Kak Uya dan Amnan Hakim.. |
Semua gambar aku masa kat zoo ni, semua xnak berpaling tengok kamera.. Sebab aku letih.. Muka aku macam apa je masa ni... huhuh.. Tu lah gambar aku berpaling je dalam ni.. |
Lepas dah habis jelajah satu zoo.. Kami pun meneruskan perjalanan balik ke kampung.. Not my kampung ok.. Mr.Muhaimie punya kampung..
Ok..
Macam biasa aku malas nak cerita panjang-panjang.. Jadi aku teruskan kepada event kedua aku semasa cuti study week tu.. Aku mandi kat pantai.,.. Hampir setahun lebih aku xmandi air laut.. Akhirnya.. Family Mr. Muhaimie bawa aku pergi pantai.. Sangat-sangat best... Tapi gambar tak banyak..
Masa ni baru je sampai.. Din dan Azim je yang dah basah.. AKu tak ada niat nak mandi pun mula-mula.. Last-last aku pun ikut terjun... |
Aku terlindung oleh mereka-mereka.. huhuhu |
Masa tak basah lagi.. Sibuk jaga anak buah Muhaimie.. Takut terlepas pandang lemas pulak jadinya nanti.. |
Keesokkan harinya adalah event paling penting.. Aku join rombongan meminang ke Tumpat, Kelantan.. Aku siap jadi salah seorang yang bawa hantaran lagi.. Bila agaknya giliran aku dapat hantaran macam tu ya.. huhuhu.. Malas nak cerita panjang-panjang.. Pic di bawah boleh cerita dah semuanya...
Ini Tunang abg Muhaimie.. Hadaniah nama dia.. Cantik kan... Aku pun nak juga macam ni... Sangat-sangat xsabar tunggu masa aku pulak.. |
Ni aku tengah pegang hantaran... Aku, adik Muhaimie dan Kak Uya (kak ipar Muhaimie).. |
Sebelum bertolak g meminang.. Jadi model dulu dengan mak Muhaimie.. heheh |
Gambar ni kabur ek??? Bia la.. Masa baru sampai kat tempat pengantin perempuan (maksudnya tunang abang Muhaimie la..) |
Ok la.. Part dua dah settle.. Nantikan part yang seterusnya..
Ok lah..
Adios Amigos..
p/s : Gambar tak banyak dan kabur.. Aku baru perasan aku tiada simpan gambar-gambar ni.. Yang ada ni pun aku ambil dari facebook Mr. Muhaimie...
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"