Tuesday, 14 August 2012

Ramadan + Cuti Sem = SAKIT

Assalamualaikum..

Entry ni bukan aku xnak sambung tentang kenangan manis semester empat tu.. Tapi aku tengah tunggu masa nak publish je semua entry-entry mengenai kenangan-kenangan manis tu.. Aku dah siap taip dah.. Sekarang ni problem cuma pada pic-pic.. Susah sangat nak upload, sebab line lambat sangat-sangat..

Sekarang ni puasa ke-25 kan.. Berapa hari jer lagi raya kan... Baju raya?? Alhamdulillah dah ada.. Tapi ala kadar je lah tahun ni.. Aku tak nak buat banyak-banyak.. Sebabnya aku kesian kat mak dan bapa aku.. Diorang tengah buat persiapan untuk adik aku yang nak masuk Universiti Malaya bulan September nanti.. Aku beraya ala kadar je lah tahun ni...

Berbalik pada tajuk entry aku ni.. Seperti yang semua maklum, sekarang ni kami tengah cuti semester..Mesti ramai yang kerja kan sekarang ni.. Aku je lah yang setia duduk di rumah.. Bukan aku tak nak kerja tapi keadaan tidak mengizinkan... 

Sepanjang cuti ni, aku cuma duduk rumah dan menghadap dua orang budak yang amat nakal... Pantang aku berpaling sikit, jadi macam tong sampah dah rumah aku.. Masa aku mula-mula sampai rumah hari tu, pandang aku pun dorang tak nak.. Sekarang, aku nak tidur pon susah... Siap nak ikut aku balik Tanjung Malim lagi...

Ni la dua orang kanak-kanak yang aku kena jaga.. Yang pakai kopiah nama Muhammad Rafieq dan yang seorang lagi tu Muhammad Huzayri.. Insan kesayangan aku ni..

Sepanjang cuti semester ni, aku luangkan masa dengan dorang berdua lah... Sepanjang cuti semester dan juga bulan Ramadan ni.. Aku xmelaluinya dengan keadaan yang sihat walafiat.. Aku sakit ntah berapa kali.. Tak boleh dah aku kira.. Gatal-gatal satu badanlah.. Demam tak tahu berapa kali... Dan yang paling teruk dan tak sembuh lagi, ialah aku kehilangan suara.. Aku nak bercakap pun payah.. Dekat dua minggu juga aku merana.. Sekarang ni dalam proses untuk pulih lah ni.. Tambah-tambah lagi bulan puasa.. Lagilah aku payah nak sembuh.. Sebab aku kurang minum air.. 

Orang lain, naik sem nanti dalam keadaan yang gemuk, aku pula makin kering.. Sedihnya aku.. Azam nak gemuk tak tercapai.. Disebabkan sakit.. Tak apa la... Nanti aku try capai azam aku lepas raya ni.. Mudah-mudahan tercapai..

Inilah perjalanan cuti sem aku.. Aku habiskan di rumah dengan dua budak kesayangan aku.. Dan sepanjang ramadan dan cuti semester ini aku sakit.. Walaupun tak sebest orang lain.. Tapi aku seronok, sebab aku dapat habiskan masa dengan family aku hampir setiap hari... Lepas ni aku tak dapat nak luang masa banyak-banyak dah dengan family sebab aku ada praktikal pula.. huhuhu..

Ok lah..

Nanti aku sambung lagi ya.. Lagipun kat Lahad Datu ni dalam masa tak sampai sejam lagi nak berbuka dah.. Aku pun nak siap-siap juga lah berbuka.. 

Selamat Berbuka Puasa....

Ok..

Adios Amigos..



2 comments:

  1. sian cik daia kita sakit..hehe :)

    minum air masak banyak2 ek.
    jgn minum coke smbil makan nasi. hahaa

    ReplyDelete
  2. wei... aku mana minum coke dah skang ni... cuti ni aku langsung xda minum coke... insaf dah xnak minum,... hehehhe

    ReplyDelete

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"