Assalamualaikum..
Selamat berbuka puasa untuk yang berada di kawasan Semenanjung Malaysia.. Yang Sabah dan Sarawak tu bersiap-siap la ya pergi tarawih.. Kalau tak pergi tu duduk diam-diam, jangan main mercun atau something else...
Entry kali ni tentang persiapan sebelum masuk U.. Kenapa aku buat entry ni?? Sebab adik yang akan masuk UM nanti tu, banyak sangat tanya.. Apa nak kena buat?? Bila??? Berapa banyak nak kena buat?? Dan banyak lah lagi soalan-soalan cepu mas yang aku dapat.. Bukan setakat adik aku yang bertanya, member-member dia pun sibuk juga hantar SMS kat aku.. Jadi, untuk memudahkan, aku explain kat sini je lah.. Dorang baca gak tu... Sebelum tu... Aku lupa nak ucap..
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG DITAWARKAN KE UNIVERSITI..
p/s : untuk intake September 2012 je lah ek..
Oleh yang demikian, aku nak bagitahu satu persatu step yang perlu dilakukan sebelum masuk U.. Dalam erti kata lain selepas tahu U mana yang kita akan masuk... Berikut merupakan step by step yang perlu kita lakukan.. Jom redah... heheh
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG DITAWARKAN KE UNIVERSITI..
p/s : untuk intake September 2012 je lah ek..
Teruskan usaha.. Jangan dah masuk U stop berusaha dah.. Perjuangan anda belum selesai.. |
Oleh yang demikian, aku nak bagitahu satu persatu step yang perlu dilakukan sebelum masuk U.. Dalam erti kata lain selepas tahu U mana yang kita akan masuk... Berikut merupakan step by step yang perlu kita lakukan.. Jom redah... heheh
Step 1 - Kena tahu dulu U mana yang korang dapat tu.
- Korang kenalah tahu kan U mana yang korang dapat.. Kalau tak tahu macam mana nak urus.. Lagipun lain U lain juga yang dia nak urus..
- Sekarang ni aku refer kat UM (Universiti Malaya).. Sebab adik aku dapat masuk sana..
Step 2 - Baca semua detail atau apa-apa jelah yang terkandung dalam surat tawaran dan juga maklumat pendaftaran U korang tu..
- Nak tahu tujuan aku suruh buat macam ni?? Sebabnya dalam surat tawaran dan maklumat pendaftaran tu ada dah dorang list kan apa yang perlu korang buat, dan apa yang perlu ada semasa pendaftaran dan masa masuk U nanti.
- Lepas je fahami dan baca semua perkara yang dia maklumkan tu, korang kenalah rajin-rajinkan diri korang tu bertanya dengan bekas-bekas senior atau siapa-siapa je..
- Then,dah tahu semua perkara yang kena buat, korang kena buat list perkara yang perlu diutamakan dan boleh dibuat last sekali.
Step 3 - Medical Check Up. Maksudnya pemeriksaan kesihatan di PUsat-pusat kesihatan di Malaysia, sama ada swasta ataupun kerajaan.
- Perkara yang paling utama korang kena buat dulu ialah MC.. Why?? Sebabnya MC ni banyak sangat procedure dia.. Banyak nak kena cek.. (kalau hospital kerajaan lah).. Kena ambil nombor lagi.. Buat temujanji lagi..
- Macam adik aku, dia kena pergi both of hospital.. Kerajaan dan swasta.. Siap kena bayar banyak lagi.. Pelik juga aku.. Aku dulu xmacam dulu.. Simple je.. Dua hari siap dah..
Step 4 - Buka akaun bank.. Walaupun korang dah banyak sangat akaun, kali ni kena juga buka akaun baru..
- Korang kena juga buka akaun bank berdasarkan akaun yang U korang tetapkan.. Kalau dia kata Bank Islam, makna kata Bank Islam lah tu... Tak boleh nak ubah dah..
- Start tahun ni kan dah wajibkan pembukaan akaun SSPN, so korang kena bukalah.. Boleh je buka kat bank yang sama, tapi dorang lebih galakkan buka kat Maybank..
- Lepas dah buka akaun ni, korang terus je ke BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk beli no.pin PTPTN bagi yang nak mohon lah.. Bagi yang tak, tak payahlah..
- Mesti korang pelik, kenapa aku suruh direct ke BSN after buka akaun, sebabnya aku nak jimatkan masa korang.. Tak payah nak jalan dua tiga kali.. hehe
Step 4 - Buat permohonan pinjaman PTPTN. Tahu tak PTPTN? Pinjaman yek bukan biasiswa... Kena mohon dan bukan direct dapat..
- Bagi yang nak mohon, kenalah buat.. Korang buka je lah laman web PTPTN, masukkan no.pin yang korang dah beli.. Lepas tu isi jelah maklumat yang dia nak tu..
- Lepas dah mohon, kira dah settle lah separuh dari perkara yang korang nak kena buat..
Step 5 - Buat pengesahan salinan dokumen penting. Yang paling pentinglah. Takkan yang remeh temeh kan..
- Benda ni kena buat, sebab nanti kat U takkan nak ulang alik buat kan...
- Antara dokumen yang korang kena wat salinan pengesahan ialah kad pengenalan korang, kad pengenalan parents korang.. Slip gaji.. Sijil-sijil korang.. Surat lepas dan sebagainya..
- Korang kena buat seelok-eloknya lebih dari 5 salinan.. Lagi ok kalau dapat buat 10 dan ke atas.. Boleh back up nanti...
Done...
Sekarang korang dah settle semua step-step penting.. Jadi bolehlah buat persiapan untuk diri kamu.. Dari aspek pakaian ke.. Apa-apa jelah.. Beli tiket ke.. Terpulang...
Ok lah.. Lain kali aku update lagi.. Kalau ada yang terkurang atau terlebih, harap dimaafkan lah ya.. Aku buat entry berdasarkan pengalaman aku je..
Oklah..
Adios Amigos..
p/s : Kalau nak tahu persiapan untuk masuk U, korang boleh baca kat dalam blog kawan aku.. Dia ada buat entry pasal ni... Nur Hidayati Razali.....
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"