Friday, 24 August 2012

Maafkan Diri Ini

Assalamualaikum..

Entry hari ini, lebih kepada luahan rasa hati aku sekarang ni...
Bagi yang tak nak baca, tak payah baca..
Aku nak melalut sorang-sorang hari ni..



Kadang-kadang alpa menguasai diri,
Sibuk menginginkan kebahagiaan untuk diri sendiri,
Hingga terlupa mengenai perasaan insan yang disayangi,
Letih, marah, terasa yang dialami insan tersebut tidak diingati..

Bukan diri sengaja melukai,
Namun amarah dan perasaan yang menguasai diri,
Mendorong untuk melakukan perkara yang amat dibenci,
Kini penyesalan yang muncul selepas semua terjadi..

Mungkin penyesalan ini tidak berguna lagi,
Namun ikhlas diri ini memohon ampun kerana perangai diri,
Semua yang keluar dari mulut ini tidak seperti yang dirimu fahami,
Jauh berbeza dan janganlah dikau mentafsirnya sendiri,
Amarah yang hadir adalah penyebab ini semuanya terjadi..

Kepada mu insan yang aku sakiti sebentar tadi..

Diri ini memohon maaf berjuta kali,
Janganlah dikau berdiam diri,
Diriku terasa kehilangan bila dirimu mula senyapkan diri,
Kesalahan hadir disebabkan diri ini,
Cukuplah hukuman yang diri ini lalui,
Janganlah ditambah lagi,
Berhentilah berdiam diri wahai insan yang diri ini sayangi...
Maafkanlah kekhilafan yang diri telah lakukan tadi..



Tacing seketika di saat menaip post ni..
huhuhuhu...

Oklah..

Lain kali aku update lagi..

Adios Amigos..


p/s : Tolong jangan nak pertikai entri aku ni.. Aku tujukan untuk orang tu je.. huhuhu


No comments:

Post a Comment

"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"