Assalamualaikum
Macam yang aku kata kat post pertama untuk blog aku ni.. Aku nak cerita sal semua kenangan manis aku masa aku study kat UPSI.. Banyak sebenarnya.. Ni aku nak cerita masa aku sem satu.. Sebelum aktiviti ni, sebenarnya adalah aktiviti lain yang kami dah buat untuk sem ni, cuma aku kepala hotak aku asyik teringat-ingat aktiviti ni, so aku cerita la aktiviti ni dulu ek..
Sebenarnya masa ni, nak cuti study week law xsilap aku, tapi kami xdapat balik awal, sebabnya lecturer kami wat program dua hari lepas orang dah balik. Maknanya kenalah kami jadi penghuni kolej paling setia pada masa tu.. Disebabkan kami takut kami akan mengalami kebosanan pada tahap yang melampau, akhirnya kami sepakat nak melawat rumah member yang paling dekat masa tu.. Rumah member tu kat Teluk Intan.. Masa ni, sembilan orang je yang pergi.. Tapi jangan terkejut, hanya dua orang jer perempuan.. Jangan lah salah faham ek.. Sebab kitorang just have fun, dan tetap menjaga batas sesama kami..
Kami bertolak sebaik sahaja aku dah habis kelas English Communication, dan masa tu orang pakat balik kampung, kami pula pakat bertolak ke Teluk Intan.. Kitorang sewa dua kereta.. Sampai kat Teluk Intan dalam jam 1 pagi.. Tapi xterus tidur pon, merempat kat ruang tamu men'online'kan diri, disebabkan line streamyx rumah member teramat lah laju.. Sambil-sambil tu aku main catur dengan dorang..
Esok paginya, sesi masak-memasak (budak laki yang masak).. Lepas tu dalam jam 2 kitorang bertolak ke Teluk Batik.. Sampai kat sana, mula-mula xnak basah.. Amek kau, disebabkan kedurjanaan dan kekejaman mereka, menyebabkan aku dan ina basah lencun, dan inilah menjadi faktor kami terpaksa merasa air masin.. heheh..
Macam biasa aku ni pemalas sikit bab cerita panjang-panjang ni.. So, kita tengok gambar je la ek.. Waima, gambar yang aku masukkan xbanyak, due to masalah laptop yang rosak pada masa itu.. Hard Disk kami semua hancur, gambar-gambar yang tinggal hanyalah yang sempat dikutip di dalam Muka Buku...
Ni adalah antara member2 yang pergi.. Masa ni baru je sampai.. Aku tengah terpegun tengok laut n pantai masa ni.. |
Ni Ina n Zalie.. Dorang amek gambar after mandi kot.. xingat dah.. heheh |
Masa ni sesi nak pakai Jaket Keselamatan.. Nak naik Banana besar kata dorang... hehehe |
Masa ni naik dah banana boat.. amat menyeramkan.. huhuhu |
Ni aku yakin dan pasti, selepas mandi kat pantai, sebab mereka memakai kain pelikat.. (seluar dah habis).. |
Patutnya gambar ni paling atas.. Xpalah.. Konon-konon penyelamat la sangat... |
Selepas je program kat pantai Teluk Batik ni, kami pun balik.. Tapi xbalik pun terus, singgah tengok bola lagi kat kedai makan tepi jalan.. For sure, aku xjoin dorang, sebab aku sedap tidur dalam kereta, atas sebab aku alergic, dan gatal-gatal satu badan.. huhuhu...
Kalau xsilap aku, kami ada singgah kat Menara Condong Teluk Intan, tapi gambar tidak dapat dipublish sebab dah xda da... Sedihnya.. Xdapat nak tunjuk...
Ni lah sebenarnya program kami berkawan yang paling pertama.. Maksud aku luar dari Tanjung Malim.. Waima, masa ni kami tak berkumpul pon.. Sebab ada yang dah balik.. Tapi, aku akan ingat kenangan ni.. Sangat-sangat menggamit memori...
Ok la.. Aku cari entry baru lagi lepas ni ya..
Adios Amigos..
No comments:
Post a Comment
"Kalau rasa nak KOMEN, silakan la ya"